C - Congratulation and Current


Niat di hati nak update blog tanpa gambar kerana tidak terambil gambar langsung this few days. Busy like a bee menguruskan rumah, anak-anak dan persatuan (hamboi... persatuan!). Seorang sahabat sudah selamat melahirkan seorang anak perempuan. Dan sekarang dia dalam tempoh "dok kt umah, jangan kuar ye yati" - a.k.a berpantang. Nak tengok juga berapa lama perempuan ini bertahan duduk diam kat dalam rumah. Alhamdulillah "Noralisya Natasya" yang tak sabar nak kuar sudah pun selamat baring bersama mama yati. She is a strong but premature baby.34 weeks. Weight - 2.0 kg. Tak sempat nak ambil gambar syasya. Congratulation Yati and Hisyam! The NHK Family. :)

About Life.

Agak sibuk kebelakangan ini. Ada benda yang kena uruskan memandangkan 2 orang sahabat akan bercuti pantang selama 2 bulan. Kena take over hal-hal budaya. More over this 27 April ada aktiviti budaya. Jadi saya terkontang kanting lah nak menguruskan the dancers. I did mentioned about 'the sinking boat'. Well, dalam mana-mana group of people, mesti ada problem dan pembikin filem problem. Tak kisah la saya kan, apa yang penting apa-apa konflik luaran tidak dibawa masuk dalam urusan 'bisnes'. Cuma ini bisnes tidak melibatkan keuntungan mahupun wang. Jadi konflik juga tu. :)

About Home.

Nothing much. Routine is routine la. Tak ada perbezaan. Cuma nampak lebih efisien la sikit. Sebab i have to go out, urus itu dan ini tentang budaya, jadi urusan di rumah saya dah settle lebih awal dan lebih cepat. Haha. Bagus juga kan, tak lah saya mendelaykan kerja yang sikit. Selalunya suka delay-delay kerja, such as lipat kain and all, tapi bila dah tau kena cepat buat kerja, siap juga kerja rumah. :).Jadi tak ada lah kain saya jadi gunung kinabalu kini. Paling teruk pun bukit. Bukit Sepanggar. ihiks.

About kids. 

Fara (Nana), saya dah start panggil Fara di rumah, since dia minta macam tu. Guna pakai la saja nama dia juga, bukan nama orang lain. Macam tu juga dengan Zara (lia). Semakin lama semakin berakal, tak terjangka difikirkan kelasakan Zara. Pagi-pagi hantar Fara ke school. Zara saya bangunkan saing dengan kakaknya, mandikan bersama. Senang urus, kalau tak mandi lagi, buat lambat pula nanti. Fara dah pandai baca Al-Fatihah dan Surah An-nas. Walaupun selalu ponteng sekolah. :)

That's about it. About my life recently. Nothing special sangat kan? Biasa-biasa saja. As you know, what can be so interesting about life as a housewife. :)

3 comments

Nurul Aima Hj Kaim said...

spesel part tukar nama ke ke ke ke

azieazah said...

Ehh sapa kata jadi surirumah tak menarik.?

Sebenarnya seronok jer, kalu kita set minda kita bahawa yg kita buat tu suatu rutin yg best.

Bab bosan tu biasa. Tapi kalu ada perkara menarik diselangi dgn rutin biasa, pasti best.

Testing resipi baru kerrr...
Ada xtvt luar sekali sekala pun seronok juga tu.

Effa Sahat said...

aima,
tu la pasal. fara, kt sekolah, mmg kena panggil fara, jadi dia nak kita panggil dia fara juga di rumah...byk songgeh.. huhuhu..

kak AA,
hhuhu, mula-mula dapat post sbg surirumah ni kak, meraung... sbb tak biasa. sekarang oklah, dapat menerima post ini dengan happy dan jaya. hehe....