Semalam yang hilang


Published with Blogger-droid v2.0.4

Buka buka buku lama.. Selak selak.. Terjumpa gambar lama ni. Rindu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Teruskan Yang Betul, Betulkan yang Salah. Simple ?

Everyday is a struggle to be a better person, a better mother, a better wife, a better friend. To be ordinary, or simply go with the flow is sure an easy thing. Tapi kalau untuk berubah, Cukup cukup cukup susah. Setelah kita hidup dengan satu kebiasaan, untuk melakukan sesuatu dengan betul adalah satu perkara yang susah.



"Teruskan yang betul, betulkan yang salah" Simple je bunyi, Tapi susahnya...



Sedang usahakan. Banyak perkara yang nak dibetulkan. Dengan banyak kekangan dari segi kewangan, masa dan status - housewife. I was a middle range person, maksud saya, saya bertudung, tapi saya tidak menutup aurat dengan betul. Baju masih ketat, tudung belum labuh, seluar pun, hukhukhuk. Tapi siapa yang kisah tentang itu? Selama ini, hanya Mama yang tegur jika pakaian saya agak ketat dan menampakkan susuk tubuh, hanya Mama yang tegur kalau saya berlebih-lebihan. Kini, saya telah sedar tentang semua yang saya silap. Saya takut dan ingin berubah. Tapi berubah memerlukan modal DAN sokongan moral.



Sekarang kalau nak keluar jalan- Susahnya nak pilih baju. Sebab banyak yang tidak passed QC. Nak beli baju tutup aurat banyak-banyak, ongkosnya juga bukan sedikit.



Pakaian yang menutup aurat berbanding dengan yang tidak dan LAGI CANTIK, sangat jauh berbeza. I am not into any brand now, I'm just hoping dapat memakai pakaian yang elok dan menutup yang perlu di tutup. Oh belum. Bukan sampai berpurdah. Berpurdah itu indah, tapi jauhnya lagi saya ke situ. Nak menutup dada dan bentuk badan pun masih terkial-kial ni. Tak mahu dianggap budget bagus tapi apa yang harus kita lakukan bila dalam keadaan begini?

Saya juga takut. Takut pada diri sendiri. Untuk berubah kepada yang baik. Sebab saya tahu kelemahan saya. Itu sebab sedang slowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwly la sangat. Takut perasaan ini sementara saja. Takut hangat-hangat chicken shit. Takut sangat hati ini dipaling semua oleh Allah setelah Dia berikan hidayah. Astagfirullahal azim, kita kena bersangka baik pada Allah kan ? hmmm... Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya ...



Slowly Effa, Slowly, Insyallah Allah bersama mu...

Aurat Wanita Dalam Al-Quran dan Hadis


Bismillahirahmanirahim ...

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)


1. Bulu Kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.


3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).


4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)


5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).


6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).


7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).


8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).


9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).


10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).


11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).


12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

artikel : Iluvislam.com

Astagfirullahal azim, banyak juga dosa dan larangan yang telah saya lakukan. Semoga kita sama-sama berubah kepada kebaikan. Dunia dan kita semakin tua, bertaubatlah kita sebelum terlambat. Lebih banyak kita tahu, lebih banyak kita tidak tahu. Apakah kita makin panjang umur atau pendek? Mari kita sama-sama berubah walaupun sedikit demi sedikit kepada kebaikan. "Pokok yang tidak berkembang dan membesar ianya adalah - ? Mati. " Begitu juga dengan jiwa kita.


*** masih banyak perkara yang perlu dibereskan sebelum kita menutup mata. semoga kita sempat berubah kepada yang lebih baik.

Wallahualam..







A Great Job, Team!

 With my lovely sisters.

Our Team. Ada a few tak dpt datang :)

Hasil, garapan idea. Dari concept, dan
"pinjaman pinggan mangkuk" semua kerja berpasukan.
Oh, sampai the name tu pun atas pilihan bersama.

UMAI LOCAL SASHIMI SALAD

Just a short entry.


Apa yang penting ? - Kerjasama.
dan my team buktikan, kerjasama sangat penting dalam team work, dan bila kerjasama ada, semua perkara akan jadi "cantik". Macam kepingan-kepingan puzzle. Setiap kepingan walaupun kecil, adalah pelengkap kepingan-kepingan yang lain. Tidak ada isu, "you buat kerja sikit, I buat kerja banyak". Everyone ada part masing-masing. Dan Alhamdulillah, Segala Puji hanya padaNya, Dia beri saya kekuatan dan semangat dalam menempuh satu urusan demi satu urusan.


