Bulan Puasa tak baik merapu, tapi buat jugak.


Entri tidak bergambar. Bukan berdosa atau salah dari segi undang-undang. Tapi macam tak lengkap, satu-satu entri tu tidak ada muka depan. Macam tel*njang pula entri ni rasanya. Terpaksa guna gambar lain tapi cerita lain. I took this picture, pagi sabtu. Marketing time. Ngam-ngam depan parking depan boat ni. Ternampak budak  yang dalam sampan tu. Saya jangka umurnya tidak lebih dari 9 tahun. Survival sungguh. Kalau saya ... dah meraung tak tahu macam mana nak ke tepian Berenang tak reti...

Standard la kalau saya kata, saya sibuk dengan rutin dan masalah harian. Tapi sebenarnya dah beberapa kali diruangan new post ni, idea tak juga mari-mari. Hilang entah ke mana. Mungkin kehidupan seharian saya sangat rutin dan rutin itu bagi saya membosankan. Seakan malas nak dibawa masuk ke dalam dunia blog. Untuk mengulas tentang mereka-mereka yang saya jumpa seharian, juga macam tidak kena.

Paling-paling nak diceritakan tentang 2 budak pink yang sangat menghiburkan dalam masa yang sama 'menyesakkan'. Mereka berdua sengaja nak tambahan pahala mamanya, dengan memberi seribu satu macam dugaan. Lagi try nak kurangkan marah, lagi buat kita marah. Takkan nak cerita saya marah-marah 2 budak pink hari-hari. Nanti ada pula lapor kat teledera. Hehe. Nak cerita tentang "how adorable they are" pun takkan hari-hari. Kang ada kata kita puji melambung anak sendiri. hihi

Story tentang apek putus tunang, ally iskandar putus tunang, bla bla bla, saya rasa saya kurang nak mengeksploitasikan cerita yang saya baca pun dari blog org lain. Lainlah, kalau cerita tu saya dapat direct- hehe.. tu best juga nak jadi bahan gosip. Baca kat beautipul nara sudah... :) Cerita IT, tak reti. Tutorial? Nak ajar apa ? Potoshop pun saya masih terkial-kial. Okeh.

Pasal masak-masak, pun ramai dah cerita kan. hahaha. Jadi apa masalah aku nak berblog ni? Merapu. Terima kasih kerana sudi mendengar saya merapu ...

Selamat berpuasa semua...

7th Ramadhan.

1 comment

cheqna said...

selamat berpuasa =)