Terlalu Baik atau Terdesak...

Kampung Baru. Nama saja kampung "baru", tapi kampung ni sudah 10 tahun (kata penduduk kampung)
Tempat ni memang agak kotor. Kebanyakan budak-budak di sini tidak bersekolah, sebab tidak ada dokumen pengenalan diri.  Most of them, get married in the early age. Sadly, mereka ni orang islam.

Cerita tentang pembantu rumah saya.

Dia sudah saya hantar pulang ke kampungnya. - as picture shown above. Reason, dia nangis-nangis minta hantar pulang sebab nak hadiri kenduri hari ke-7, 7 hari berturut-turut. Saya dah beri dia cuti selama 7 hari, bermula sabtu, ahad (hari ahad tu spatutnya saya ambil dia petang, sebab dia minta cuti, saya tak ambil), isnin, selasa, rabu dan khamis. Hari jumaat, saya minta dia datang ke semula bekerja.

Bayangkan, ini baru cuti untuk kematian pakcik. Belum yang lebih hampir. Mungkin tak patut saya berkata begitu. Tapi bayangkanlah, kalau dia sendiri yang mengatur cutinya sesuka hati. Siapa tak panas hati.

Saya pun agak keterlaluan memberi dia muka. Saya anggap dia seperti saudara sendiri (mungkin terlalu awal?). The point is, dia muda dan naif dan saya tidak mahu mengunakan tenaga dia sesuka hati. Saya tempatkan dia di bilik selesa, beri makanan yang sewajarnya. Siap saya sediakan chicken frank dan belikan jajan-jajan dan ice cream kegemaran dia lagi. Sampai macam tu sekali saya nak ambil hati dia supaya dia gembira tinggal bersama kami. 

Dia tak pandai membaca dan menulis. Jadi, setiap kali saya tutor Fara, saya sediakan dia buku dan ajar dia bersama. Saya berniat untuk beri dia ilmu dan kesempatan, memandangkan hidupnya yang agak daif. Kesiankan, akibat hidup sebagai pelarian, dia tidak bekesempatan untuk bersekolah. Bertaraf 'muslim' di surat beranak pun, dia tidak tahu menbaca Al-Fatihah pada umur 14 tahun. 

Sungguh saya simpati dengan dia. Saya memang berniat untuk jadikan dia keluarga angkat dan mengangkat taraf kehidupan dia sedikit demi sedikit. Muka dia memang manis, jadi wajar saya mudah rasa kesian dan sayang pada nya. 

Walaupun, untuk kata dia sangat membantu tu tidaklah. Dia bangun pun lagi lambat dari saya. Baju saya yang masukkan mesin, dia ambil dari mesin, setelah selesai di basuh dan dijemurnya dan diangkat semula. Kadang-kadang melipat baju pun dia tangguh berhari-hari. Menyapu, mengemop, membersih, semua tunggu arahan. Katanya tak tau nak buat apa. Saban waktu, kalau tidak 'tak tau nak buat apa tu', dia tengok tv, pandai pula tu tukar-tukar chanel astro. 

Jadi masa dia minta balik malam tu, sebab semata-mata nak ke kenduri tu, saya memang dah blassst off. Sudah tidak boleh tahan rasa marah dan hampa dengan perangai dia yang sudah berlebihan. Sudahlah malas, cuti pun ikut suka hati dia. Bukannya tak diberi cuti langsung. Baru juga balik dari seminggu bercuti. Jadi dengan segala hormatnya dan saya dengan senang hati dan makan hati, saya lepaskan dia balik ke kampung dia. 

Shells. Kaum lelaki pula ramai yang jadi nelayan. Shells ni derang jual dengan harga RM10. 
Hari tu saya beli dari keluarga siti, se'shell', tapi sebab saya sudah marah sangat, saya suruh dia ambil balik.
Tapi tak ada lah saya ambil balik duit RM10 tu... kejam ke ape? :P

Kampung dia ni memang di tepi jalan. Jalan ni adalah penghubung pangkalan ni dengan karambunai. Jadi memang kalau nak bergerak ke mana-mana luar pangkalan, memang kena lalu jalan ni. Memang banyak penempatan pelarian dari Filipina di sini. Ada juga yang sudah dapat kad pengenalan Malaysia. Sah atau tidak tu, memang wallahualam. Memang serik rasanya nak ada pembantu lagi. 

Tak apalah, saya memang masih mampu buat kerja rumah sendiri. Ada keperluan cuma belum terlalu mendesak. Kalau ada rezeki akan cuba lagi cari. Mana tau dapat yang baik. Saya mungkin terlalu baik pada 'Siti', atau mungkin terdesak ketika mengambil dia sebagai pembantu hari tu. Kena lebih berhati-hati la lepas ni.

7 comments

zura_habib said...

lepaskan ajer..xperlu kot org gaji sebegitu..naik lemak

MamafaraNzara said...

itu la pasal. memang tak kan beralih kt dia balik..

azieazah said...

