Sepanjang perjalanan ini...


Walau macam mana banyak pun gambar Gunung Kinabalu, memang tak jemu saya letak gambar ni di blog. Antara perkara yang istimewa di Sabah. Antara perkara yang saya amat hargai. Subhanallah. Maha Suci Allah. 


Sepanjang perjalanan kami balik ke Sepanggar, banyak kesan-kesan tanah runtuh. Memang kebelakangan ni, semakin banyak laporan tentang pergerakan muka bumi di Sabah. Terutama di banjaran crocker. Sudah akhir zaman. Sudah dekat. 



The last time, saya ke sini bersama Arwah abah, mak, adik ipar dan biras. Masa tu, Si Kinabalu sembunyikan diri. Tidak menampak kan gahnya dia berdiri bersama awan. Tapi pada petang kami balik ke Sepanggar tu, memang Si Kinabalu berdiri megah di situ. It's very unlikely. Selalunya petang-petang kabus kebal, memang susah nak nampak puncak pada waktu petang. Rezeki. Alhamdulillah, Subhanallah. 

Saya dah suami suka travel melihat alam sekitar. Cuma belum berkesempatan untuk travel ke Pulau-pulau, scuba atau jungle tracking lagi. Tunggu anak-anak fit enough untuk mengharung 'the wild'. Wait lah, another few years. :)

Good night all. Thanks for visiting :)

2 comments

azieazah said...

Begitulah, adakala kita rasa sangat bertuah dan beruntung, tiba di situ at the right time... boleh nampak sesuatu yang selama ini tersembunyi dari mata kasar....

Effa Sahat said...

betul kak.. rindu pada akak! :)