P365 Day 63 {4 mac} :- Khasiat Betik




  • Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. 
  • Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. 
  • Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. 
  • Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah
Sumber : Klik Di sini

So, kelmarin beli buah betik, potong-potong letak dalam fridge. Senang nak gapai bila terasa nak makan buah. Saya antara orang yang sangat tegar dengan buah-buahan. Sedar tentang kepentingan buah dalam diet seharian, tapi masih selalu lupa atau buat-buat lupa. 

Kalau mak mertua saya, dia tak galakkan makan buah nenas, mangga, timun. Sejuk katanya. Saya pun tak faham tapi buat-buat faham dan angguk-angguk. Hehe. Bila saya tanya lebih detail, dia kata " alahhh.. pantang orang tua dulu-dulu"... Ohkey mak, saya menurut perintah. *wink*.

Tapi saya tak minat rambutan, langsat, manggis atau yang kena kupas. Malas. Kalau mak saya beli, saya menjamah seketul dua saja. Saya ni kategori malas nak kupas dan sengal tengok kulit dan biji buah-buahan yang sudah di makan. Tambah ada semut. Err... letihnya tengok. 

Agaknya saya pemalas. :) ohkey .. sekian celoteh hari ini.

9 comments

Hannah Johary said...

Hehe sama dengan kita orang. Kalau mak tak potongkan, memang takde orang nak makan buah.

Tang rambutan tu, my mom selalu siap-siap kupaskan. Masuk dalam mangkuk cantik. Then masukkan dalam fridge. Sedap gila makan rambutan sejuk-sejuk!

Ahh tiba-tiba rindukan mak pula. Nak pergi balik rumah dia lah this weekend. :)

CinoiLavigne said...

Hai,
Wow, nice info.
Our dad pun slalu paksa makan betik, which is sedap sbnarnya. bgs utk kulit

al-lavendari said...

bukan pemalas tapi tak berapa rajin ..! hehe

untuk makluman, saya masuk melalui pintu azieazah !

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

plus leh lawaskan pembuangan hadas besoo.. heheheheh..
kat opis sy mmg de petak promosi betik ni, variety betik sekaki..
time dkt peyet, akan pi cari yg hawa² nk masak, yg crunchy kalo wat stail rojak, cuka+ belacan+ gula+ garam + cili manyak².. uisshhh, terangkat!!!

Effa Sahat said...

Hannah,
ye bila cerita pasal buah mesti ingat kan mak mak kita kan, cos, derang le yang 'paksa' kita makan buah, macam saya paksa anak2 makan buah sekarang. hehehe... happy weekend!

cinoilavigne,
bagus untuk kulit dan sumber vitamin yang mudah dan enak kan...

al-lavendari,
terima kasih, sudi berkunjung. :)

Leily,
tu kalau mangga. wawaaahhh.... ada mangga kt peti sejuk tu, huhuhu... takde geng nak mencecah la plakkk...

Ayin Masliza said...

thanks... lagi satu petua nak tambah.. biji betik kalau goreng tanpa minyak, tumbuk, campurkan dengan minyak kelapa.... untuk hitamkan rambut... tapi saya sendiri tak pernah cuba... :)

azieazah said...

Kak Azie suka hampir semua jenis buah. Betik pun suka. Dulu kat kampung pokok betik keliling rumah, petik sebiji2 makan sorang. Sapa pun tak heran.

Sekarang nak beli betik yg segar, kena pi pasar. Selalunya Kak Azie suka beli Betik Solo yang comel dan manis tu...!

Betik baik utk lawas.
Berkongsi Blog dengan Orang Sebelah: Sebuah Pendapat...

Dda Ly said...

saye suke betikk...mmg byk khasiatnye..:)

meh ke rumah..
~stationery~
keep in touch ye..♥♥♥

Effa Sahat said...

Ayin,
petua yang baik. dok umh kan, jadi harus on budget dan amalkan petua orang tua-tua. kikikiki...

Kak AA,
Betik solo? tak penah tgk....

DDa Ly,
thanks for inviting. akan segera ke sana :)