My Childhood

Trip ke Labuan that day bukan saja dapat sambut hari raya. Tapi dapat mengenang kembali zaman-zaman muda yang sudah terlepaskan. Zaman childhood yang sudah lama ditinggalkan dan hampir terlupakan. Sori, ayat bangun tidur... macam skema semacam. huhuhu.

Terberhenti ayat .. huk. Sambil update blog sambil tengok cerita thailand di astro box office. Masa 2 budak pink tidur la masa boleh update blog. Masa papa pergi menembak la ada masa nak bukak laptop. Coco temankang di tepi. Huhuhu. Oh so sweet my kitty kitty... :)

Ok. Sambung tujuan sebenar disini. Kita layan dulu gambar-gambar lama dari koleksi peribadi yang elder sister...


 My elder sister, My late father (middle), and My sister Izzah.
(ini saja gambar yang clear tengok muka arwah ayah. arwah ayah tak suka bergambar. miss him)

 If im not mistaken, masa ni hari raya kot. Di rumah my elder sister. Yang si kecil tu adik bungsu saya. :)

 Yes. Yang ini. Alif Hishamuddin.

 From Left : My elder brother, Sis Izzah, Adik Sham, Me (yang tengah tersengih. buruk tul muka), My mom, sedang dokong Erwin (anak my elder sister), and sepasang suami isteri tu kawan mak saya. Mak saya jadi babysitter untuk anak dia yang sorang berdiri tepi saya, yang sorang dia dokong tu. Tak silap nama budak-budak tu Farah and Arif.

 From behind left : Abang, Kak nor, Kak Atun,
Middle : Kak Izzah, Kak Ani
Si Kecik : Kak Mazlin.

 Ini gambar adik beradik baru balik dari mengaji. huhu. Abang saya baju hijau kelihatan sungguh innocent. hahaha.

 My mommy and Me elder sister. Kak Nor.

 Kak nor and me :)

 Isham & Erwin.

 This is ME. Saja nak masukkan gambar ni. Sebab mostly my siblings cakap muka saya kat sini macam muka Farah.. kan kan kan? bab mata la... :)


Dengan selipar jepun lagi. Huhuhuhu.


Zaman kanak-kanak saya tak adalah seistimewa mana. Hidup pun di pekan kecil macam Labuan. Tapi tak pernah terfikir untuk ada lebih dari itu. Seadanya dan seikhlasnya kehidupan.



Zaman kanak-kanak saya tak ada barbie doll, tak ada barney, tak ada dora. Saya main di bawah kolong rumah.. main tanah dan daun-daun kering. Tempurung kelapa saya buat jadi mangkuk, botol sos cili yang dah mommy saya buang, saya but jadi mainan. :) Kenangan manis buat saya.

Saya tetap bertuah kerana ada keluarga yang penyayang walaupun ada kekurangan dan kemelesetan disetiap ruang.

Hidup ini kan indah kalau kita fikir ia begitu.

Selamat hari minggu semua. Semoga hari ini ceria hendaknya ...

2 comments

shafinas hussain said...

Effa,walaupun kemana kita pergi zaman kanak-kanak saat yg pling indah untuk Jadi kn kenangan buat selamanya....Akak pun rindu zaman kanak2 huhuh

Rozita said...

Gambar membawa seribu makna...terutama dalam mengenang yang tiada. Lepas I tengok gambar gambar lama ni, I pon terus cari gambar lama my family.
Boleh tau macam mana U upload gambar lama? I dah scan gambar lama tapi tak boleh upload. Kena tukar format apa ?