ABC about Alia





Saja saja je nak update cerita tentang baby besar yang sudah nak masuk 3 tahun ni. Apa? 3 tahun? Yea. Anak kecil saya sudah nak masuk 3 tahun. Cepatnya masa berlalu. Ertinya saya sudah tinggal di Kota Kinabalu untuk 2 tahun 8 bulan yang panjang. fuhhhhh....


Aktif, Bulat, Baby, Comot, Dibo, Eeeee! nak gigit, Funny... okay dah dah.


Your birthday is coming my sweet baby....

Senyum

Last night, sebelum tidur, selalu saya dan anak anak berbual-bual, sementara papanya masih sedang buat kerja.

nana : Mama... besok boleh tak nana 1 kali je.

Mama : 1 kali apa ?

nana : 1 kali tak pegi sekolah ... ~senyum

Mama : Tanya papa ...

nana : Tak ape lah...

Walhal si papa dengar je apa yang dibualkan. SO this morning, the father, said to me, "nana's being good kan recently. Kasilah dia rest today"

Bertuahkan betul nana. Hahaha. Okay. Jangan stress Mama. Senyum.

Saya Dengki.



Tak pernah terlintas di fikiran saya untuk ada kesempatan begini, menimba ilmu lagi, pada realiti kehidupan tidak bekerja, tidak ber'ada', dengan anak-anak yang masih kecil. Allah knows better tentang sesuatu di hadapan. MasyaAllah. Seronok betul rasa. Mungkin bagi sesetengah orang, biasa je ni. Huhu Tapi bagi saya ni macam - wah best nye. Sebab tak mungkin selalu dan ada kesempatan macam ni lagi. Mungkin. Kecuali tiba-tiba dapat duit yang sangat banyak, antara benda yang saya ingin buat adalah sambung belajar. Terasa kecilnya diri ini tanpa ilmu. Mungkin juga saya menilai ilmu pada cert, tapi kan semua orang menilai orang berilmu melalui certificate apa yang dia ada ?


Kalau tidak ada degree, master, phd. Lebih baik dok diam dan jangan cakap. Cakap sikit, senyum. Cakap angguk senyum lagi. Serupa patung. For those yang ada something, Alhamdulillah. Seronok jadi anda. Berusaha untuk bahagia dan membahagiakan dengan apa yang kita ada. Hanya itu yang akan memberikan kita kepuasan dalam kehidupan.


Saya tak dengki. Eh. Saya dengki. Saya dengki dengan orang yang "ada". Ada ilmu, ada kesempatan, ada duit lebih dari saya. Tapi Alhamdulillah, saya tak busuk hati. Saya berdoa dalam hati semoga apa yang semua orang ada tapi saya tak ada, di tambah dan di beri lebih lagi. Mudah-mudahan saya ada rezeki juga - tunggu kadar waktu dan kadar quantiti yang Allah beri. Saya bersyukur dan saya harus terus begini. Bersyukur. Baru rasa tenang. Masa saya untuk ke arah itu, mungkin, sudah tidak ada. Apa yang saya ada sekarang adalah anak-anak penyambung warisan. Untuk saya bimbing, saya didik dan bentuk semoga mereka menjadi anak solehah, lebih baik dari semua segi dari mamanya. Kalau boleh, berjaya di dunia dan di akhirat. Sekarang saya tidak mahu tekan mereka. Tapi saya akan bagi yang termampu untuk kehidupan mereka kelak.



Ilmu ada di mana-mana, kadang berbayar, kadang free of charge. Jadi take chances. Kalau ada kesempatan pergilah walau berbayar. Tapi pastikan lah yang mampu kita bayar.hehe. Betul kan? Saya seronok sangat dapat ilmu sedikit dari Public Speaking Course ni. Walaupun begitu. hahaha. The more I learned, The more I don't know. Seriau pun ada nak tulis dalam english selepas masuk course ni. Malu. :p Kalau rasa boleh bercakap dengan baik depan khalayak ramai, cuba lah public speaking. Memang hilang kelu seribu bahasa. Orang yang suka cakap jadi suka diam. Hehe.


