Update

Pelbagai kekangan dan macam-macam hal berlaku dalam 2-3 hari ni. Projek 365 macam terbengkalai, tapi saya ada snap juga photo setiap hari. Cuma saya belum ada masa yang sesuai untuk upload. Buat masa yang terhad ini, saya cuma nak share 'sedih' saya.

:(

2 ekor si comel saya (Dora dan Diego) telah 'tiada' lagi . Semalam lebih kurang jam 3 pagi, beberapa anjing yang sangat &*^%*&^*& telah buat khianat pada 2 ekor si comel saya. Bukan dia makan pun, derang gigit dan tinggalkan. Si Dora suami jumpa 'body' dia di belakang rumah, dekat longkang, si Diego, pula di tepi jalan tersangkut di jaring kandang yang sudah robek. Sedih sangat. Geram sangat. Satu hari ni saya jadi tak ada mood.

Nasib baik, Nana dan Alia, tak berapa terasa. Cuma saya dan suami terasa agak ralat. Selama ni, kami memang tak pernah lagi, letak mereka berdua di luar rumah (dlm kandang), tapi tak tau kenapa semalam, kami pandai enteng. Walhal, ada saja jiran lain di tepi rumah, yang ada rabbit, tapi rabbit dia selamat pulak. Dah berbulan-bulan dok kt luar, tak ada pula anjing mengkhianat mereka. Apa lah mereka jaki sangat kat Dora dan Diego.

:(

Esok-esok, kalau saya ada 'masa' saya akan upload gambar untuk 365. Tapi jangan harap ada gambar tragis pagi tadi. Tak mau ingat. Perasaan nak bunuh anjing nanti timbul. Nampaknya, saya akan jadi anti-Jacob (Twilight) dan akan masuk ke pro-Edward.

4 comments

zura_habib said...

mcm anjing dan kucing...maybe sbb tu kot dia attack DOra n Diego..bkn arnab tu ...sy tumpang simpati...

Daddy Ziyyad said...

so, nak beli pet yg baru tak lepas ni?

Effa Sahat said...

thanks zura. hmm.. tu la pasal. anyway, anjing2 tu anjing liar, so, standard la kan...

daddy ziyyad. for me, i can;t replace them, tp hubby ckp macam nak cari replacer kan, terasa sunyi rumah... (walaupun riuh dengan anak-anak dah... )hehe

azieazah said...

Tumpang sedih dan simpati.

Takpe, nanti beli arnab yang baru yerrrr....