This is a personel thanks to each and everyone of my girls dalam Sport Team. Saya panggil girls, sebab mereka memang "semangat gadis", suci dan tulus dalam memberi kerjasama. Tidak ada hasut dan hasad. Semangat berpasukan yang tinggi dan tidak suka gaduh-gaduh. Karang Rock. :)


Saya rasa setiap unit menampilkan kerabu yang sedap-sedap. Semua sedap. Mungkin ini rezeki untuk AJK kami, semangat untuk kami sebab next week turn kami pula buat event.


Kasi kitorang happy dan good spirit untuk workout something good next week.
Hopefully.


p.s: Thank you for each one of you!

REUNION CLASS OF 1993. S.R.K St Anne. 7 APRIL 2013 (TBC)


REUNION CLASS OF 1993. S.R.K St Anne.

Kita mulakan dengan lagu sekolah dulu. Semua di minta berdiri ya...

"St Anne Nama Sekolah ku...
Tempat ku menimba ilmu...
murid-muridnya bersatu padu
dengan semangat ingin maju....

guru-gurunya berbilang bangsa
mendidik murid dengan jaya...

Setiap Usaha Jaya,
Di bincangkan bersama...
Mencapai cita muliaa...

St. Anne TETAP JAYA...."

Ulang dari mula.

.

Ok. Sudah nyanyi. Bagus sila duduk.

20 tahun sudah berlalu. PELBAGAI, macam-macam perkara sudah kita lalui dan tempuh. Dan akhirnya kita berhenti sebentar disini. Mengimbas memori lama yang sebenarnya ada dalam lipatan memori masing-masing. Samada kita ingat atau tidak terpulang pada kehendak kita samada kita nak flash back kan balik atau tidak. Kalau sudah tidak ingat tu, mungkin kita sudah terlalu lama lupakan dan memori tu sudah tersimpan dalammmmm dalam, sampaikan bila kita nak cari balik memori tu, processor bertindak lambat dan akhirnya kita menyalahkan, "Oh.. aku sudah tua, sudah lupa.".


Tentu. Ada diantara teman-teman yang sentiasa diingatan kita. Teman sehidup semati ketika itu - kalau saya mereka adalah, Juliana Awg Damit (sampaikan kalau nak ke tandas yang dihujungggggg kampung sekalipun, tetap akan bersama, sebab akan saling bantu membantu ambil air, hahaha), Maskhatijah dan Anna Hairani. Class mate yang terpopular Zena Yapp, Sri Melati Sroka, Trishant Bassy (yg akhirnya jadi sahabat karib saya ketika form 4), Phebe Pan Kin Oii, Subash, Lee Kim Leong, Musmardi, Fadzillah, Arthur, Dhiyauddin, Yong Siaw Yee, Wong Vui Voon - Mereka ni femes (di hati saya), samada sebab tercantik, terpandai, atlet, tersamseng, terbaik, terhebat atau, mereka pernah membuli saya. :). Saya dulu, budak lurus yang chengeng. Kan ?


Secara total, 2 kelas (6 merah dan 6 biru) ini ada 100 lebih pelajar. Satu kelas ada yang mencecah 52 pelajar.


Permainan yang femes ketika itu, Galah Panjang, Main tiang, Batu seremban. Saya memang bukan super femes, jadi selalunya jadi orang suruhan atau ikut-ikut saja. Kalau yang jadi taiko tu memang ada pengikut. Hehehe. Kelakarnya bila teringat saat-saat itu.


So, 7 April 2013 adalah satu tarikh keramat yang bakal ditunggu (oleh sesetengah dari kita), sebab pada hari itu, pasti banyak yang akan mahu kelihatan lebih henson, lebih cantik, lebih hot, lebih kaya, lebih hebat.Ehhhh....  pi rah mabuk. Eh. Jangan la emosi. hehehe. Kita berkumpul balik untuk bertanya khabar, berkongsi-memori yang sudah sama-sama kita lupakan. Saat itu adalah saat yang terindah. Walau siapa pun kita ketika itu, muka tak putih sebab tak pakai fair and lovely ke, bau sebab tak mandi pagi ke, gemuk gedempol atau slim macam tiang ke, cina ke, india ke, melayu ke, kita tetap MURID SRK ST ANNE. Kita tetap boleh main galah panjang sama-sama. Kita tetap kena buat homework sama-sama. Tiup rekorder sama-sama. And we was proud. And we still proud to be there right?  

