Gigit 1 Time, I balas cubit 2 times.

Nampak tak kesan merah di tangan tu. Dah reda skit malam ni.
 Lepas letak minyak butbut 2 kali. 
Tengahari tadi, saya ambil Fara dari sekolah agama. Selalunya saya akan tunggu seberang jalan, bila nampak dia baru saya akan ambil dia dari depan pagar. Tapi tadi, memang saya sudah menunggu dia di depan pagar. Nak suprise untuk dia. Mencari-cari kelibat Fara, tiba-tiba nampak dia dengan muka sedih, dan bila dia nampak saya, dia menangis. Dia tak pernah menangis macam tu.

Mama: "Kenapa ni....."

Fara: "nak mama....... "

Mama: "kenapa ni sayang...."

Fara: "Fatia pukul ....."

Mama: " Oh... pukul... di mana...?"

Fara: "di tangan..."

Saya pun melihat tapak tangan nya, check-check lah apa yang patut. Bukan apa pun, cuma nak tiup-tiup, bagi dia puas hati. 

Sekalinya check-check ada kesan digigit di tangan. Jadi saya tanya pada nya, siapa gigit? Jadi keluarlah semua cerita. Kawannya tarik tudung, pukul dan kemudian gigit tangan nya. Tapi memang kesan gigit tu memang unbelievable. Saya cuba gigit sendiri tangan saya, nak tengok dapat tak kesan merah macam tu. Tapi tak dapat, paling-paling sakit yang saya tahan pun, tinggalkan kesan gigit tanpa merah dan kemudian kesan itu hilang tanpa tanda. Ini kalau dah tanda merah dan bengkak, memang kaw-kaw dia gigit anak saya.

Saya bukan mama kepochi. Tapi rasanya saya kena buat laporan yang telus kepada cikgu. Saya pun terus ke bilik guru dan bagi salam. (sebelum nak kepochi, bagi salam dulu). Saya minta maaf dulu pada cikgu tu. Kemudian saya minta Fara sendiri cerita pada cikgu. Saya bilang pada Fara, "Okie, Fara cerita k pada cikgu, mama tak boleh cerita, sebab ini cerita di sekolah.". Jadi Fara cerita, dan tunjukkan kesan pada tangan tu. Cikgu tu minta maaf pada saya. Saya tahu Fara bukan kepochi atau pengadu pada cikgu sangat. Tapi saya pesan padanya kalau ada masalah macam ni, selesaikan terus di sekolah. Kalau dia bagitau saya, saya pun tak mampu nak buat apa, selain akan pergi kepada cikgunya. Saya tak suka nak serang dan marah anak orang.

Tapi saya sangat bangga dengan Fara. Sebab dia menunjukkan sikap tidak suka membesarkan cerita. Dia tak suka mengadu pada orang lain, dan ketika kesakitan dia akan terus ingat pada saya. 

Saya pesan pada Fara, kalau di sekolah, Cikgu adalah mama Fara, jadi kena cakap apa-apa yang penting pada Cikgu. Sebab Cikgu yang jaga Fara di sekolah. 

Saya tanya pada Fara. Lepas dia gigit, apa Fara buat pada dia ? 

"Dia gigit Fara 1 time, Fara cubit dia kat tangan 2 times."

Huhuhu. Nak bagitau dia menang tu... amboi. :) I said, tak payah balas lain kali ok... not good. Next time, just bagitau cikgu. And nanti mama letak minyak but-but.

8 comments

izazi said...

tak pe effa, akak rasa fara cubit kali pertama tu sebab tindakan refleks kena gigit but yg second time tu mmg dia geram la tu :)

Janna Wan Muhammad said...

alaa..sian Fara (kena panggil fara jugak la yer ) gitu la nk besar FAra.
tp Mama fara mmg bagus, tak cepat melatah....caya lah!

Nurul Aima Hj Kaim said...

aduii ini la yg kita takut bila x dpn mata kan? kan? kan?

Effa Sahat said...

izazi,
papanya yg melatah..
"lain kali kalau orang gigit, bgtau dia nanti papa datang gigit dia balik" ... haha .. papa emo.

kak janna,
hehehe. tu la pasal... kena panggil gak.. hahhaha.. suka2 hati kan?
tu la pasal. this is normal. this is going to be her sweet memory.. :))

aima,
ya. doa-doa semoga tidak yang teruk2 ja...

Yan said...

sakit2 pun nampak cam come je bunyi nya..

anak akak lelaki tu pun pernah kena buli. siap kena digunting jarinya.. macam tak percaya..

Effa Sahat said...

gunting jari? darah ke? adui.... huhuhu

Ayin Masliza said...

comeyyyy... yg bab 2 times tu, dia ada citer kat cikgu tadi tak? hehehe

Effa Sahat said...

takde. tu dia citer masa dah mandi... sedang sapu ubat kt tangan. hehehe.. masa tu dah chill dah kot. dah happy2 sebab mama dia pampered skit .. hehe..