Budi Bahasa - Budaya Kita : Mari berbudaya. :)

wah .. femes kakak-kakak sekalian :)
Permuafakatan dan kerjasama satu pasukan sangat penting dalam menjayakan satu-satu program. Terutama yang melibatkan komitmen dan masa individu. For me, saya sangat salute pada para kaum-kaum ibu yang menjayakan Program Unit Kebudayaan Bakat (L) PTKK, Program Tarian 1 Malaysia. Mereka berlatih 6 jenis tarian dalam masa sebulan suntuk dan berlatih hampir setiap hari. 

Pada awal latihan tarian tersebut, bersemangat saya mengikutinya. Tapi suku saja, saya sudah 'terpaksa' tarik diri kerana tidak dapat nak komit datang hampir setiap hari untuk ikut serta berlatih. Saya kalah bab-bab 'tiap-tiap' mau ni. Huhuhu. Kalau solo saja tak apa kot, tapi dengan anak yang si Alia itu, lepas tu balik dengan kerja di rumah lagi, saya rasa tak mampu. Dari itu, saya menarik diri lebih baik. Buat kerja di belakang tabir saja. Itu lebih sesuai dengan ... saya.

Tapi kakak-kakak di atas, memang sangat bersemangat dan memberi komitmen yang sewajarnya. Terima kasih semua kerana kalian berjalan juga program ini. Aktiviti unit kebudayaan tidak seperti aktiviti unit-unit yang lain. Untuk menjayakan satu program, memang kena makan masa dan komitmen untuk berlatih dan duit memang kena keluar la sikit sebanyak untuk persiapan baju dan aksesori. Mungkin duit - boleh dicari. Tetapi masa dan keringat yang keluar dalam menjayakan satu-satu program, sapo nak membayo tu mokcik? huhuh. Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas jasa baik Puan-puan yang terlibat. Terima kasih daun keladi. Tak mampu dibalas di sini. >.<

Selain itu, yang pasti bila beramai-ramai ni, pasti ada hati yang suka, terluka, terguris, terperli, terkata, terumpat, tersalah cakap, tersinggung, termakan lebih, terkurang ini, terlebih di situ- kita manusia biasa, pasti tidak kan lari dari melakukan kesilapan. Sedangkan suami isteri pun gado-gado, apa tah lagi dengan kawan-kawan. Tapi sebelum kawan-kawan menjadi lebih akrab, pasti ada perselisihan. Itu proses untuk kita lebih mengenali antara satu dengan yang lain. Proses untuk kita belajar untuk menghormati hati orang-orang di sekeliling kita. Proses untuk menjadikan kita lebih matang dalam mengenali dunia. Bukan mudah untuk menjaga hati orang, tapi sebaik-baik manusia, adalah yang tidak menyakiti hati saudaranya. 

Perjalanan unit kebudayaan 2011, ini masih jauh. Baru 1 program. Baru bulan Mac. Ada banyak lagi event yang nak dislot-in, program yang hendak di isi. Puan pengerusi yang baik hati, Timb. Pengerus yang cun (Yati), dan saya berhasrat agar unit kebudayaan tahun ini sekurang-kurangnya bisa menjadikan warga PTKK berbudaya dan tidak boring dengan tarian poco-poco semata-mata. Budaya itu luas. Ia bukan sekadar persembahan kebudayaan oleh penari-penari, budaya adalah satu norma hidup, satu kebiasaan, satu warisan. Insyallah, kami cuba untuk memimpin unit ini dengan lebih baik. Aduh, saya buat teks macam nak baca dimajlis politik la pulak. hahaha. 


Okeh, mari kita layan gambar dari jurufoto yang tidak bertauliah iaitu ... saya :)

Ini kumpulan Wonder girls hehehe... 

Meja Kehadiran. 

Menunggu giliran touch-up dari Make up artist :)

Touch up jgn tak touch up!

Ini sesi memeriksa step sendiri-sendiri. Cari ketenangan :)

Yang baju Pink, sedang sembunyi perut atau transfer perut? :P

Datin Adida, sampai di dewan serbaguna. Terima kasih datin..

With the core person. 

Starting poco-poco

Starting poco poco juga... 

The Crowd

Step by step .. ooh baby...

Meja ringkas untuk VIP's

Ini Tarian India...

Ini ? Ha.. ini Meja urusniaga yang tekun menjana duit untuk bakat (L) PTKK. :)

4 comments

izazi said...

hihihihi
best nye effa dan saya amat jellesss
sebab tak dapat nak turut serta ..
tgh bz dengan audit :(
insyaAllah next time ..
akak ni nama je join kebudayaan tp still tak sumbang apa2 pun lagi

Effa Sahat said...

hehe. sila jeles. best gile hari tu. tapi penat gile la juga, jd .. takyah jeles melampau. hehehe.

nanti kak shidah n yati cuti, tak kira, kak izazi kena tolong saya .. hehehhe... :P

Yan said...

Best kan activity cam ni. tp akak pun jenis yg tak leh commit cara cam ni.. Akak jenis ikut suka hati sikit...

Effah Sahat said...

sama la kita kak... ikut suka hati saya he.. huhuhu