The Sweetest Mistake

Have you done a mistake in your life, which lead you to the amazingly the sweetest memory in your life?

I did.

It leads me to an amazing friendship. Leads me to those I really enjoyed to be with. Leads me to the most happiest time of the youth years. Gile saya tak menyesal bertemu dengan mereka. They have become my friend, my mates, my makan sedulang mates and my sweetest memory.

Selesai SPM, saya bernasib baik, walaupun aggregat cuma 17, saya dapat menempatkan diri di Matrikulasi USM di Kolej Mara Kulim. Saya kira bernasib baik sebab, kalau ikutkan di situ, hanya di tempatkan orang-orang yang otak lemak berkrim. Kira paling teruk pun 13 aggregat. Jadi saya adalah yang "ter" banyak aggregat di situ. Hehe. Not something to be proud of, I know.

Okey. Sebenarnya, masa saya dapat tawaran tu, saya dapat tawaran yang lebih sepadan dengan kelulusan dan otak saya. Tapi, itulah kan, zaman muda, jiwa begitu optimis dan berkobar-kobar untuk meninggalkan kampung halaman dan menimba ilmu di luar kawasan. Berkobar-kobar... boleh rasa debaran itu sampai sekarang.

Di situ, saya bertemu dengan Norul, Sue, Suzana (Nerq), Sayang, Adha & Amy. Saya di dorm Suci, Cube 23 (kalau saya tak silap). Cube mate saya ialah Norul. Depan Cube kami Cube Suzana dan Sue, Tepi sebelah kanan cube nerq & sue, cube adha & sayang, sebelah kiri pula amy dan hidayah. Susah dan senang kami bersama. norul- orang pahang, sue- parit buntar, nerq- orang johor, sayang- orang ganu, adha- orang penang, amy- orang minang lumut. :)



Di KMK saya mula hidup berdikari, tanpa mak, tanpa keluarga disisi. Hanya kawan-kawan yang jadi tempat berlindungi dari hujan dan panas. Di sini, kenal tentang dunia dengan skop yang berbeza. Berkenalan dengan kawan-kawan dari seluruh pelusuk Malaysia. Bermacam ragam, bermacam perangai, pelbagai budaya dan cara hidup. Yang baik saya jadikan teladan dan cuba saya ikuti. Yang kurang baik, bukan untuk dikutuk, tapi untuk diperhati segala hikmah di hadapan. 

Gila-gila remaja katakan. Memang kami ber7 ni agak nakal. Memang geng keras. Sampailah ke USM pun, walaupun kami terpisah di Desa yang berbeza, kami tetap akrab. Semester ke2 bermula, kami sudah menyewa di U-Height. Kalau tak silap saya, kami sewa U-Height tu RM1000 sebulan. Berkongsi ruang dengan 3 orang teman yang lain. Jadi sorang bayar RM100. Di USM, kami lebih expose. Huhuhu. Lagi nakal. Tapi takde la nakal sangat, sebab diantara kami masih ada very tradition and reserve type. Sue. Garang plak tu. Hehe. Yang paling gile, Nerq. Yang paling Juliet, Amy. Yang paling comel, Norul, Yang paling selamber, Sayang. Yang paling lembut, Adha. Saya ? yang sedang-sedang saja... muahahha. 

Kami berbeza. Tiada antara kami yang serupa. Masing-masing minat benda lain. Tapi peliknya kami masih sangat rapat dan sekepala. Apa yang "se" pun saya tak paham. Tapi kami sangat memahami antara satu dengan yang lain. Kalau time PTPTN masyuk, huhu, apa lagi, beronggeng le kami ke Bukit Jambul Shopping Complex. Tempat di mana budak USM lepak dan bertenet-tenet. Kira tempat paling standard la. Jarang kami ke Komtar. Masa tu Prangin Mall, baru nak bukak, so, Bukit Jambul sangat hebat. :).Sekarang ni, rasanya lagi banyak Mall best di Penang (amboi citer pasal Mall di Penang lak jadinya) hehe...

Tapi time kami kemelesetan, kami sama-samalah bercatu makanan. Senang bersama. Susah pun bersama. Makan la apa yang patut. Kami bulan ramadhan, kami suka berbuka di Masjid USM. Dapat berbuka makan Free. Makan berdulang plak tu. Sangat sedap.... rindu.

Saya tak lama di USM. Hanya 2 semester. Tapi kenangan 2 semester tu sangat terkesan di hati saya. Saya rindu pada suasana itu. Rindu pada teman-teman... Ada masanya saya rasa sangat menyesal kerana saya quit USM, tapi bila fikir-fikir balik, everything happened for a reason. Kalau saya tak quit USM, saya tak jumpa Hubby. Tak jumpa hubby, tak ada lah Fara dan Zara. Tak adalah saya berblog di sini. Mungkin saya jadi somebody else. Mungkin bukan Housewife Diary la blog saya. Hehehe...


In my life, saya selalu buat mistake. Tapi the funny part is, mistake itu telah membuatkan saya berjumpa dengan orang-orang yang penting dalam hidup saya. Jadi itu menjadikan setiap jalan yang saya buat itu sudah ada rancangan Nya di hadapan saya. But I do not wish to repeat the same mistake all over again. Sangat perit untuk dikenang dan dilalui. 

Seribu impian di bina, tapi kenyataan hanya Allah mengetahui rahsianya. 

.

6 comments

Janna Wan Muhammad said...

yup effa..everything happened for a reason.

Effa Sahat said...

Allah merancang apa yang ada di hadapan. Everything is already decided...

Lolita's Closet said...

Fa..no words can describe our precious times together... love u bebeh! muawhss!! -aku budak minang :p

Effa Sahat said...

Amy ek? hampeh amy!!! :)
I love you too bebehhh...

thefluffies said...

Kenapa i perlu di labelkan sebagai gile? ;P

Fa, ingt lg tak hari pertama kita kenal. Ko kena masuk kelas ikut laluan bawah meja. Sangat adrenaline rush. Haha.

Gambar kmk party dengan homeroom dengan Cikgu pun aku ada. Masa tu ko demam kot. nanti aku cari. kalo rajin jek aku upload ;P

~nerq~

Effa Sahat said...

aku rasa aku ada gambar tu.. hehehhe...

sebab ko PALING BEST dan PALING OFFROAD. :) hehehhe...