"air mu mengalir,
dari gunung jauh di sana,
jernih dan sejuknya,
sungguh indah, dipandang mata...

***kau tetap mengalir,
walau apa, halangan tiba,
tak berhenti-henti,
hingga sampai.. di laut nanti...

masa juga, kan berlalu, tak menunggu kita...
gunakan lah sepenuhnya, jangan lah leka...

repeat ***"


Miss you all guys. Hope to see you all next year. Jika dipanjangkan umur, dimurahan rezeki, insyallah, aku akan datang untuk bertemu kalian semua. Tolong. Tolong jangan sombong, buli atau eksyen ye. :)


Salam ukhwah.

Norfaezah Bt. Mahat / Nor /
(Ustazah panggil sy masa tu Faezah, hehe)
Kelas: 6 biru
Guru Kelas : Cikgu Rita






   



Ini Entry Self-Motivating. Sekian.

Adleena ... eee...

Adik beradik

Adlia masa baby, rindunye..

Saya berkahwin pada 12 September 2003. Having Adleena was after 3 years of waiting. Having Adlia pula after 1 year 8 months of controlling birth. Adleena is born on 2006, and Adlia on 2009. Dan sekarang Adlia sudah berusia 3 tahun.


Sejujurnya, saya mengaku saya memang kurang "kesabaran" dengan anak-anak. Memang lelah menjaga mereka membuatkan saya selalu hilang kawalan. Saya bersyukur dikurniakan anak-anak yang petah bercakap, aktif dan riang gembira. Suka menyanyi, menari, fast learner. Pendek kata, memang anak-anak yang akan saya suka sangat masa saya tidak ada anak dulu. Hehehe. Tapi bila penat menguasai badan, kurang motivasi diri dan kurang ketenangan membuatkan saya selalu lupa bertapa BERUNTUNGnya saya memegang gelaran seorang "Mama".


Saya dan suami pernah berhasrat dan berkata, "cukuplah ni".


Tapi sekarang, bila 2-2 sudah pandai bermain sendiri, berlakon "chloe's closet" sendiri, tak kacau mama dan papa, terasa rindu pula saat-saat tidak ada masa sendiri tu. Adlia sudah tidak mahu dipeluk sangat, dia lebih suka bermain dengan kakak dan spend time independantly. Sekarang saya dan hsbd pula yang berebut-rebut nak peluk and bawa main dia. haishhh...


So, we know, it's time. It is the right time to have another baby. Sakit bersalin? I don't care, as long as I can kiss and hug another Effa Jr. or ZZ's Jr. Penat jaga anak? Tak apa lah, selagi muda, selagi mampu, selagi ada rezeki... I want i really want! Nanti Moody? Releks la, marah tu tanda sayang, dera tu tanda nak masuk jail. Heheheh... Nak lelaki la tu?  Tak kisah tentang gender. Tidak menjadi isu samada ia lelaki atau perempuan. As long as dia sihat dan sempurna seadanya.


Tak takut susah nak besarkan anak yang ramai ? Rezeki mereka sudah tertulis di Loh Mahfuz ketika mereka berusia 100 hari dalam rahim. Sudah ditentukan. Berkat usaha dan doa, pasti ada rezeki untuk mereka kelak di mana-mana. Paham Effa? :) Pahamm? Bagus...  Alhamdulillah....


Waiting the right time to check is betul-betul penyiksaan ...

Semoga Allah permudahkan jalan. Lambat atau cepat, akan ku tunggu. Kerana pasti ada rahmat dalam kesabaran.

Amin....

Gergasi, Tolong La Jujur Sikit.


Adik : Mama, adik nak barbie..
Mama :No no adik, dah beli barbie mermaid kan ...
Adik : Alaaaaaa....
Mama : Buku saja okay ?
Adik : okay...

Picture: Sambil menunggu giliran untuk bayar.


