Demi Masa..

Saya tak tau tentang anda semua, tapi saya rasa masa 24 jam sehari, macam tidak efisien. Tidak cukup masa untuk urusan seharian. Masa pantas berlalu terutama waktu pagi. Selang masa 6 pagi ke 8 pagi, macam ribut. 8-11 pagi, sekelip mata, 11- 2 petang tak terasa, 2-6 petang, boleh la. Malam lagi la tak terasa sebab jam 8 atau 9 malam, batang mancis pun tidak akan mampu menongkat mata yang sudah hampir tertutup akibat keletihan.

Lebih-lebih lagi, saya terlibat dengan aktiviti persatuan. Kadang tu hujung minggu berlalu begitu saja. Hujung minggu saya tidak terasa hujung minggu untuk berehat, sebab ada saja slot in yang akan ada pada hujung minggu. Penat hari biasa, tidak terbalas pada hujung minggu. Ini saya yang tidak bekerja, housewife atau homemaker. Apa agaknya yang bekerja tu rasa ya.

Akhirnya Z nekad untuk membantu saya dengan membekalkan rumah ini pembantu rumah tangga. Wah. Macam best kedengarannya kan. Homemaker, no salary, ada maid. Eh hello... saya bukan dok goyang kaki je d rumah, dia hanya membantu saya apa yang patut. Saya mengarah dia apa yang saya tidak mampu buat sorang, tolong tengok-tengok anak bila saya sedang masak, jemur kan baju, lipatkan baju. Alhamdulillah, kurang juga rasa beban di bahu ni. 

Dalam masa yang sama, dapat juga tumpuan perhatian kepada 2 budak kenit di rumah ni. Boleh la buat home tutoring untuk Fara. & Zara as well. 

Harap-harap la pembantu sorang ni tak buat perangai. Wish me luck.

1 comment

Janna Wan Muhammad said...

tahniah dapat pembantu...ai cuma ada pembantu mingguan je..tu pon dah helps me A LOT ! A housewife mcm kita pon perlukan pembantu kan Fa ? kalau mampu apa lah salah nyer....tpi kalau mampu urus semua dari A-Z pon tak apa..cuma tu la..

as for me...dgn ada nye pembantu I can give more attention to my loved ones.