Life, recently.

Kehidupan semakin "packed" dengan acara-acara dan kejadian-kejadian yang dirancang dan tidak dirancang atau tak terfikirkan. Life, recently was full with happiness and tears. Doa, harapan dan ketentuan... sekarang baru masuk bulan May, sudah macam-macam perkara manis dan pahit berlaku..


1st May, abah was admitted to Putrajaya Hospital. Hospitalized and under observation sebab demam panas yang tak nak kebah dan gula dalam darah yang agak tinggi. 19. Abah tak pernah pun ada kencing manis sebelum ini setahu kami.


Sementara kami di sini, hubby busy dengan revision submarine oral test. Saya tengok dia study by hard and i hope by smart. I really hope dia excel kali ni. Have been trying hard to give him my full support. What i did, i asked him not to think about anything else and just concentrate on his exam. Saya pula call Nilai everyday, tanya tentang perkembangan abah.

Abah di tahan beberapa hari di hospital, kemudian dia dibenarkan pulang ke rumah sebab kandungan gula dalam darah abah sudah menurun ke 13. Abah disuruh review lagi pada 18 May. Sudah senang sedikit hati. 

On 10th may, Keadaan abah tidak begitu menyenangkan. So, Along hantar abah ke hospital lagi. As we expected, Abah kena admit balik di hospital. Tapi kami anggap itu lebih baik, supaya abah dapat penjagaan dan rawatan yang lebih baik di hospital berbanding di rumah. So that, abah boleh lebih cepat sembuh. 

11 May - Hubby akan menduduki exam nya hari ini. Saya di rumah pula sangat gabra dan tertekan. My hoping on him tinggi and his hoping on himself, lagi lah. Most of Cdr, tak ambil pun exam ini, tetapi my hubby prefer untuk "bersusah-susah dahulu" dan tidak mengambil perkara ini remeh. He have to prove to some, he is  capable and valuable. He just declined to be paid extra special for doing nothing special. That's anak Abah spirit! 

Sepatutnya hubby exam on tengahari, tetapi delay sampai ke petang. Akhirnya jam 5 petang baru dia start disoal. 

Saya pula di rumah, keep on calling mak tanya perkembangan abah. Call mak, pada petang, mak kata abah mengigil. Saya sudah susah hati, jadi saya call, adik ipar, Jeli. Jeli bilang, tengahari tadi, air-con di Hospital tu agak dingin, jadi mungkin sebab itu abah mengigil. Mendengar begitu, hati kembali tenang. Saya susah hati kan abah dan suami saya. Saya tidak tahu macam mana nak redakan hati, saya ambil wudhu dan baca Yasin untuk tenangkan hati. Dan berdoa mudah-mudah abah cepat sembuh di sana, dan hubby di beri jalan terbaik di sini. 

At 5 o'clock, selesai solat asar, saya terima panggilan telefon dari Olin (adik suami yang ke 4, satu-satunya perempuan dalam adik beradik nya), bilangnya, abah masuk ICU. 

Suaranya agak tenang.

Tapi, saya sudah panik di sini.

Bila saya tanya pada Olin soalan yang macam machine gun, kenapa? bila? dan macam mana? Olin tak dapat jawab, lalu bagi hp tu pada Mak Lang. Mak Lang bilang dengan nada yang lebih buat saya panik, baliklah, abah dah tenat. Hati macam nak jatuh.

Saya bilang, okey, saya akan call angah (panggilan untuk hubby di Nilai), secepat mungkin.

I kept on calling him from that moment till i am soooooo desperately tense. Memang patut pun dia tak angkat telefon, hp on silent, and he was not in the office. Dia sedang menjawab soalan demi soalan di hadapan Cdr Z. At home, i was already shivering and scared of any possibilities. 

Akhirnya, jam 6.45 ptg, hubby pulang. Saya sambut di pintu, melihat riak di muka nya, dia puas dan tersenyum. Bilangnya, "saya happy. saya rasa saya ok tadi." Saya senyum kembali, saya tanya, nak minum tak? saya buatkan minuman. Dia bilang, tak apa, "saya nak gegas solat Maghrib, malam ni, saya ada meeting lagi dengan CO." 

Di otak saya sedang memikirkan cara terbaik untuk menyampaikan berita. Dia tanya, kenapa tadi banyak missed call. Saya bilang, sayang boleh duduk sekejap. Dia bekeras nak pegi solat jugak. Nampak gaya, kena bagitau dalam keadaan yang tak best juga. Akhirnya saya kata, Sayang, I got news from Nilai. Dia terus berhentikan langkah untuk ke bilik air.

Abah dah masuk ICU. 

