Housewife's Tips : Basuh Baju

 9/8/11

 Dibo. Wajah Kesayangan Zara.
(basuh sebab kena muntah dia, basuh terus dengan child care-air panas n antibacterial liquid)

10/18/11

Bosan tak dengan kain yang mengunung di bilik belakang, di atas katil atau sofa memanggil-manggil untuk dilipat, tapi mood untuk melipat kain tidak juga datang-datang?

Bukan tak boleh buat, tapi bila tengok kain yang menimbun dan mengunung, baju kurung, baju tshirt, baju kerja, baju-baju budak kecik, jeans. Tension nya tengok. Baru tengok, belum tension nak lipat lagi.

Ini adalah cara saya. 

Saya basuh baju setiap hari. Dan sekarang saya berjaya menbasuh dan menyempurnakan tugas membasuh, menjemur, mengangkat dan melipat sebelum petang. Dengan semangat dan jayanya :) Yeah.

Caranya ?

Saya mengasingkan baju 
  • anak-anak 
  • baju putih
  • blouse, cucian lembut, 
  • jeans/seluar
  • baju hitam
Dan saya hanya akan basuh baju dalam kelompok yang banyak. Macam saya di rumah ni, hanya 4 orang. Z pun pakai baju kerja uniform. Jadi tak ada masalah untuk melancarkan kempen membasuh secara santai begini. 

Contoh: kalau hari tu, baju anak banyak, saya akan basuh baju anak-anak saja. Kebanyakan baju budak-budak ni berwarna PINK. Dah nama pun budak PINK. Baju-baju lain saya biarkan dulu.

Esoknya, saya tengok lagi, kalau baju berwarna putih banyak, saya akan basuh hanya baju yang berunsurkan putih saja. Jadi baju-baju tu pun terjaga, tidak bercampur warna.

Jadi, bila menyidai, sidai benda yang sama. Kecik, kecikkkk je semua. Seluar... seluarrrr je semua. Sekejap berbanding nak menyidai, byk jenis. Banyak masa yang akan digunakan kalau macam-macam nak dicuci dalam masa yang sama. Begitu juga ketika melipat kain. Ia lebih mudah dan cepat selesai. 

Untuk yang memang cucian banyak setiap hari, boleh lah gunakan kaedah mengasingkan pakaian ni ketika melipat kain. Jadi lebih mudah. Baju anak-anak - lipat baju anak2 je, kemudian susun terus di dalam almari anak-anak. Pergerakan kurang, kita pun tidak lah penat sangat.

Untuk keadaan-keadaan kecemasan.
Contohnya : Zara demam dan muntah baru-baru ni. Itu tidak ada banyak cerita, terus lah basuh semua hasil muntahan tersebut untuk dicuci. Kalau boleh, terus la basuh tuna "child care".

Setakat ini, kaedah ini saya sudah buat selama hampir sebulan. Hasilnya? Tidak ada kain yang tidak berlipat. Semua under control. Hikss.. :)

Love, Effa 

8 comments

Hannah Johary said...

Kenapa I rasa ayat-ayat dia macam ayat advertisement. Siap ada lagu lagi di background. Hihihi.

Like! :D

MamafaraNzara said...

haha... ni nak promote serbuk pencuci handalan...

cheqna said...

cheqna kan masih sensorang jadi no hal sangat r..
tunggu tahun depan...huh..mau masak cheqna..hahaha

MamafaraNzara said...

hehe.. tricks utk mudahkan para housewife agar ada lebih masa utk berFB atau blogging :P

Alida Ali said...

Bab2 lipat baju ni mmg pening..mls sungguh...kalau bertimbun lagi rasa nak muntah...so sy selalunya asingkan yg nak gantung semua bila nampak skt baru sedap ati..

zura_habib said...

sy basuh baju dgn baju saje..seluar dgn seluar saje...yg lain pun gitu...n sume baju dihanger...seluar n kain2 di lipat...senang utk org malas mcm sy hihi

MamafaraNzara said...

Alida : tu la pasal saya tak basuh baju sekaligus semua. ikut kategori. jd tak byk sangat. so, senang hati nak lipat terus :P

zura: sy tak suka hanger. rasa lg sesak sebab baju uniform hubby byk sangat... semua di hanger, jd klu baju lain pun hanger mak aihhh...

ch@ said...

kita sgt suka lipat baju. lagi banyak lagi suka. tapi syaratnya tak ada gangguan. setakat ni baru ada seorang je anak, punggah je smua dlm mesin. esok2 dah beranak-anak, tips ni berguna utk kemudahan. t/kasih kakEffa.