Persediaan Pengurusan


Cerita semalam. Saya hadiri Ceramah / Kursus asas pengurusan jenazah. 
Tahniah kepada 'volunteer' untuk menjadi "model mayat". Walaupun sekadar model, saya belum terpanggil/sanggup nak berada di situ. Masih belum sedia. Huhu. (ia datang bila tak kira pun, kita bersedia atau tidak). 

Pengurusan jenazah adalah termasuk dalam Fardu Kifayah.Sebaik-baiknya ia diuruskan oleh keluarga terdekat. Penghormatan terakhir. Perkara yang kita harus buat untuk yang telah meninggal ini adalah:-

1. memandikannya
2. mengkafankannya
3. menyembahyangkannya
4. mengkebumikannya

Itu saja. (kata ustazah). 
Tapi yang "itu saja" tu pun, perlu ilmu dan  "tahu". 

Hanya persediaan yang pastinya untuk masa-masa kecemasan yang tak tahu bila tibanya. Mudah-mudahan Allah panjangkan lagi umur-umur mereka-mereka yang saya sayangi. Amin...

No comments