InsyaAllah & Bersih

9 Julai 2011. Sepatutnya sekarang, saya sedang berada di rumah mama di Labuan, mandikan 2 budak pink, lepas tu makan soto di depan Alliance Bank. Balik, kemas-kemas rumah, prepare untuk kenduri arwah petang ni. Sebulan sebelum Ramadhan, memang sudah jadi "tradisi" dan amalan kenduri arwah diadakan kebanyakan kita. 

Batal. Hanya kerana BERSIH. Kesal tak sudah rasa di hati ni. Rasa macam -tak ada kena mengena- dengan kita pun (saya dan keluarga), jadi kenapa pula cuti kita "dibekukan". Oh. Bukan cuti kita. Saya hari-hari cuti. Cuti Z. Sudah slogan katanya "Sedia Berkorban". Makanya terkorbanlah perancangan yang sudah dirancangkan sebulan lalu. "InsyaAllah". Nasib sebut "insyaAllah" pada mama hari tu bila cerita tentang nak balik ke Labuan. 

Beginilah saya. Beginilah kami. Selalu saja janji-janji tidak dapat dikotakan kerana tugas dan tanggungjawab. Suami bertugas. Saya pula bertanggungjawab untuk sentiasa menyokong dia. Siapa lagi nak sokong dia, kalau bukan saya. Sentinal Prime? (autobot jahat- Transformer. mentang-mentang baru tengok kelmarin petang). LOL. 

Sekarang ni pun, Z tak ada di rumah. Awal pagi sudah ada senam robik "WAJIB" untuk orang di Pangkalan ni. Agaknya untuk buat semua orang sibuk, supaya tak ada yang terlibat dengan BERSIH. Pendapat surirumah kapuk macam saya tentang BERSIH ? bushit - (baca: cara awie cakap "bullshit" dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah)... 

Minggu ni bertugas. Minggu depan bertugas. Berkampung lagi di CM23. =) 

Terbaeekk...! =.=

EDITED
I hereby take back my word about bersih. I felt so pity, so selfish after watching some of the video that has been taken on the scene.May Allah bless you all.

2 comments

azieazah said...

Begitulah. Kita ni dikira golongan yang mengikut perintah. Bila datang saja perintah, memang tak upaya nak bantah.

Sabar saja sambil urut dada...


Sembilan Haribulan Julai: Rupanya Aku yang Terkulai...!

MamafaraNzara said...

urut dada, urut muka .. semua kena urut kak AA.. menahan rasa :P