Dia tengok saya sambil berkerut. Saya tak akan lupa wajahnya itu.

Macam mana boleh sampai macam tu. I explain, demam, mengigil, call mak, call jeli, called from olin dan Mak Lang, semua yang saya tahu tentang perkembangan abah. 

Terus tak jadi ke bilik air, hubby terus telefon Olin dan bercakap sendiri dengan Mak. 

Jadi teruslah keadaan jadi tegang dan on the rush. Telefon sana, telefon sini, air ticket, packing baju, urus ini itu. We have got to catch the earliest flight to KLIA tomorrow. At 6 in the morning. Means, at 4 o'clock sudah kena bergerak ke airport. 

Malam itu jadi sangat panjang, macam siang pula. Sebab tidur jam 12, tapi bangun jam 2.45. Selama 1 jam 45 min itu pun bukannya tidur. Tidak mampu melelapkan mata, otak berligar-ligar memikirkan hari perjalanan seterusnya.

Jam 2.45 pun terbangun sebab dapat telefon dari Along, bilangnya mereka semua sudah balik semua ke hospital. Jam 1 pagi, doktor kata, abah sudah refuse ubat, dan bahagian pinggang ke bawah, sudah tidak bergerak. Siapa agaknya dapat tidur ketika saat2 begini. Keep on telling ourselves, abah akan ok. Abah was never sick before. Abah is a strong hearted man. Strong-will. Kuat semangat. Pasti akan jumpa Abah, and Abah akan tersenyum melihat gelagat Fara and Zara. 

The flight was smooth. Kami 4 beranak tertidur, dalam flight dan terjaga jam 7.25 pagi. Saya ingat moment itu, sebab saya melihat jam, dan hubby terbangun dan tersenyum saying, "i felt better..saya rasa abah ok. saya dapat rasa.". 

Sampai di KLIA, tepat-tepat jam 8.30 pagi. Kapal terbang masih di air-bridge, hubby terus switch on hp. SMS datang bertalu-talu.

"Angah, abah dah tak ada".

"Call asap".
and a few urgency words sms...

And guess what, time pada sms itu adalah 7.20 pagi.

Sampai di KLIA, MT (military transport) sudah menunggu di depan gate. Kami terus ke Hospital Putrajaya. Dalam perjalanan yang terasa panjang tu, saya baca apa yang patut untuk meredakan hati. 

Sampai di sana, Abah sedang dimandikan. Hubby terus ke dalam untuk ikut serta ritual itu bersama adik beradik lelaki yang lain. Saya terus mendampingi mak. Kuatkan semangat mak. Stand by her and her moment of trial. 

Ketika selesai dimandikan, waris dipanggil untuk mencium dan menatap wajah abah .. buat sekian kalinya. Abah. Tenang. Macam tidur.

Saya menatap wajah abah buat kali terakhir ketika itu. Saya tidak mengucup abah, sebab saya was-was dan berkira-kira adakah itu dosa atau harus. Jadi saya cuma menatap dan dalam hati berdoa agar abah tenang di sebalik alam. Abah pasti sedang melihat kami ketika itu, tapi tidak mampu berkata apa-apa. Di hati, saya kesian pada mak, kerana ditinggalkan kekasih hati. Hati pasti luluh, sunyi dan kosong.

Abah disembahyang di Masjid Ibu Pejabat Polis Putrajaya berdepanan dengan Hospital Putrajaya. Kemudian, jenazah di bawa pulang ke rumah Nilai, untuk menberi kesempatan kepada sanak keluarga yang sedang menunggu di Nilai untuk memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah di bawa ke kampung halamanya dia Bongek, Rembau, N9.

Urusan menyelesaikan Jenazah arwah abah berjalan dengan lancar. Abah rupanya sudah berpesan pada mak,  andai apa-apa berlaku padanya dia ingin dikebumikan disebelah wan (mak abah), di kampung abah, Rembau. 


.

Banyak lagi yang saya ingin lakarkan di sini. Tentang abah yang saya kenali baru 8 tahun. Tentang ertinya dia kepada suami dan kepada saya dan kepada kids. 

Allah meminjam semua perkara dan adakalanya kita ada rasa enggan mengembalikan apa yang telah Dia pinjamkan, kerana terlalu sayang. 

Sekarang, setiap moment bersama abah, menjadi kenangan dan sebutan kami berdua. Al Fatihah buat Arwah Abah.

-next entry will be a bit about him-

2 comments

zura_habib said...

Salam...dear effa. takziah dear..bergenang air mata sy baca entry nie...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman...Al Fatihah

Effa Sahat said...

zura dear, thank you so much for ur kind words. mengingati saat2 itu sangat terasa pilu balik di hati...