Tapi kawan- kawan sebaik-baik ilmu, ilmu itu sedap bila dikongsi. Semoga kita sama-sama dilimpahkan ilmu yang dapat membawa kita kebahagian dunia dan akhirat. Amin...

Farewell Hanim




Memang adat dalam kehidupan, ada bertemu dan ada perpisahan. Tapi untuk kes kami isteri isteri Navy memang lagi lah kerap. Setiap tahun pasti ada yang akan berpindah ke mana-mana. Samada kerana bertukar unit atau sambung belajar.

Hilang la lagi seorang kawan. A good friend. Alhamdulillah. Tapi tak sedih sangat sebab empunye diri pun happy sebab dapat balik semenanjung. Kami yang tinggal ni yang tertekan rasanya. Hahaha... Tapi sedih tetap sedih, tapi bila bersedih jangan terlalu sedih. Ini adalah yang terbaik yang Allah sudah rangkakan untuk kita. Bertemu dan berpisah ini adalah sebahagian dari keputusan Nya. Redha. 

Thank you KD 1 sebab sudi menerima saya sebagai "guest" .. walaupun saya bukan dalam keluarga 1, tapi KD 1 sangat dekat di hati saya. Kebanyakan mereka adalah my dear friend.

Dah lama tak buat kad. Was having so much fun making them. Setelah sekian lama....  :)

Thank you hanim and good luck to you! semoga bertemu lagi ... jangan lupa daku.... :)

Telefon Dan Kawan

Assalamualaikum,

Hati sedang ceria. Dapat panggilan telefon dari teman yang dah lama tak dengar cerita. Memang sengaja tinggalkan no telefon di inbox dia. In case la kalau sudah ada android di tangan. Boleh kita berwhatsapp atau berviber. Kan lebih murah. Hehehe. Arg.. terubat sedikit kerinduan pada kawan2 lama...

Sebelum tu, saya dalam talian juga. Dengan sahabat di sini sini. Menjadi pendengar setia. Saya memang pendengar setia. Dengan setianya saya akan dengar keluhan dan apa apa saja. Sbb saya memang suka berkawan. Tapi yang penting untuk menjadi pendengar kita kena lah jadi batu "air" yang baik. Jangan pula jadi batu "api". Dengar dengan perasaan yang aman. Semua orang ada tahap dan masa stress. Tapi jangan pula lepaskan stress kat orang lain dengan cara marah-marah kat orang lain. Tak baik. Berdosa melukakan hati saudara kita. kan kan kan ? :)

Sebelum tu, saya berwhatapp. Instant message yang free tu. Brigde to all iphone, Blackberry dan android. So, di situ pun saya membaca kisah sedih rakan. Apa yang mampu saya katakan "bersabarlah". Kita semua sedang diuji Allah. Masing masing ada masalah masing masing. Kecil atau besar masalah seseorang jangan pula kita memperkecilkan dirinya. Kita semua pun sama. Ada masa-masa kita pasti terasa dengan satu masalah - waima ia nya masalah kecil atau besar.

Being there for friend.

Done.

Alhamdulillah.

p/s: mudah-mudahan Allah tolong saya.

Demi Masa

Assalamualaikum,

Sebenarnya tak tahu apa yang nak ditulis. Dalam kepala ni macam macam sedang difikirkan. tentang hidup dan masa depan. Tentang kehidupan dan selepas itu. hmm. Ayat mgarut? bukan .. ini ayat realiti yang kita takut untuk bincangkan dan fikirkan. Sesuatu yang tidak tentu dan sesuatu yang hanya Dia yang tahu. 

