Mengapai Pelangi~


Sudah balik ke rumah sejak 3 hari yang lalu. Tapi baru berkesempatan mengadap blog. Bukan tak buka langsung. Buka juga, cuma duduk mengadap dengan tenang dan senang hati, baru lah ni. Kalau tak ada saja interruption dari 2 budak pink. Bulan ramadhan, haruslah banyak bersabar. Malas nak marah-marah sangat. Just follow the flow je lah. 


A few picture to share. Taken while a short break in Labuan last week. Apa yang buat short break ini lebih special ialah, the chance to gather with my favourite Aunty- Mak Usu atau saya lebih senang panggil mak su. Dia adik bongsu sebelah mak saya. She stays in Kajang. Married to uncle hafiz. Lecturer. Tapi sekarang dah pencen (kot?) :) 

Fara & Zara bergambar dengan atuk darling and nenek darling.

2 orang perempuan yang sangat banyak memainkan peranan dalam pertumbesaran saya. hehe.
ialah, 2 orang kuat ini adalah penasihat keselamatan dan masa depan semasa saya muda remaja. 

Ini - 2 budak pink bergambar dengan peguambela terbesar mereka. huhuhu...

mak su, my mom & pakcik amit. ini siblings my mom. my mom the eldest, then, makcik minah(arwah), pakcik ngah adnan, pakcik amit & yang paling bongsu - mak su. Kenapa pakcik amit lain skit color skin? sbb dia ikut arwah nenek. kulit jawa. Yang lain-lain semua cerah and macam cina. Sebab arwah datuk peranakan cina. 



"Fa salam & apakabar? situasi efa sma dgn usu tpi anak cuma 2. harap keadaan jangan di ulang. usu terlalu bagi tumpuan pada keluarga sendiri sampai lupa pada uncle yusof yang sangat sayangkan usu, hingga akhir hayatnya usu tak sempat kata terima kasih sebab sayangkan usu. usu balik labaun 19-31 july. sambut bday 26 dgn adik-adik. kalau boleh efa balik ya jumpa usu.".... sms from mak su, 29 jun, 2011.

Kadang-kadang kita terlalu mengejar pelangi, akhirnya pelangi itu hilang dari pandangan. Segah manapun usaha, pelangi itu hanya satu ilusi, tidak dapat dimiliki. Yang selalu kita lupakan sinar matahari. Kekadang sinarnya terik, menjadikan kita serik. Walhal ia tidak pernah lupa dan padam sinarnya memberikan kita sinar setiap hari. 

Saya hanya manusia biasa. Sangat memerlukan peringatan di selang waktu. kalau tak, mesti saya terlupa untuk lebih menghargai mereka-mereka yang perlukan 'saya' di selang waktu ini. Semoga di bulan ramadhan yang mulia ini, kita akan lebih menghargai orang-orang yang 'masih' ada di sini...

Selamat berpuasa buat semua pembaca. Semoga amalan kita diberkatinya... Amin...

1 comment

Chekgu Azrine said...

selamat berpuasa dear...