Monday Bebel ..

Monday blues. Jangan ingat orang bekerja dan bergaji saja ada perkataan ini dalah kamus hidup mereka. Saya yang "goyang kaki" di rumah ni pun ada rasa macam nak mogok kat majikan. 

Perasaan sebel ini berlanjutan sebenarnya dari hari jumaat lagi. Mami minta hantar ke Menumbuk juga hari sabtu tu. Orang tua, mana nak tinggal di rumah orang hatta rumah anak sendiri sekali pun lama-lama. Macam-macam lah alasan akan keluar. Ayat-ayat cinta. "bil telefon tak bayar lagi", "rumah sewa, tak kutip lagi", "nak urus cukai tanah, cukai rumah," .. macam-macam. Mudahkan saja bicara, "okie lah mih, nanti kami hantar ke Menumbuk.."

Terus ada yang merajuk. 

Nana? Oh bukan! Menantu kesayangan yang merajuk. :)

Suami saya memang rapat dengan Mami. Kalau dibandingkan dengan menantu lain, suami saya ni memang suka berkongsi cerita dengan Mami. Kadang naik segan, gaduh dengan saya pun, dia dok mengadu dengan Mami. Siap minta saya hantar dia balik ke Labuan kalau saya dah tak sayang dia. 

Ader ke patut ? 

Ahaks. Okie. Nak cerita pasal Monday Blues melalut sampai ke ibu mertuaku pula dah. Sebenarnya bukan pasal Mami balik Labuan pun saya jadi mamdom begini. Ada lah sebabnya, tapi terlalu sensitif nak dikongsikan di sini. (ke saya yang sensitif? :) Well, anyway, kalau tak ada angin, manakan pokok bergoncang. Tapi tak kisahlah ... mungkin juga sindrom bulan penuh yang akan datang sudah kasi aura awal-awal. 

Mungkin. 
Tak kisahlah, angin timur laut atau angin aura bulan penuh. Yang penting, kena bergerak lalu dari mendung hitam ini. 

p/s : Muka buku sedang bercuti. Mungkin sementara, mungkin selamanya. Ahaks. Ada kesilapan teknikal. Muka buku baru sedang dalam proses. :) 

2 comments

Yan said...

biar lah bebel..jangan simpan..

Effa Sahat said...

simpan dalam kak... byk hati perlu di jaga. :)