Hujung minggu untuk minggu lalu agak OKay, walaupun Encik HH sibuk dengan aktiviti dalam pengkalan. Sempat la juga menonton wayang Battleship yang sangat superb (kata kawan saya) - dan saya bersetuju dengan "superb" itu. Husband kata,"baru rasa semangat sikit jadi Navy...". Betul dalam benak hati saya. Sememangnya cerita-cerita perang berunsurkan Navy tak banyak, boleh dikira. Kebelakangan ni, saya dan husband, suka layan cerita perang atau action movie.

Dan sempat juga kami top up alatulis di rumah, untuk saya, husband dan anak anak. Beli buku kerja untuk anak-anak, se buku dua, color pencil, envelope, celotape, fail. Oh ye, saya ada beli hanger. Hanger ni macam penting sangat untuk rumah saya sebab kain yang sangat melambak dan berguni-guni (perumpamaan saja). Ia TIDAK BERTANDA HARGA, tapi ada tulis besar-besar RM8.99 untuk 20 hanger. Saya tidak sedar yang saya tertipu sendiri, grap saja. Bila sampai kaunter bayaran, RM15.99 pula harganya. Saya tanya pada cashier tu, "eh, kenapa harganya lain dari harga yang giant letak di sana?" Dia senyum je (nasib baik dia senyum), sambil jawab, "kalau kakak nak cancel, saya boleh panggil supervisor". Saya sudah beratur selama 20 minit, dan untuk menunggu lagi supervisor untuk datang dan cancel harga lagi, "tak apalah" ... tapi dalam hati terasa tertipu dek Gergasi.

Bukan berkira, kan ke bagus ada tanda harga yang betul. Even color pencil anak saya pun tidak bertanda harga. Mereka harapkan kod and kalau customer nak tau harga boleh scan di scan machine yang jauh gila. Nasib baik tak terambil color pencil LUNA 48 batang idaman Nana. Nak tahu harganya bila saya pegi check ? RM 62.90.

Naik gaji, tapi kehidupan tetap sama. Sedikit ringin, terima kasih. Tapi masih belum boleh bernafas lega. Untuk asas alhamdulillah. Jadi apa-apa pun, Alhamdulillah :)

Adlia and papa

<center>bonding time</center>


Published with Blogger-droid v2.0.4

5 Perkara ~

Tentang RUMAH SAYA

1. Perabot, almari jati bagai segala yang ada dalam rumah ni, bukan saya yang pilih. Semua atas urusan Encik HH.

2. Perkara yang paling tidak terurus dan tidak ter"coordinate" dengan baik adalah - KAIN.

3. Pemilik barangan yang terbanyak dirumah ini adalah Encik HH, dengan baju, kasut2, barangan komputer, berbagai-bagai lagi. Sebab dia tak suka membuang, dan saya macam pakcik DBKK, pantang nampak "sampah".

4. Mainan anak-anak ada 5 kotak. 2 dalam stor. 3 saja yang sedang bersepahan.

5. Langsir rumah saya belum pernah tukar sejak pindah ke sini :)


ahah! Banyak lagi fakta. Cukup 5 hari ini.

Selamat Berhari Minggu.

Brief Entry On Birthday Adik



Selamat Hari Lahir buat Adlia / Adik Mama. Happy 3th Birthday Sayang. Semoga jadi anak yang baik, anak yang solehah, anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

p.s : I love you
p.s.ii : pst.. adik nak "adik" tak ? - hehe pertanyaan nakal mama & papa :)


About Adlia's 3th Birthday

* birthday cake adik is Red Velvet - actually mama minta Ummi Onie Buatkan,
end up, Ummi Onie bagi present Kek tu, so - Free :)

* Kakak Adleena yang excited terlebih, sampai lukiskan gambar "cara" nak celebrate birthday Adik.
Sweeeeet like chocolate anak mama sorang ni.

* We celebrate on pagi 11th April, walaupun planing asal mlm 10th April. Sebab mama ada meeting bakat. Huhuhu.

* And malam 11th April juga tak boleh nak keluar makan, cos papa ada meeting juga. Haish...

End up, we celebrate lunch d upperstar. just the 4 of us.. :) Tapi mama n papa yang makan berabis...


We love you Adik!!!

The sunset.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Inside me, my intention, my doa.

