Lebih Dari Pelacur


Okay. ini memang kontroversi. ada juga persatuan macam ni ditubuhkan. tak pernah terfikir di dalam otak kepala saya. :) he.. "Persatuan Kelab Taat Suami Malaysia". 

RAWANG: Presiden Kelab Taat Suami Malaysia mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi. 

Bagi Fauziah Ariffin yang menerajui kelab dianggotai 800 ahli itu, sebagai isteri yang taat, itu adalah cara terbaik untuk memberi layanan kepada suami.
“Bukan seperti isteri masa kini yang kebanyakannya tidak melayan suami dengan baik dan hanya berpakaian cantik di luar, tetapi di rumah kelihatan selekeh dan tidak menarik. “Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat,” katanya di sini, semalam.

Something is not right. Saya rasa hubungan suami isteri di dalam kelambu sendiri, tak perlu didedahkan di media just to show and tell other's "how good your relation dengan husband youkan?". hmmm... 

My o my. kenapalah saya rasa fungsi ini kelab macam tidak berkesan. yes of course, suami kita, tanggungjawab kita menjaganya. buatlah cara macam mana pun, yang penting yang berlandaskan syariat yang telah ditetapkan DAN yang paling penting, layanlah dia dengan kasih sayang yang ikhlas, kerana kita perlukan juga kasih sayang yang ikhlas. jangan jadikan diri kita wanita yang menjadi hamba kepada "kasih sayang" sanggup memperjudikan maruah ketahap "pelacur" (kelas berapa pun, tetap pelacur juga), hanya untuk meraih rasa ehsan dan sayang suami kepada kita. 

Harga seorang isteri, lebih dari itu.

Just my 2 cents.

5 comments

Nurul Aima Hj Kaim said...

true!! tiada-tiada bah mo buat kelab bgtu

3piX's Sh0p said...

saya ada baca paper pasal hal ni... ntah apa2la statement dr ni... kalau nak suh layan suami elok2 pun, xperlula nak samakan taraf kita isteri2 yang sah ni dengan pelacur... kann

azieazah said...

Gaya macam berfikir di luar kotak, tapii... aduhhh

Kita cuma takut, persatuan (mesti ada banyak xtiviti), 800 ahli tu sibuk berpersatuan, suami pulak ntah cemana ditinggalkan...

Jangan jadi cakap tak serupa bikin!

Aku Teringin Nak Join Rewang...

MamafaraNzara said...

aima :
ini namanya, tiada kerja.. cari kerja.. hehe..

3pixs shop:
takde topik lain dah derang nak kupas nak bagi highlight.

kak AA.
out of the box le bebeno. this is out of control dah ni :)

Kujie said...

hubungan suami isteri tak boleh nak ukur , tiap pasangan ada keperluan masing2... rasa ngeri bila sebut pelacur