Di Antara Keajaiban dan Ketentuan

Tadi petang, melawat my cousin abang awang di SMC. Dapat panggilan telefon dari abang & mak su. At first, saya ingatkan sakit biasa-biasa atau medical check up. Tapi makin lama conversation, saya rasakan satu keperluaan untuk saya ajukan permintaan kepada hubby untuk melawat abang awang. Kami tidak berapa rapat, walaupun first cousin dan tinggal di satu pulau yang kecil. Mama saya kan dibesarkan oleh keluarga sebelah datuk, & his late mother, raised by nenek Inem. So kenal, tapi tidak mesra. 

Adik saya sudah ada di SMC. Jadi saya minta dia tunggu di lobi SMC. Saya takut sesat pula di Hospital yang besar itu. Saya ke sana bersama suami dan anak-anak, tapi mereka tinggal di dalam kereta. Saya saja yang keluar melawat. Nak bawa anak-anak macam tidak berapa sesuai, memandangkan abang awang berada dalam Unit rawatan rapi. 

So, sampai saya di ICU, wife abang awang is about to go down, to resting at the lobby. Jadi saya bersalam terus masuk untuk melihat abang awang. Saya dapat lihat, dia terbaring lemah, badan dicucuk sana & sini, wayar pusing-pusing, mesin-mesin yang menunjukkan graf dan nombor yang saya tak faham. Saya terkejut melihat keadaannya macam itu. Abang awang is just about my brother's age. 40+. Abang awang kahwin awal. Muda. Anak-anak sudah besar, ada yang bekerja ada yang masih belajar. 

Berada dalam ICU itu, saya rasa sangat kecil dan halus. Melihat orang-orang yang terbaring tidak sedarkan diri, ahli keluarga yang bersandar sambil termenung di dinding-dinding, ada yang duduk di sebelah pesakit membacakan surah Yasin, doktor yang nampaknya letih menerangkan tentang pesakit di bawah jagaan mereka kepada ahli keluarga yang datang, jururawat yang sentiasa monitor sana sini - saya rasa tekanan dan perasaan yang sukar saya lafazkan. Saya memang tidak ditakdirkan untuk menjadi doktar atau nurse, lebih-lebih lagi yang bertugas di unit sebegini. Bisa hilang kewarasan menghadapi suasana begitu sepanjang hari, berhari-hari, bertahun untuk mencari sesuap nasi. Saya sudah tahu kenapa saya tidak berhasil menjadi doktor.

What can we say to his poor wife yang sedang merasakan keadaan yang sangat tegang? Melihat kondisi suami dalam keadaan begitu. Abang awang, mengalami komplikasi paru-paru yang tidak dapat mengepam oksigen dengan cukup untuk dibekalkan ke dalam darah, sirosis hati dan pendarahan dalaman (menyebabkan beliau muntah darah). Abang awang diberi ubat supaya dia tidur sampailah semua kondisi nya stabil semula. Namun, doktar menegaskan, mereka mencuba yang termampu, lebih baik, jika semua ahli keluarga dikhabarkan tentang keadaannya agar dapat melawat dan bersedia. At this point what can i say to his wife?

Sepanjang kehidupan seorang isteri, suami adalah segala-galanya. Dan bila melihat keadaan suami terlantar begitu .. apa perkara terbaik yang anda ingin dengar? 

Kalau saya, the last thing I want to hear is people assuming anything, saying everything is going to be okay. Jawapan yang hanya ALLAH saja yang tahu. Di antara keajaiban dan ketentuanNya. Kedua-dua dan diantara keduanya tiada manusia yang mampu meramal. 

Semoga abang awang cepat sembuh. Semoga Allah panjang umur beliau dan pulihkan raganya. Semoga dia kuat melawan kesakitan itu. Semoga Allah melindunginya setiap masa. Amin Amin Amin.... Ya Rabbal Alamin... 

3 comments

izazi said...

i've been to icu before utk melawat salah seorang isteri kpd rakan sekerja suami kita. masa tu suami masih lagi berkursus di luar negara. tak tau nak gambarkan perasan bila kita berada di icu kan .. ya betul, akak pun tak kuat dari segi hati, perasaan serta kesabaran utk bertugas sebagai seorang doktor mahu pun jururawat. anyway al-fatihah buat rakan kita, Allah swt lebih menyayangi beliau ..

Effa Sahat said...

betul kak .. Allah lebih menyayangi beliau. tak sempat berkenalan pun dengan dia...

Yan said...

mudah2an beliau akan sembuh.. INSYALLAH