Indah Khabar, Indah Rupa

Selepas saya berkahwin dengan military person ni, saya masuk pula dalam satu organisasi ni, macam-macam perangai saya jumpa. Ada yang baik, biasa-biasa, laser, kepochi, happy-go-lucky, happy-go-tak-berapa-nak-lucky, ala-ala-datin, bossy, budak-3-tahun, awet muda, nampak tua, perasan cun, cas cun, sememeh, simple, hehe.. ishk banyak sangat. Ada yang baik di depan, maki kita berbakul di belakang, ada yang layan yang berpangkat saja, yang kuli batak pandang pun idak-walhal dia pun bukan tinggi sangat, ada yang laser tak hinggat - menusuk kalbu orang bilang. Yang boleh saya telan, saya telan. Yang saya terasa-terasa tu, saya senyum, senyap, balik umah, istigfar banyak-banyak. Halal kan mana yang patut. Asalkan tidak melibatkan maruah dan nama baik suami saya- saya telan lah saja.

Mencari kawan yang sebenar-benar kawan sangat la susah. Kena cari yang sekepalalah. Tak boleh buat semua orang suka kita dan tak boleh nak buat semua orang berpuas hati dengan kita. Jangan bawa gaduh sudah. Kita pun bukan perfect sangat. Buat apa nak jadikan isu tentang perangai sipulan. ye dak ? hehe. Anggap saja kita tidak berjodoh yang berkawan dengan orang itu- berkawan biasa jumpa di tepi jalan hi-hi bye-bye boleh je kan. Just that, untuk rapat dan jadi geng keras tu, kurang-kurangkan. 

Ada yang indah khabar, indah rupa. Ada yang buruk kabar, indah pula rupa. Ha yang sejenis ni, rupa lawa, lemah lembut, tapi khabar tentang dia, sangat la kontroversi. Huhu. Penat memikirkan siapa yang betul, siapa yang jadi drama queen. Kalau boleh tak nak tau pun. Biarkan si luncai dengan labu-labunya.

Apa-apa pun, siapa pun orang di sekeliling kita, jangan lah terpengaruh dengan cara mereka. Jadi diri kita sudah. Orang nak terima kita, terima. Kalau ada yang buruk tentang kita, cuba lah ubah. Cuba jadi yang terbaik walaupun tidak semestinya kita terbaik di mata orang.  Yang penting kita terbaik di mata anak-anak agar dapat mereka jadikan kita contoh terdekat.

7 comments

Kak Aya said...

betul tu, cuba jadi yang terbaik terutama di depan mata anak-anak..bukan mudah nak cari jiran-jiran yang boleh dijadikan tempat mengadu suka duka.

Yan said...

Hi Effa,

kawan2 ni sometimes boleh jd lawan.. tu yg bahaya.. Nak cari kwn yg serasi mmg susah.. Tp akak jenis yg suka berkawan.. suka sangat...

hope one day kita leh jumpa..INSYALLAH

izazi said...

hihihi effa ..saya suka n3 ini.
org akan kata apa2 saja selagi dia tak kenal kita sebenarnya .. so for me, just let it be and hidup dgn cara kita. Orang2 macam ini sebenarnya mewarnakan kehidupan kita n membuatkan kita lebih menghargai sebuah kehidupan :)

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

Effa.. mmg betul, nk cari kwn yg betul² kwn mmg susah! i'm too.. kat opis ai ni mcm2 jenis peel org, yg dpn ok, blkg tikam pn ada..
huhuhu, apakan daya.. mmg kena telan gak wlpn pahit.. lg stress kalo takde tempat nk luahkan.. uhuhuuh.. ;-/

Effa Sahat said...

Kak Aya,
betul kak aya. saya sentiasa cuba untuk jadi mama terbaik utk 2 puteri saya ni. klu boleh jadi contoh mereka. i believe everything starts from home.

Kak Yan,
Ye kak Yan. Insyallah. mudah-mudahan Allah beri 'jodoh' pada kita.. Amin..

Izazi,
:)
hehe. i like. u know what i'm talking about right. hehe. betul kak, the whole picture will never look perfect without every pieces of the puzzle.

Leily,
Kat opis lagi la kan leily... saya dulu kerja pun macam tu. buat baik salah, buat salah Lagi salah.. hehe...

Ayin Masliza said...

suke enrty ni... hehe... cerekarama...

Effa Sahat said...

hehe. drama sinetron pun kalah ayin.. :P