Hujan Sepetang Di Kota Kinabalu

Agaknya ini hujung-hujung bulan kan, jadi bendalir di kepala sudah kering dengan itu, idea untuk update blog jadi lemau. Susah betul nak keluarkan ayat yang boleh dibentukkan menjadi cerita pendek. Tambahan pula di otak sekarang seakan ada bendalir mukus hijau dan merah ... huhuhu. Err. Tak senonoh. hehe. 

Tentang sakit yang saya alami beberapa hari lalu dan siang hari tadi beransur sembuh, alhamdulillah. Agaknya, benarlah firasat si sang suami, isteri nya ni kurang minum air masak. Hari ni saya minum betul-betul punya, baru la beransur baik. Hipotesis tentang mata saya melekat setiap kali bangun tidur juga sudah terjawap, I thought itu kerasa saya ada sinus, tapi tidak, ianya kerana saya panas dalam. Demam dalam badan tak keluar-keluar. Sekarang masalah itu sudah berakhir. Skemanya ayat. haha. Alhamdulillah. Tetapi saya tetap TIDAK dibenarkan menyentuh udang, sotong, ketam dan seafood yang seangkatan dengan nya. Huhu. Tertarik sudah satu nikmat di dunia. Ini tanda-tanda, sudah tua.. erR?

Tadi sempat juga berjalan-jalan ke KK (dlm kereta), traffic jammed? masyaALLAH. Oleh kerana hujan yang lebat, jalan menuju ke arah telipok atau ke indah permai, indah permai - 1 borneo, KK-indah permai, sesak gila. Saya tak pernah melihat keadaan KK seteruk ini. Jammed di sana sini. Dengan karektor pemandu KK yang tidak mahu beratur *bukan semua*, buat saya dan suami jadi panas juga, perut pun sudah lapar. Perjalanan ke 1 borneo yang sepatutnya hanya 20 min- 30 min, jadinya 3 jam baru sampai (5.30 ptg-8.30 mlm). Nasib baik sempat solat maghrib di masjid. Kalau tak, lagi panas. 

Akhirnya kami makan jam 8.30 mlm di HOMES, 1 borneo. Nasib la juga anak 2 orang ni kurang berperangai semasa tunggu makanan. Hehe.

Tapi niat untuk beli barang bulan sedikit sebanyak terbantut, memandang jam sudah begitu kan. Jam berapa nak sampai ke rumah. Bila nak balik, jammed juga, tapi jammed yang bergerak la kan, tak ada la macam tadi. Tapi disebabkan banjir juga, walaupun hujan sudah reda. 

Temperature KK hari ni : 22 darjah celcius. 
Hmm.. pelikkan? Ke sensor temperature tu dah kaput? 



No comments