EFFA, setiap kejadian pasti ada sebab dan alasan. Samada kita boleh terima hakikat atau tidak. Terima dengan hati terbuka wpun pahit.

Jangan fikir lagi, cuma pengalaman itu menjadi benteng untuk membuat keputusan sebegitu di masa depan.

Manusia yang dilahirkan sebegitu, tidak dapat kita jangka, mereka akan faham apa yang kita rasa. Mereka tak faham.

Tumpang simpati, tapi takpa. Positif diri.

Kujie said...

Pengalaman ni boleh dijadikan sempadan bila dapat pembantu baru

MamafaraNzara said...

betul kak AA. belum tentu kita berniat baik, orang akan balas macam tu. tapi tak apa... saya tahu pasti ada hikmahnya..

kak jie, insyallah.. saya akan lebih berhati2..

Anonymous said...

Assalaamu'alaykum. Saya pernah 'bekerja' sebagai maid kepada seorang kawan saya, seorang doktor yg tinggal di Ireland. Sebenarnya, saya menggunakan kesempatan waktu itu sebagai percutian (saya sedang membuat Masters di London ketika itu)sambil membantunya menjaga anaknya yg berusia setahun lebih.

Menghairankan! Akhir kisah saya sebagai 'maid' rasa2nya seperti kisah maid Puan..

Yg boleh saya simpulkan, tanpa komunikasi yg baik, arahan yg jelas (Puan nak apa, dan harus bila siap), akhirnya keadaan akan jadi begitu.

Saya rasa 'Siti' dalam kisah Puan belum berkahwin. Logiknya, mereka yg belum berkahwin, mereka 'kurang tahu' cara menguruskan sesuatu melainkan diberitahu secara terus terang.

Pada saya, bila berlaku satu ketegangan.. kedua2 pihak mesti ada salahnya. Jika difikir dari sudut seorang pembantu rumah, yg ada dalam fikiran saya ialah:

- Adakah saya perlu bekerja 7 hari seminggu?
- Bagaimana dengan kebebasan saya?

Membeli aiskrim atau jajan kegemaran, semua ini nyata tidak mampu menebus sebuah 'kebebasan yg telah dibeli'. Dan, ingin menganggap keluarga orang seperti keluarga sendiri adalah suatu yg sangat sukar. Cuba Puan letakkan diri Puan di tempat Siti, dalam kasut Siti (Siti sebagai seorang yg dtg dari kelaurga daif. dan tidak berpelajaran tinggi).

Pada saya, bila berlaku suatu breakdown begini.. kedua2 pihak semestinya ada menyumbang sesuatu yg salah, yg akhirnya keadaan jadi begini..

Tidak adil jika bicara tentang 'Siti' ini Puan coretkan di sini, tanpa luahan pihak dia juga turut didengari..

Saya minta maaf andainya tulisan saya mengguris hati.. Wassalam

- Maryam, 29 tahun.

QASEEH HATIKU QASEEH said...

sy pnya pglmn pn serupa mcm nie..
geram jgk kan..tp apa buli buat..
geram sakit hati semua tu..
kta x buli buat apa2 pn sm dia urg..
sda 6 bln sy x maid..
last maid lari slps x smpi 2 wiks sy renew pas nya..
duit sy tr buang begitu saja..
dia urg dtg jauh2 semata2 utk be kerja..
dpt kan duit kemudian kirim balik kg..
mmg bikin kesian..
sy yg mudah kesian ini..
mudah sgt menerima dia urg sebagai keluarga sndiri..
kc beli apa2 yg perlu..kc mkn kenyang2..sy x be kira dia mau mkn apa yg ada dlm rmh sy tu..klu 1st day dtg keja org nya size 's' tp slps 2-3 bln komfem tkr size jd 'L'..
dia urg nie..be kerja jarang atau susah sgt yg kta jumpa be kerja dgn hati yg ikhlas dan bertanggung jawab..dia urg tiada perasaan simpati dgn majikan atau anak2 majikan..apa yg dia urg tau dpt gaji..buat keja ala kadar..suka sgt menyembunyikan keja2 yg tertangguh..sampah2 byk d kc tapuk..bla dia urg tiada baru kta perasan byk keja2 n sampah d sembunyi kan dlm laci2 almari..

sy selalu bagi arahan apa yg mau d buat..d ajar satu persatu..kdg tu..sy buat sama2..tp still x jalan..cuci tandas tetap x bersih..dinding2 x berus..cuci baju x bersih..baju sekolah anak2..terpaksa beli balik2..klu suda itam be bekas nsa cni..x smpi hati bg anak pakai..tp bla maid tiada sy cuci baju sekolah smpi skrg putih be seri2..

baru2 nie sy try cari maid..
sy dpt tau dia urg sda demand gaji ...
belum apa2 sda demand gaji..
klu kerja bagus ndak pa jgk..
urg2 mcm dia urg tu mudah terpengaruh..
x hormat majikan..
x mcm kta yg mkn gaji..
hormat pada majikan..dan ada rasa tanggungjawab bla sda be kerja..