2 hari ni, husband bercuti untuk buat medical check up di hospital Queen Elizabeth II di Damai. 2 days trip ke sana bersama suami dan anak anak meninggalkan kesan pada diri saya. Bagai mana kalau ini terjadi? Bagaimana kalau itu terjadi ? Risau, susah hati memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku pada hamba Allah. Terutama kalau ia terjadi kepada orang orang yang kita sayangi, kerana kita meletakkan kebergantungan kita kepada nya. Walhal, kebergantungan itu sesuatu yang sepatutnya milik Nya. Saya secara peribadi belum bersedia mengharungi masa yang sebaliknya. Sekarang saya sihat, esok ? Sekarang saya lapang - esok ? atau minit selepas ini ? Itulah, Allah mengingatkan kita menjaga dan menghargai masa. 

Masa yang diberi adalah untuk beribadat kepadaNya, Masa yang diberi adalah untuk menghargai dan bersyukur atas nikmatnya. Nikmat kesihatan. Nikmat kasih sayang. Tak perlu saya fikirkan untuk anda. Sememangnya kalau di hitung nikmat yang diberi kepada kita, tidak habis di tulis.

Insaf sebentar atas kealpaan saya selama ini...

Semoga masa yang diberi "cukup" untuk kita cukupkan bekalan di sana. Hargai yang tersayang. Hargai yang tersayang. Hargai yang tersayang. 

Wallahualam.



Selawat shifa - Baik di amalkan selepas solat. :)



2 budak pink : Recently



Assalamualaikum,

Dah lama tak cerita tentang 2 budak pink kan. Waktu semakin cepat, aktiviti 2 budak pink pun semakin padat Terutama Nana. Start 2012, Nana dah start tadika di Tabika Kemas. At the same time, start juga kelas tambahan di Smart Reader dan mengaji di rumah kak ezzah.

Memang waktu untuk Nana dah fix. Tabika dari jam 7.30-11.30 pagi. Balik dari situ, dia mandi dan makan, kasi rehat dalam sejam, saya akan 'tutup tv'. Arahan tidur. Saya akan bangunkan Nana dan Alia selepas saya selesai solat asar. Mandikan derang, saya terus hantar Nana mengaji, Mengaji tak lama. Dalam 20 min atau less. Samada dia bermain di playground atau bawa jalan2 dengan motor (dengan papa), atau just sit at home. Main dalam rumah.

Malam adalah masa untuk Nana buat homework atau belajar di rumah. Sekejap saja lah. Check2 beg. Tengok buku dia, bantu apa yang patut. Alhamdulillah, dia sudah get used. Weekend, dia akan ke SR untuk main painting sambil belajar membaca. Petang atau sunday, bawa dia practise golf. Itu pun atas request empunya diri. Dia minat, sebagai parents, kami galakan la saja.

She got one more request, yang belum dapat dipenuhi. Sebab kesian dengan jadual weekend yang packed. Dia nak minta hantar ke kelas guitar. Hmm.. nak jadi yuna atau najwa? hehehee..

And insyallah starting April ni, saya dan Nana akan join kelas taekwondo pula. Packed tapi happy. Itu yang penting.

Alia is going to be 3 this April. Dia dah semakin pintar dan panjang akal. Mudah untuk di urus. Manja dengan kakaknya. Gaduh pun dengan kakak nya. Dia peneman mama. Kemana mana dia mesti nak dengan mama. Tapi dia tak cerewet. Ada masa mama tak boleh nak bawa dia p meeting, dia tak kisah kalau saya hantar ke rumah jiran. As long as keperluan dia dipenuhi. Susu, dibo (bantal busuk), mainan chipsmunks (mcd;s) and makanan. Makanan tak boleh kurang.

Tgk la gambar di atas. Kakaknya leka practise gold, dia dok makan kat tepi. Hehehe...

Telatah mereka ni, buat mama tersenyum dan terduduk kerana kepenatan....


