Medals and Bowling

Medals...
TAR 1 and yang baju hijau tu .. Ehemm. yours truly Ketua kumpulan Bob OMB
Thank you all. Peacee...
Hamper sikit jer, budget tak besarnya kawan-kawan. Yang penting adalah semangat
dan happy bertemu dan berkumpul dengan rakan rakan.
Assalamualaikumm

Saya mulakan entry kali ini dengan Alhamdulillah. Bersyukur ke atas keizinan dan rahmatNya kepada saya. Berakhir 1 dari 6 aktiviti yang "wajib" untuk saya tempuh pada tahun ini. Pertandingan Bowling Antara Unit, Bakat Laut PTKK. All i can say is - i am so honored and happy to be part of the team. Walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan dan kekangan. Dengan izinNya, ia berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Alhamdulillah.

Asrin, Onie, Kak Ani, Ceqyan, Hanim, Yana, Kak Syam, Faridah and Maria. (ada miss tak sesiapa?). Thank you so much for the team effort. Memang cun sekali berkerja dengan kalian semua. Team Sukan tidak akan mantops tanpa korang. Alhamdulillah. Our first task accomplished. Ada lagi 5 ye. Stay with me.

Ketika saya berurusan untuk menyempurnakan aktiviti bowling ni, banyak perkara saya belajar terutama tentang berhadapan dengan macam macam ragam manusia. Macam-macam. Memang macam-macam. Ada yang begini, ada yang begitu. Saya menghormati semua dan saya terima lah semua seadanya. Yang memberikan kerjasama dengan baik, terima kasih daun keladi, budi baik anda tak mungkin kami lupai. Kepada yang memberi dugaan seribu satu "malam", terima kasih kerana mengajar kami erti bersabar ketika berurusan. Nasib anda baik kerana limit kami masih kental. Kami masih mampu bersabar dan tersenyum melayan kerenah anda. :)

Saya menerima hakikat, kita tak sama dan perasaan kita berbeza. Rambut walaupun warna hitam, tapi hitam pun ada macam macam jenis, blue black, chocolate black, BLACK and BOLD. kan kan kan ? inikan pula hati dan perasaan. Apa yang penting, kita menghormati antara satu dengan yang lain. Perselisihan pendapat dan cara pasti akan timbul ketika kita bersosial, apa yang penting, kita anggap itu satu cara berkomunikasi.

Bila kita belajar untuk menerima, hati kita menjadi lebih tenang. Betul ? .. yea betul. Ia benar dan berkesan untuk saya.

...
I do some google and blogwalk. Persepsi orang tentang "Bakat". Almost, most of what i read, is negative. Ia benar. Ia tidak tepat. dan ia Pelik.

I do got hurt by some people i met in Bakat. Tapi dalam masa yang sama, saya juga merasakan kepuasan dan kehidupan melalui penglibatan saya dalam Bakat. I am a housewife. My life is all about house chaos, dan bakat adalah tempat untuk saya bernafas sedikit. Senyum, ketawa, melepaskan geram atau rindu, berkongsi rasa dan pengalaman.
.

Saya melalut.

Okey.

Oh yer, sebelum saya terlupa, Congratulation to kumpulan Bob-OMB  a.k.a PLKS Wifey yang memenangi Pertandingan Bowling Antara Unit. Giler kentang ye. Tak sangka mereka boleh menang. Hi... Walaupun begitu, menang atau kalah adat dalam pertandingan. Objektif peribadi saya untuk aktiviti kali ini adalah untuk isteri isteri dalam satu unit mengenali dan beramah mesra. Bukan senang nak jumpa. Seronok sekali sekala berjumpa dan gather macam ni.

Semua group yang ada memang happening. And thank you all for ur support and co operation.

Heartz u all! :))

p/s: lama tak update blog, sebab bila depan screen je mata mengantuk. otak beku dan idea terpendam. idea bergerak ketika saya sedang sidai kain atau masak di dapur. tapi masa tu tak boleh pegang keyboard. haishh.... :)


No comments