Ayah, Abah, Papa & Daddy!


Abah yang saya kenali adalah seorang yang sangat hardworking. Tidak ada sehari pun, saya tengok abah akan cuma duduk dan releks. Pasti ada sesuatu yang dia buat. Dari pagi ke malam rutin harian hampir sama. Pagi-pagi sebelum subuh sudah bangun dan mandi dan ke masjid untuk solat jemaah subuh. Selesai itu, dia akan ke pasar... beli barang basah untuk dimasak oleh mak setiap hari. Pulang dari situ, dia akan bergegas ke pejabat. Balik tengahari, dia pastinya sudah selesaikan solat zohor di masjid, makan tengahari dan kembali semula ke pejabat. 

Petang pun begitu. Balik dari pejabat, terus ke masjib solat asar, balik mandi dan terus makan malam. Solat maghrib dan isya' juga di masjid. Abah sangat suka ke Masjid.

Abah bukan suka berkata-kata yang tidak penting. Bersuara hanya perlu. Muka abah memang agak garang tambah pula bermisai ala-ala Dato' K :) Tapi abah tidak jemu melayan saya atau anak-anak saya kalau kami bertanya itu dan ini....

Abah. Dia tidak berkira tentang makanan. Kalau dia tahu kami akan balik ke Nilai, abah pasti akan beli ikan keli, kerang, sayur-sayur kampung... kegemaran kami. Dia tau angah (hubby) suka makan. Favourite kami, kalau abah masak Mee sup dan nasi goreng. Kalau abah sudah bergerak di dapur, memang semua orang akan keluar masuk dapur juga. Sebab bertambah-tambah pinggan. 

Abah. Sangat sayang pada cucu-cucunya. Setakat ini, abah sempat bersama 5 orang cucu. 2 dari along, 2 dari angah dan 1 dari Jeli (abang). Syahmi, Syamil, Fara, Zara dan Zaim. Pantang cucu-cucu balik ke Nilai, pasti atok akan bawa baik motor, pusing-pusing, pegi playground, pegi giant, pegi masjid. Untungnya ada juga kenangan mereka tentang atok.

Terlalu singkat rasanya mengenali Abah. Saya kehilangan arwah Ayah (my father), when I was only 12 years old. Jadi, ketika saya diijabkabulkan, saya memang merasakan saya bukan saja ada seorang suami, saya juga dikurniakan sekali lagi seorang "Abah". Secara fizikal, arwah abah dan arwah ayah hampir serupa. Kecuali, arwah ayah berhidung pesek, dan arwah abah sedikit mancung. Tinggi, warna kulit, perwatakan. Hampir. Dekat. Dan ia menjadi pengubat rindu saya pada arwah ayah.

Dikesempatan ini....

Selamat Hari Bapa buat suami tercinta. Saya tahu awak rindu sangat pada arwah abah.. apa yang boleh kita buat sekarang adalah menghantarkan pahala dan doa di setiap hujung solat... Al-Fatihah buat arwah Ayah dan Abah. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Buat suami, Terima kasih atas segalanya... Saya bersyukur kerana awak adalah papa kepada anak-anak saya. Tidak ada yang lebih baik dari itu... Semoga perjalanan ini dipermudahkan dan diberkati oleh Nya.. Amin..


Selamat hari bapa buat semua bapa-bapa seluruh dunia! 

2 comments

Yan said...

semuga beliau tenang di sana. ALHAMDULLILAH akak still ada abah..

MamafaraNzara said...

terima kasih kak Yan.. good for you. hargai dan sayangi dia selagi masih ada... :)