Harian dan pengajaran am.

Sebenarnya nak buat entri ni since last night. Tapi sangat tak larat. Sangat penat. Mungkin sebab, malam sebelum tu saya tidur jam 12, dan bangun semula untuk sahur jam 3.30. Bangun sahur, saya memang tidak tidur-tidur dah. Memang terus uruskan rumah dan sedia mulakan hari baru. Uruskan anak-anak, rutin, rumah pasar and all.

So, iftar kelmarin adalah western time. Thanks to Asrin, sebab bagi ayam paha boneless. Memang ready-ready nak buat ayam percik orang putih - chicken chop. :)

Conversation between us, before berbuka puasa.

Wife : Sorry la yang, saya tak sempat nak buat atau beli kuih. Ni je yang ada.

Husband : It's okay, it's okay. Okay dah ni.

Wife : Chicken chop ngan spagetti bolognese. Okay la kan? ...

Tengok terbaik punya wife, hidang macam tu je. Oh itu telefon rumah memang sentiasa berada dekat dengan saya.
Inilah hidangan ala kadar kami berdua. Nasib baik Z tak protokol and all kan, kan kan ? Main letak periuk atas meja je. Heheh. 

Hmmp. Then azan berkumandang. Eh,tipu. Mana ada azan berkumandang. Semboyan pun berbunyi, menunjukkan masa berbuka sudah tiba.

Alhamdulillah lah. Suka juga dia juadah berbuka ekspress dari saya walaupun tidak lengkap dengan kuih. Memang simple la sangat. Rebus spagetti, buat gravynya. Marinate ayam, dan goreng dengan serbuk roti. Itu saja. Bersyukurlah.

Oh. Saya ada buat koleslo (macam mana spell betul tak tau), ekspress juga. & goreng kentang goreng & chicken ball ayamas untuk anak anak. Hohoho. Penuh dengan kalori dan lemak la pula iftar kelmarin. 

My plate. Saya saja letak kuah bolognese tu atas chicken chop. Ala-ala ada gravy gitu. haha.

So, malam tu, saya dah masak Ikan Masin masak lemak dengan nenas

Tapi dia tak terlayan di tekak. hmmph... memang tak boleh masak lauk tu lagi. Peringatan untuk diri sendiri. Jangan masak yang "bold" itu. Ikan masin masak lemak dengan nenas - kamu dibanned dari di masak di rumah saya okay ? Dramatik skit. Hee...

Dah nak masuk tahun ke 8 perkahwinan. Masih lagi kurang ilmu di dada tentang "apa yang dia suka","apa yang dia tak suka","selera dia"... masih banyak yang harus di belajar. Bahtera perkahwinan satu pelayaran yang panjang. Menguruskan rumah, suami, anak-anak dan emosi, masih amatur. Ini saya- si surirumah tangga sepenuh masa, apa lagi yang working mom/merangkap surirumah tangga. Then again, ada pro and cons. 

Hari ni, nak fikir lagi apa menu berbuka. 

9th Ramadhan. 

Love, Effa 


9 comments

nonie said...

wah rajin norf... macam2 gak tu... nonie ni dah lama tak main masak2 utk family... lagi2 skrang dok umah mak sementara tunggu hari... adala tolong2 satu dua dish... tapi cik abg tak pasan la mana satu yg nonie masak, mana satu mak masak... so, kadang2 dia assume sumer mak masak hehe...

biasala, makin lama kawin makin byk kita blaja & tau pasal partner kitakan... ;)

MamafaraNzara said...

hi nonie.. dah lama tak dengar kabar...
betul nonie. kena beli bateri everyready. sentiasa kena ready utk a new him .. ehhe

aanie said...

jd x pelik la kan sy yg baru kawin ni masih xtau apa yg dia suka dan x suka mkn....huhu...pening kepala nak pk nak makan apa....

MamafaraNzara said...

aanie.. oh.. tak tak tak.. No No and Big NO.
mmg tak pelik.

:) hee...

cheqna said...

wah kak.....sib baik hasben akak ok kan....main letak gitu je pun takpe...kalau yang jenis protokol huh..kompem dibalingnya periuk2 tu....

MamafaraNzara said...

cheqna... dulu arwah ayah jenis protokol. memang pernah sayur goreng terbang .. hehe..

izazi said...

tu pun dah nampak sedap tu fa ..
esok cik abg akak tak de ..malas lak nak memasak
beli aje kut hehehehe

MamafaraNzara said...

kak izazi, best jugak kekadang tu leh jadi malas, cos hubby bertugas. yg ni, hubby ada.. malas juga.. apa nak jadi.. huhuhu

ch@ said...

penuh juga meja akak tu. seronok baca diary surirumah. macam mana nak follow akak ni? one fine day kita pun jadi surirumah mcm akak juga.

skrg ni, tgh asyik masyuk berkerja. masih bersemangat nak kerja.