5 Tips : My sleeping partner + Me = Love Poreber

1. Solat berjemaah 
Cuba untuk solat berjemaah sekerap mungkin bersama pasangan anda. Kalau boleh jadikan rutin. Mungkin solat maghrib berjemaad di masjid, solat berjemaah isya' pula bersama isteri.

2. Selalu berbincang/berkongsi cerita
Jadikan si dia teman baik anda. Bercerita dan berkongsi masalah dengan nya. Jadikan dia orang yang pertama tahu cerita gembira dan sedih anda. 

3. Perbaharuan Cinta Setiap tahun.
Lesen kereta dan insuran pun kena renew yearly. Apatah lagi cinta dan kasih sayang suami isteri. Ini tak. Semakin lama, semakin dibiarkan expired. Renew la cinta anda dan pasangan. Ingat saat-saat bahagia bersama. Ingat saat-saat susah dulu bersama-sama. Honeymoon is a good way to renew ur love. Ngee.. :)

4. Hadiah mendekatkan Hati.
Sekali-sekala, apa kata, berikan saguhati tanda kasih sayang. Mungkin bukan iphone atau Samsung galaxy (idaman ku :P auw), apa kata hadiah kan si dia ipad2. Hahaha. Nolah, anything will do, tapi lebih bagus hadiahkan pada dia pada tarikh-tarikh istimewa, harijadi ke, anniversary ke, jadi "barang" itu dapat dikenang. "ini hubby I bagi harijadi tahun lepas...". Jadi, walaupun hadiah itu hanya sehelai sapu tangan (jenama LV hahahha) pasti akan di simpan sapu tangan pemberian anda itu dalam kotak besi.

5. Ingatlah - Dia manusia biasa.
Ingatlah pasangan kita adalah manusia biasa yang tidak kurang melakukan kesilapan demi kesilapan. Tapi ingat juga, dia juga telah banyak mencipta saat-saat indah bersama anda. Terimalah dia seadanya, sebagaimana anda menerima diri anda seadanya.

Ngee.. :P

Ini adalah nasihat untuk diri sendiri dan kita semua. Kekadang saya sendiri lupa tentang pentingnya menjaga hubungan baik antara myself and my sleeping partner. :) Ini hanya sebahagian. Banyak lagi yang kita boleh buat untuk merapatkan hubungan suami isteri. 

Apa lagi yang anda buat untuk merapatkan hubungan anda dan sleeping partner anda? Jom share. :)

No comments