Assalamualaikum ...
Baru-baru ni, saya ada buat bacaan yasin di rumah. Saja saja untuk memberi sedikit cahaya dalam rumah. Bukan bermodal besar, sekadar menjamu hadirin dengan sarapan pagi. itu pun kepada para surirumah yang tinggal. most of penghuni di sini, ramai juga isteri yang bekerja. tinggallah kami-kami yang sekerat. Seronok. bukan apa dapat berkumpul dengan kawan-kawan. Dapat baca Yasin bersama, berdoa bersama. Dapat sedekah makan dengan kawan-kawan. Dan yang paling saya lega, dapat meleraikan satu episod 'dingin' yang agak panjang dengan seorang jiran.


Ada hikmahnya. bukan untuk merasa diri ini baik atau apa, tapi syukur sangat di beri kekuatan untuk sms dia. dan alhamdulillah dia pun datang. walaupun tidak lagi berbual panjang atau bergurau macam dulu-dulu; apa yang berlaku sudah memadai. saya bukan berniat untuk berkawan baik seperti dulu. Tapi cukuplah tidak bermasam muka atau memalingkan wajah ketika bertemu. rasa kekok dan tidak selesa. the forgiveness is really not purposely for her, but it is actually meant for my own self.


Orang buat silap. Saya pun bukan betul mana. Apalah saya nak panjangkan cerita memandangkan dia adalah jiran. Pusing sana, pusing sini, majlis itu majlis ini, saya akan jumpa muka-muka yang sama. Tak selesa betul bila ada orang yang kita 'rasa' lain macam kan? Jadi sebab itu saya mulakan, kalau pun ia bermaksud saya lemah, kalah atau hipokrit, saya tidak mahu terus menerus menderita kerana selalu terasa negativiti dalam diri. Cuba bayangkan buka saja pintu sudah tentu nampak. Sadis.


Saya sekarang dah jadi mak orang. Sedang mendidik anak-anak supaya jadi anak yang baik, positif, berkawan dengan semua orang, jangan gaduh-gaduh, main baik-baik. Tapi saya pula tidak memberi contoh yang baik. Kan ke jadi ketam mengajar anaknya berjalan lurus? So this is just a start for a better things. Mengajar anak-anak melalui teladan. Semoga anak-anak saya lebih baik dari saya. Apa yang saya harapkan hanya balasan baik dan syurga dariNya. Saya tidak mengharap lebih dari itu.


Perlahan-lahan, saya ingin mengubah diri saya kepada yang lebih baik. Eh, buat apa nak berubah? "jadilah diri sendiri". Selalu sangat saya dengar begitu. Memang betul jadi diri sendiri adalah terbaik. Kalau diri sendiri itu adalah pemalas, pemarah, khianat orang, dan pembengis? - contoh la kan, takkan nak terus jadi diri sendiri? Hidup kita tiada yang sempurna, dan yang Maha Sempurna hanya Dia, tapi tidak salah untuk menjurus ke arah yang lebih baik. Isteri yang lebih baik dari hari ini, mak yang lebih baik, tidak marah-marah, tidak merungut dan lebih penyayang, anak yang sentiasa cuba membahagiakan orang tua.


Antara perkara yang sedang saya usahakan adalah, solat 5 waktu pada awal waktu. Walaupun agak sukar kerana banyak dugaan, mudah-mudahan saya berjaya. Pada awalnya semua ini adalah untuk anak-anak mendapat contoh yang baik, tapi setelah beberapa ketika, sebenarnya semua ini adalah untuk diri saya sendiri. Untuk saya jadi "diri saya sendiri". Menjadi Norfaezah. Menjadi Cahaya Yang menang.


Saya sedar, jalan di hadapan sangat berliku dan tiada short cut untuk perkara yang baik-baik. Untuk berubaha kepada yang lebih baik juga adalah sangat susah. Mata masyarakat menilai kita selama ini dan sudah menerima saya seadanya, pasti ada yang merasa kekok dan terasa "alamak.. budget baik la tu" .. heheheh.. tak apa, saya terima apa yang difikirkan dengan seadanya. Sebab saya pun sedar, saya tidak tahu dimana ending saya kelak. Mungkin ke kanan atau ke kiri?


Doakan saya dan keluarga saya semoga bertemu jalan hidup yang lebih tenang dan dirahmatiNya selalu. Semoga anda semua pun begitu. Amin...

Wasalam.