Omelan Pagi :Iftar at Novotel

 My plate. 

 Sampingan letak tengah-tengah. Makan sama-sama. 

us & my elder brother. saja bawa dia makan sekali. 

Conversation between a husband and a wife.

wife : hari ni nak makan apa yang? 
husband : apa-apa je lah. (jawapan standard)


wife : hari ni, kita pegi mana-mana tak?
husband : tak tau lagi kenapa? (a question answered with a question)


wife : saya tak tau la nak masak apa.
husband : jadi ? (again.............)


wife : kita makan luar la hari ni. buffet kt hotel. setuju tau?!?

Senang cerita. Dia tak nak buat keputusan. Biar isterinya yang queen control lagi comel yang decide.Saya paling boring, bila tak ada idea untuk masak bila menjelang tengahari. Sudahlah penat dengan rumah dan anak-anak sepanjang weekdays, memikirkan apa nak masak lagi. Betul, kalau working mom mesti kata, "ala oklah tu kan, boleh releks, goyang kaki, tengok drama bersiri petang-petang, tido". Erk. Tuduhan. 1st. Saya tidak menonton drama bersiri melayu maupun indon. 2nd. Saya tidak gemar tidur siang. 

Lucky me. Z tidak cerewet tentang makan. Cuma, kalau dia sudah suka dengan satu jenis lauk tu, hari-hari makan lauk tu pun tak apa. Memang la senang, sebab dia memang bukan mamat kari kepala ikan, atau masak lomak cili padi walaupun berasal dari n9. Tapi (tapi lagi) hari-hari masak ikan goreng masak cili, goreng tempe, ikan goreng masak cili, goreng tempe. Lama-lama hilang skill masak yang lain. Kalau masak yang extra special (konon nak dapat pujian lebih), end up, dia makan sikit je. Pastu dia ambik keropok, makan dengan anak-anak depan tv. huhu. Sedih tau.

Kadang-kadang muak punya cerita, saya goreng telur mata kerbau satu, makan dengan nasi & kicap. Sedap.

Okey.

Back to the picture punya story. Jadi hari ini saya berjaya memaksa bawa Z pegi iftar di Novotel. Boleh la tahan. Not bad at all. Cuma, perut orang berpuasa besar mana sangat. Memang cepat kenyang. Harga per person di Novotel 1 borneo, Kota Kinabalu - RM38.++. Jenis lauk, berbelas la juga. Untuk harga dan kuantiti & kualiti yang diberikan nak dibandingkan dengan Promenade Hotel (RM78.++), Le Meridien (RM88.++), Sutera Harbour (RM100.++) saya rasa sudah memadai. 

Kalau saya makan kat Sutera Harbour, saya nak bawak tupperware saya terus. Boleh tapau untuk makan sahur nanti. Hahaha.  

Okey, berhenti mengomel setakat ini, nak mandi and solat subuh. Daaaa.....


5 comments

Janna Wan Muhammad said...

kalau orang yg memang perut stokin, makan byk mmg berbaloi pegi makan buffet...but bg org yg mcm ai ni..rugi je...ai skang tgh kemaruk nak pegi makan kat GAyang...ahahaha...

cheqna said...

cheqna pun baru je pas makan buffet..RM45..sedikit membazir r dengan bayaran sebegitu sebab cheqna tak la makan banyak walaupun cheqna ni gebu..=)

DD said...

Aku pun hari2 tatau nak pikir nak masak apa berbuka. Bosan bila tiap2 hari kena pikir, kena masak.

MamafaraNzara said...

kak janna : saya pun takde la makan sangat. teringin dari LAST YEAR... nak tunggu dia mengajak.. harapan ku musnah la jawapnya.. kena ajak, dia follow aje.. :P

cheqna : tak de la gebu sangat. comel dah tuu... :)

DD : same here. masalah tipikal utk suri rumah!

zura_habib said...

sy last gi buffet kt restoran nelayan kt bangi..masa tu dia promo steamboat rm18...2thn yg lalu..skrg x gi...sbb tkt rege makin mahal...