Brunei - The Story

Assalamualaikum,

Rasanya baru lah ada kesempatan untuk duduk dan mengadap PC. Balik saja Mummy ke Labuan hari tu, saya macam biasa busy cleaning the house, berselingan dengan anak anak dan tugasan harian. SO, tak sempat nak update blog. Kepada yang menunggu, terima kasih kerana bersabar. Kepada yang tak menunggu, terima kasih kerana tak tunggu. Eh? hehehe.

Actually planing untuk ke Brunei ni, dah bertahun dah. Cuma rezeki tidak menyebelahi. Ada saja masalah yang tak dapat settle dan rancangan tergendala dan KIV je. Sampailah long weekend lalu (cuti tahun baru cina). Settlekan passport saya dan suami, terus buat clearance. Alhamdulillah, diberi kebenaran dan kami bertolak ke Brunei on saturday morning. Planing early morning, tapi faham faham la saya ni beranak kecik. Takde maknenya nak bertolak jam 6 pagi (kecuali dah beli tiket kapal terbang) hehee.
Bertolak lebih kurang jam 9 pagi, lewat sebab breakfast dulu.

Sepangar-KK-Beaufort-Sindumin-Merapok(sarawak)-Lawas-Temburung- Limbang-Kuala Lurah (ni kira dah masuk Bandar Seri Begawan).

Sebenarnya perjalanan yang panjang hanya dari Sepangar nak ke Sindumin tu. Then, dari situ, banyak check point yang dekat-dekat. Lambat sampai sebab kesesakan di check point untuk cop passport. Itu pun kalau musim cuti sekolah. Kalau tak, memang perjalanan smooth je.

Kami sampai di Kuala Lurah, lebih kurang jam 3 petang. Hubby tak bawa laju. So, dari sana, my uncle dah siap tunggu di stesen minyak Shell. Kalau kami nak masuk Brunei sendiri, agaknya sesat jugak lah. The last time saya ke Brunei is 8 yrs ago. Tu pun pakai ferry express and memang tak tahu jalan kat Brunei. So, sekarang ni Brunei sudah maju, sudah ada highway and byk jalan baru, memang tak boleh diharap lah untuk saya menunjukkan direction kepada org yang kali pertama ke Brunei - Hubby. Heeee...

So, sepanjang di Brunei, saya stay di rumah Uncle saya di Lambak Kanan. Days terisi dengan jalan-jalan and melawat masjid masjid yang cantik cantik, melawat saudara mara. Terutama nenek laki *panggilan untuk datuk*. Dah lama tak melawat dia. Sepupu2 yang dulu nya muda remaja, hehe, sekarang sudah beranak 3-4 wah! Hehe. Kami sudah tua! ngeee...

Apa yang ada di Brunei ?

Depends. "Kita lihat apa yang ingin kita lihat, kita dengar apa yang ingin kita dengar". Masing masing ada teori tentang "best", "terbaik". So, basically apa yang kita suka tak sama. If u ask about nite life, memang tak ada dan jangan cari. Di sini tidak ada kalabul malam. Di sini, ada theme park (berbayar) BD5 untuk 3 jenis permainan. Di sini ada makanan yang enak-enak *again this is based on selera masing-masing* ambuyat, nasi katok. Ada pasar malam yang jual macam macam jenis makanan. And of this is "memang" terbaik bagi saya yang sudah merindukan segala galanya.

Di sini ada juga mall, tapi tak lah banyak macam di KL. dan mata wangnya yang agak mahal, kekadang membuatkan otak kita jadi calculator nak menconggak samada berbaloi atau tidak membeli satu satu barang. Pada yang suka beli kain pasang untuk dibuat baju kurung, di sini kain sangat murah dan yang penting berkualiti. :) I loikeee..

dan ..

Di sini ada mereka!
Mereka yang menjadi teman sepermainan saya, Mereka yang menjadi tempat berkongsi rasa dan cerita, Mereka yang saya sangat rindu. Saudara mara, sepupu sepapat. Mungkin saya ni berkenan ke mak saya. Baik keluarga sebelah arwah ayah di semenanjung atau sebelah mak saya, saya sapu semua sekali. Saya hargai semua sekali. Kalau ada kesempatan, saya akan cuba jumpa dan bertanya khabar dengan mereka. Sebab tanpa mereka, tiada lah parents saya. Tiada parents saya, tiadalah saya kan?

:)

So, that's it cerita tentang Brunei. Bila lagi ye untuk ke sana ? Wallahualam.

Alhamdulillah...

p/s: saya dah deactivate account FB yea. hehe, bukan pasal sesiapa. Arahan dari hubby :P hehehe..
p/s2: saya on twitter je sekarang @zzeffa711 :)

Love, Effa

3 comments

Janna Wan Muhammad said...

wahh! akak pon tak sampai lagi Brunei ni Fa, hajat hati sementara masih di Borneo ni nak la ke Brunei juga....

L said...

huhu, bagusnyer dgr ckap hubby,, isteri yg solehh..

jom hayati..=)
lolz-l.blogspot.com/2012/01/amanahnyer-sahabat-rasulullah.html

zura_habib said...

kawan sy penah keje brunei..ktnya makanan amat murah kt sana..bila la dpt jejak kaki ke sana