Pengasuh Anak-anak Kena Banyak Bersabar.

Baru balik dari ambil baju tempahan cenderamata untuk seorang ahli bakat Akas yang akan posting keluar hari jumaat ini. Tak semua ahli bakat akan diberi cenderamata bila ada posting order, hanya yang benar-benar aktif dan kawtim keras saja. Setakat yang suam-suam kuku, tak ada maknanya. Ini antara cara untuk memberitahu rasa penghargaan kepada orang yang banyak berkerja keras dan menjadi tulang belakang kepada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Bakat.

Saya minta seorang team budaya temankan saya, Sal (bukan nama sebenar). Sal ni mengasuh anak orang, jadi dia bawa la sekali anak orang tu. 

Pengamatan saya, sangat penyayangnya ibu ini. Tercabar juga saya rasa, memandangkan kita ni, menjaga anak sendiri tidak selembut dan penyabar dia menjaga anak asuhan. Sal ada seorang anak lelaki berusia 12 tahun, dan sekarang ni Sal masih mencuba untuk menambah cahaya mata. Mudah-mudahan doa Sal segera dimakbulkan Allah.

Kita ni pula tak nak menambah. Setiap kali nak dekat tarikh bendera jepun, ternanti-nanti dengan penuh harapan. Saya belum bersedia untuk menambah. Bukan tak mahu menerima rezeki Allah, tapi tunggu lah dulu si kecil ni dah besar sedikit. Lagipun saya jenis ringan tangan, mudah benar nak hayun rotan. Selalunya diakhiri dengan perasaan menyesal. Kenapa lah saya ni tak penyabar dengan mereka. 

Sal pesan pada saya tadi, dan saya kini berpesan pada diri sendiri buat kali yang ke 8, "jadi pengasuh anak-anak kena banyak bersabar". 

Semalam, Fara dan Zara kena rotan beberapa das dari saya, akibat tidak mahu dengar bertolak ansur antara satu dengan yang lain. Zara kena di tapak kaki, Fara di punggung. Kesudahnya, saya pujuk juga balik. Papanya kata jangan pujuk, tapi tak sampai pula hati saya. Walaupun saya marah dan rotan tidak bermaksud saya membenci. Niat untuk mendidik, tapi bila emosi menguasai, hilang pertimbangan. Mudah-mudahan Allah beri saya kesabaran lebih lagi. 


6 comments

Ayin Masliza said...

sayang anak memang kena rotan-rotan manja.. heheheh

Effa Sahat said...

paham2 la ayin, housewife kan, 24 hours dengan derang je. huhuhu

izazi said...

hahaha effa, akak kenal sapa tu
mmg penyayang sangat sebab tu akak sayang sangat kat dia..sebab tak mudah nak dapat org mcm dia
rasa percaya kat dia tu dah macam saudara sendiri tau

Effa Sahat said...

u are one lucky person kak! susah nak cari pengasuh begitu kan? even sy sendri tak sesabar dia. adui. sian kn anak2 saya. kena blaja ni... huhuhu..

anak-anak akak sejuk kan kat tangan dia... :)

Yan said...

Effa,

anak2 u semunya girls.akak rasa diarang ok je kot. u kena sabar lebih lagi lah..

From experience, anak2 yg kena rotan selalu ni dia jd tak confident. mcm anak akak yg first.

Dia first masa akak dan hubby muda lagi. so darah naik je. Lagi satu dia bit active. sort of hyper gaklah.. mmg menguji iman akak. lepas pukul, rasa nyesal.

Now, dia k sangat. cuba kena build up confident dia.. But he really close to me now.. Jgn nyesal nnt2.. susah kita..

Mama Qiestina said...

hihi mmg mencabar jaga anak fulltime kan :) yat baru mengalaminya since resign.24 jam jaga qies sndri.

btw kak effa, salam kenal dari saya.if sudi dtgla ziarah blog saya yeh.