Another day.. another task

Another day. Sebenarnya belum bersedia utk another task.. Kerana kekangan masa. . Terpaksa juga uruskan masalah satu ni. Hmmm. Alhamdulillah... Cuma sktg tunggu feed back. ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

testing

Asaalam...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Medals and Bowling

Medals...
TAR 1 and yang baju hijau tu .. Ehemm. yours truly Ketua kumpulan Bob OMB
Thank you all. Peacee...
Hamper sikit jer, budget tak besarnya kawan-kawan. Yang penting adalah semangat
dan happy bertemu dan berkumpul dengan rakan rakan.
Assalamualaikumm

Saya mulakan entry kali ini dengan Alhamdulillah. Bersyukur ke atas keizinan dan rahmatNya kepada saya. Berakhir 1 dari 6 aktiviti yang "wajib" untuk saya tempuh pada tahun ini. Pertandingan Bowling Antara Unit, Bakat Laut PTKK. All i can say is - i am so honored and happy to be part of the team. Walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan dan kekangan. Dengan izinNya, ia berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Alhamdulillah.

Asrin, Onie, Kak Ani, Ceqyan, Hanim, Yana, Kak Syam, Faridah and Maria. (ada miss tak sesiapa?). Thank you so much for the team effort. Memang cun sekali berkerja dengan kalian semua. Team Sukan tidak akan mantops tanpa korang. Alhamdulillah. Our first task accomplished. Ada lagi 5 ye. Stay with me.

Ketika saya berurusan untuk menyempurnakan aktiviti bowling ni, banyak perkara saya belajar terutama tentang berhadapan dengan macam macam ragam manusia. Macam-macam. Memang macam-macam. Ada yang begini, ada yang begitu. Saya menghormati semua dan saya terima lah semua seadanya. Yang memberikan kerjasama dengan baik, terima kasih daun keladi, budi baik anda tak mungkin kami lupai. Kepada yang memberi dugaan seribu satu "malam", terima kasih kerana mengajar kami erti bersabar ketika berurusan. Nasib anda baik kerana limit kami masih kental. Kami masih mampu bersabar dan tersenyum melayan kerenah anda. :)

Saya menerima hakikat, kita tak sama dan perasaan kita berbeza. Rambut walaupun warna hitam, tapi hitam pun ada macam macam jenis, blue black, chocolate black, BLACK and BOLD. kan kan kan ? inikan pula hati dan perasaan. Apa yang penting, kita menghormati antara satu dengan yang lain. Perselisihan pendapat dan cara pasti akan timbul ketika kita bersosial, apa yang penting, kita anggap itu satu cara berkomunikasi.

Bila kita belajar untuk menerima, hati kita menjadi lebih tenang. Betul ? .. yea betul. Ia benar dan berkesan untuk saya.

...
I do some google and blogwalk. Persepsi orang tentang "Bakat". Almost, most of what i read, is negative. Ia benar. Ia tidak tepat. dan ia Pelik.

I do got hurt by some people i met in Bakat. Tapi dalam masa yang sama, saya juga merasakan kepuasan dan kehidupan melalui penglibatan saya dalam Bakat. I am a housewife. My life is all about house chaos, dan bakat adalah tempat untuk saya bernafas sedikit. Senyum, ketawa, melepaskan geram atau rindu, berkongsi rasa dan pengalaman.
.

Saya melalut.

Okey.

Oh yer, sebelum saya terlupa, Congratulation to kumpulan Bob-OMB  a.k.a PLKS Wifey yang memenangi Pertandingan Bowling Antara Unit. Giler kentang ye. Tak sangka mereka boleh menang. Hi... Walaupun begitu, menang atau kalah adat dalam pertandingan. Objektif peribadi saya untuk aktiviti kali ini adalah untuk isteri isteri dalam satu unit mengenali dan beramah mesra. Bukan senang nak jumpa. Seronok sekali sekala berjumpa dan gather macam ni.

Semua group yang ada memang happening. And thank you all for ur support and co operation.

Heartz u all! :))

p/s: lama tak update blog, sebab bila depan screen je mata mengantuk. otak beku dan idea terpendam. idea bergerak ketika saya sedang sidai kain atau masak di dapur. tapi masa tu tak boleh pegang keyboard. haishh.... :)