3 Series...

30 years old! 
Berakhir zaman 20an untuk saya. Sudah masuk ke kelab 3 series (3 series ..jgn main..:)). Sejak pagi tadi, bertalu-talu sms, phone call dan ucapan di Fb. Terima kasih atas ingatan dan doa-doa kalian semua. 

Kalau birthday-birthday macam ni, tentu orang excited nak tau apa kita dapat dari si dia/kekasih/suami tersayangkan? Like every women on earth, i wish he is romeo abad ini. Dan berita yang biasa didengar, suami saya is not romantic at all. But .. yes, he loves me very much. And yes, he did wishes me. The first thing in the morning, he woke me up, 

"bangun, sembahyang subuh..." 

saya mengeliat...

"yang.. bangun, jgn malas..."

saya duduk, parking kepala kt tempat lain pulak...

"jom..."

Bangun dengan malas, saya bergerak ke bilik air. Sebelum masuk bilik air, teguk air mineral. Check hp, msg dari Asrin, bawa breakfast. I show the message to him, then, dia cakap letak dulu hp tu. "meh sini, peluk jap".

"Happy birthday sayang, semoga jodoh kita dipanjang ke akhir hayat. sayang ayang, hadiah kita postponed kt labuan ek". 

-i tell you my hubby, memang tak reti nak bermadah. show his anger, memang terbaik, tapi showing love ni memang payah. ini dah sehabis baik dah dia buat ni!! huhu.. i really appreciate it. I did try his best!-chaiyok.. :)

Hik... berair mata jugalah pagi-pagi kan. Thank you my dear. Hadiah tu tidak pun penting (kalau ada lagi bagus hahaha), tapi yang penting ingatan, kasih sayang dan penghargaan. Dalam bentuk apa itu tidak menjadi isu. Kata-kata dan tingkah laku yang baik pun satu hadiah kan kan kan ? 



The best give ever - is the 2 little pinky. Sangat sayang pada mereka berdua! Terima kasih Allah, kerana mengurniakan kepada ku anak-anak yang comel dan bijak dan mencairkan hati ku... Dan Terima kasih Allah kerana mengurniakan mereka seorang papa yang baik dan bertanggungjawab. Terima kasih Allah, dan semoga kau panjang umur ku, umur suami ku, umur anak-anak ku. Berkati perhubungan ini, panjang kan jodoh ini hingga ke akhir hayat dan semoga anak-anak ku menjadi anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat. 

Terlalu banyak hadiah dan kurniaan yang telah saya memiliki, tanpa saya sedari. Dan terlalu sedikit rasanya saya bersyukur atas apa yang di beri. Masih lagi terbayangkan jam bonia, kasut hush puppy, iphone, ipad (endless list), semua yang bersifat material dan tidak pun memberi kesan sama ada ia ada atau tiada. Inilah saya, inilah kita manusia. 

It's not that i did not get anything today, saya buat entry begini. Like i said, hubby did ask me out, "yang, nak celebrate birthday kt mana? hotel mana ayang nak stay for your birthday? malam tu terus la kita dinner dengan anak-anak."

I answered, "Thank you but no thank you la sayang. boleh tak instead of tidur hotel, kita balik Labuan for this weekend. Then, tak kisahlah makan di gerai atau di restoran biasa, as long as ada my mom." :) The best place to be, the perfect dinner will only be complete with my mom besides us. Tag along with us. Dia yang melahirkan saya, membesarkan dan memberi didikan. Sepatutnya dia yang diraikan. Bukan saya. Terima kasih mami, sebab melahirkan saya pada hari ini 30 tahun yang lalu. Semoga setiap kesakitan dan keperitan yang mami lalui semasa melahirkan dan membesarkan saya selama ini dibalas berlipat kali ganda oleh Allah SWT...amin..

Birthday girl kan.. jadi wajiblah diuruskan permintaan itu. 
Insyallah. Saya akan bersiaran dari Labuan esok! :) Yeah.... Labuan here i come!!!



Here i am. At the age of 30! So much to learn and time left for me is - unknown. Kena berusaha menjadi hamba Allah yang bersyukur dan diredhai, isteri yang taat serta berjaya (menambat hatinya ke akhir hayat), mama yang boleh memberi contoh dan mendidik anak-anak comel sehingga berjaya di dunia dan di akhirat, anak yang dapat menenangkan hati mami & mak. A good friend to all my friend...

Permulaan 30, harus dimulakan dengan yang baik-baik. Amin... :D


ps: thank you to HJ. Entry di hari jadi kamu sedikit sebanyak mengubah persepsi saya tentang hidup. Life is more than a box of chocolate kan kan kan ? 

:)

Love, 

Effa


11 comments

aanie said...

alahai, khusyuk sy baca entri ni...xtau nak cakap apa...tp sy sgt suka entri ni...
suami sy pun x romantik...huhu..

MamafaraNzara said...

hehe. tak apa aanie. nasihat utk diri sy sendiri.."bersyukur atas apa yang ada, selagi masih ada" :))

Hannah Johary said...

Dari part 'meh sini, peluk jap' tu dah rasa macam nak terharu sangat, because Mett pun tak romantik, so I feel you! Perkara yang besar tu, kan?

The whole entry pun buat I terharu macam ni :') Jarang baca blog orang sampai touching-touching, but this is really something.

Happy 30th Birthday! Semoga pertambahan umur ini membuatkan kita menjadi manusia yang lebih baik & bersyukur. InsyaAllah.

*hugs!*

zura_habib said...

happy birthday dear...semoga kebahagiaan milik kami selamanya:-)

zura_habib said...

*erk semoga kebahagiaan milik kamu selamanya:-)

MamafaraNzara said...

HJ,
tak leh lawan ur entry yang selalu membelai hati ini untuk melelehkan air mata. always touch my heart. suami tak romantik. I feel you babe :)!!

:)

Zura,
thank you dear. semoga kebahagian menjadi milik kita semua selamanya.. Amin...

tireless mom said...

hapy bestday dear! hope u have fabs days ahead! insyaAllah!

MamafaraNzara said...

thank dear! :)

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

welkam to 3- series club laling...
huhuhu, ai dh terkedepan awal..
tp jgn bimbang..

baca artikel ni..
http://lilo80.blogspot.com/2011/04/wanita-cantik-sempurna-pada-usia-31.html

Yan said...

Effa,

happy 3 series ye..

akka lak 40 carats..semuga kita berrbahagia.

MamafaraNzara said...

Leily,
hehehe.. ok ok sy baca sat gi..

Kak yan..
wah lagi best tu .. 40 carat... :)

the older the wiser..