Sama. Macam hati saya.

9.47 pagi. Cuaca di luar berangin, mendung. Sama. Macam hati saya.

Pagi-pagi dan gigih berblogwalking. Some sort of healing therapy. Sakit dalaman yang tiada ubat atau penawar, melainkan berdiam, bersabar dan lupakan sajalah. Dibawa fikir, buat kusut. Dibawa bincang, dengan siapa? Siapa yang sudi mendengar. Kalau sudi pun, feed back yang saya dapat, serupa tak payah cerita. Cerita saja pada hati sendiri, mengadu pada Ilahi.

Kata kak Yan, bebel itu bagus, jangan disimpan dalam hati.

Betul la tu kak Yan. Cuma nak dilepas pada siapa itu selalu jadi masalah kepada saya. Saya ada suami, tapi suami saya sensitif orangnya. Kalau diluahkan perkara macam ni, besar jadinya nanti. Dia bukan boleh tahu isteri dia ada problem macam ni. Pernah sekali tu saja lah saya bercerita tentang saya dikata orang, dia terus macam nak marah kat orang tu. Ishk. Tak mahu lah saya suami ikut campur tentang hal begini. Saya tahu dia sayang saya, tapi saya tak suka perkara "remeh" nak dibesarkan. Walaupun "remeh", ia tetap berkesan di hati.

Nak dicerita pada sahabat.
Sahabat belum tentu faham apa yang kita rasa. Kalau dia faham, tentu bahasa yang terkeluar tidak menambahkan luka di dalam. Agaknya dia kurang faham sensitiviti dalaman saya yang maha dashyat ini. Hahahaha. Saya ni, bab mendengar, Alhamdulillah. Boleh la serba sedikit membantu menyelesaikan masalah orang. Tapi tang diri sendiri saya fail. Hehe.

Bercerita pada Blog?
Saya masih ada batas dalam bercerita masalah di sini. Takut nanti, orang yang kita kenal di dunia realiti, salah interpretasi apa yang kita ceritakan. Bukan semua orang akan melihat satu gambaran dan melihat perkara yang sama. Blog sudah ter-expose, jadi jangan lah kesal. Saya pun tak suka jadikan blog tempat penuh masalah. Pening kang orang baca :P

Inilah konflik diri saya. Hidup penuh keriuhan di luaran, tapi dalam hati saya sunyi, kerana tidak mampu untuk bercerita pada orang bila saya ada masalah. Saya rasa ramai orang macam saya. Tidak semua perkara kita mampu kongsi bersama orang lain. Walaupun dengan suami sendiri. Don't get me wrong. Suami dan saya memang suka berkongsi. Tapi dalam hal begini, saya suka berdiam. Lagipun, banyak lagi masalah yang dia perlu fikirkan. Takat yang remeh macam ni. Abaikan sudah.

Wah, matahari sudah keluar, walau cuaca masih berangin. Sama. Macam hati saya :)

8 comments

Cik Ila said...

org kata...nk diluah,nak ditelan mati bapak...kan? sabar ye.. ;)

Effa Sahat said...

betul.
hehe. punya la mencari ayat yang tepat. Cik Ila juga yang bagi ayat terbaek.. :)

aanie said...

sama mcm sy....x semua masalah sy cite kat suami sy...byk yg sy pendam sendiri..tp risau gak, takut nanti memudaratkan diri sendiri nanti...

Nurul Aima Hj Kaim said...

hujan suda cni..

kpah k-poh said...

masalah kalau di pendam..akan bertambah parah..tapi kalau di luah kepada org yg tak jujur..bertambah2 lah parahnya...Jadi carilah yg benar2 jujur dgn kita..seperti suami...tu..( dik..tak ada shoutbox ke?? buatlah satu untuk senang menjerit di situ..boleh)

Effa Sahat said...

aanie. samalah kita. hmm.. :)

aima. kk hujan sudah ? sini hujan tapi panas..

kpah kpoh. hehe. hari tu ada shoutbox tapi byk spam la plak. takpe.. kang sy rajin, sy masukkan..

Daddy Ziyyad said...

masalah yang ada, memang perlu diluah. Itu yg terbaik.

Cuma kepada siapa atau apa medium yg ingin dipilih, terpulang kepada individu. Saya memilih isteri sebagai tempat no.1 saya luahkan segala macam masalah.

Jalan penyelesaiannya mungkin tak siapa yg boleh beri, tapi sekurang kurangnya, luahan isi hati itu boleh mengurangkan stress yang ada, tak banyak, sikit.

Effa Sahat said...

Thank you DDZ.