2 budak pink : Recently



Assalamualaikum,

Dah lama tak cerita tentang 2 budak pink kan. Waktu semakin cepat, aktiviti 2 budak pink pun semakin padat Terutama Nana. Start 2012, Nana dah start tadika di Tabika Kemas. At the same time, start juga kelas tambahan di Smart Reader dan mengaji di rumah kak ezzah.

Memang waktu untuk Nana dah fix. Tabika dari jam 7.30-11.30 pagi. Balik dari situ, dia mandi dan makan, kasi rehat dalam sejam, saya akan 'tutup tv'. Arahan tidur. Saya akan bangunkan Nana dan Alia selepas saya selesai solat asar. Mandikan derang, saya terus hantar Nana mengaji, Mengaji tak lama. Dalam 20 min atau less. Samada dia bermain di playground atau bawa jalan2 dengan motor (dengan papa), atau just sit at home. Main dalam rumah.

Malam adalah masa untuk Nana buat homework atau belajar di rumah. Sekejap saja lah. Check2 beg. Tengok buku dia, bantu apa yang patut. Alhamdulillah, dia sudah get used. Weekend, dia akan ke SR untuk main painting sambil belajar membaca. Petang atau sunday, bawa dia practise golf. Itu pun atas request empunya diri. Dia minat, sebagai parents, kami galakan la saja.

She got one more request, yang belum dapat dipenuhi. Sebab kesian dengan jadual weekend yang packed. Dia nak minta hantar ke kelas guitar. Hmm.. nak jadi yuna atau najwa? hehehee..

And insyallah starting April ni, saya dan Nana akan join kelas taekwondo pula. Packed tapi happy. Itu yang penting.

Alia is going to be 3 this April. Dia dah semakin pintar dan panjang akal. Mudah untuk di urus. Manja dengan kakaknya. Gaduh pun dengan kakak nya. Dia peneman mama. Kemana mana dia mesti nak dengan mama. Tapi dia tak cerewet. Ada masa mama tak boleh nak bawa dia p meeting, dia tak kisah kalau saya hantar ke rumah jiran. As long as keperluan dia dipenuhi. Susu, dibo (bantal busuk), mainan chipsmunks (mcd;s) and makanan. Makanan tak boleh kurang.

Tgk la gambar di atas. Kakaknya leka practise gold, dia dok makan kat tepi. Hehehe...

Telatah mereka ni, buat mama tersenyum dan terduduk kerana kepenatan....


2 comments

Janna Wan Muhammad said...

hmm..bagus mama and nana join taekwando. I miss sila too. elok kita isi waktu anak2 dengan aktiviti berfaedah,yang penting anak2 pon minat dan suka, insyaAllah as they grow up, mereka tidak akan ada masa utk berpeleseran dan melepak2 dengan sia2, kalu aktiviti tu kita buat sama2 satu family lagi bagus. :)

Effahazizi Mamafaranzara said...

try la kak... mama dah lama tinggalkan taekwondo. kebetulan pun sama mama kena cuba masukkan taekwondo kedalam pengkalan ni. hehe.. something to do la sekurangnya. hehee.. kt keningau takde silat ke kak..?