Skin Care : Body Shop, Please love me. :)


Bercerita dengan perempuan, mesti ada topik tentang cantik. Cantik, mesti ada cerita tentang muka. Muka, mesti ada cerita tentang skin care.

Macam nak buat advertorial. Tapi malangnya, ini ditulis hanya sekadar perkongsian. Free of charge. tsk tsk tsk. (body shop, sila bayar saya dalam bentuk apa sekali pun selepas ini. oh. minyak wangi japanese cherry pun ok jugak). :P

Masa umur saya belasan tahun dulu, saya adalah penguna tetap Oil of ulan (sekarang sudah tukar penjenamaan semula - Olay). Agak lama juga saya pakai - sejak 15 tahun sampailah umur saya 22 tahun. (22 tahun, umur saya kahwin hehe). 

Okey.

Selepas itu, i do not know why. Muka saya tidak mahu menerima lagi sapuan lembut olay ke kulit muka saya. Jadi merah dan gatal. Then, saya cuba fair and lovely. Failed to the max! 

Selepas tu, saya cuba pakai macam-macam. Balqis. Avon. Tak berhasil. Most of the time, pengunaan pertama muka saya akan keluarkan tanda-tanda merah n ruam. hmmf...sedih. 

Then, saya sudah jumpa yang "kulit" saya berkenan. Amway. For sensitive skin. Tetapi. mahal untuk saya masa tu. Jadi saya pakai hanya sekali beli. Dalam masa 6 bulan tak silap. Then, saya try macam-macam lagi loreal lah, garnier lah. hmm... macam-macam.

Akhirnya saya cuba skin care dari body shop. Untuk putihkan kulit la konon. Sebab saya sudah tidak remaja lagi. Sudah jadi mak 2 budak pink. Sudah masuk era - needless to say. Pada mulanya saya pakai pencuci dan day cream. Kulit macam setuju. Saya pun beli la slow-slow, satu-satu keperluan lainnya. Baru-baru ni saya beli bedaknya pula. 

What i am trying say is - saya sangat suka skin care ini. Tapi, ye, tetapi ye puan-puan, tak semua kulit kita sama. Kalau bernasib baik, pakai la skin care paling murah sekali pun, kalau sudah cantik gebu, tetap cantik dan gebu juga. Kepada macam saya ni, memang banyak persinggahan sementara akan berlaku. 

Tipu lah kalau perempuan kata,"tak kisah la how do i look. hidup makan tidur sudah". :) Ngee Betul ke...? 


ps: oh ye. shower gel tu. dapat free. tapi tak pakai lagi :)

It's monday. It's good to start a good thing. What about start with a simple one? Taking care of ur skin. 

Love, Effa

4 comments

cheqna said...

x pernah cuba barangan dari body shop

ayin said...

heheheh effa, masa hubby dok oberC dulu, kita kalau pakai, yg spa punya, walaupun sebotol RM250, tak per... masa ada duit... heheh, la ni bila dok sini... dah tukar yg biaser jer.. ;p

MamafaraNzara said...

cheqna.. sy dulu2 start dgn body shop sebab suka beli minyak wangi bola2 kecik tu.. hehe. baru 3 hinggit kot. dulu kan nak beli minyak wangi takde modal.. beli la macam tu .. bola2 kecik.. :P

ayin.. masa Z dok oberC tu, try le nak pakai loreal, dengan harapan, dapatlah dia beli kt sana. hehe.. pariss gitew.. tp loreal la yang paling teruk sekali. kulit muka tidak setuju dengan itu.. huhuhu

ch@ said...

time bujang segala keluarga jerawat ada kat muka, bila dah berumah tangga, sebutir aja tumbuhnya. seribu rahmat, ubatnya kena sah nikah. hahaaa. skrg ni, ltk la sgl jns skin care, alhamdulillah tak ada apa2. kulit dah mati agaknya.