Gergasi, Tolong La Jujur Sikit.


Adik : Mama, adik nak barbie..
Mama :No no adik, dah beli barbie mermaid kan ...
Adik : Alaaaaaa....
Mama : Buku saja okay ?
Adik : okay...

Picture: Sambil menunggu giliran untuk bayar.


Hujung minggu untuk minggu lalu agak OKay, walaupun Encik HH sibuk dengan aktiviti dalam pengkalan. Sempat la juga menonton wayang Battleship yang sangat superb (kata kawan saya) - dan saya bersetuju dengan "superb" itu. Husband kata,"baru rasa semangat sikit jadi Navy...". Betul dalam benak hati saya. Sememangnya cerita-cerita perang berunsurkan Navy tak banyak, boleh dikira. Kebelakangan ni, saya dan husband, suka layan cerita perang atau action movie.

Dan sempat juga kami top up alatulis di rumah, untuk saya, husband dan anak anak. Beli buku kerja untuk anak-anak, se buku dua, color pencil, envelope, celotape, fail. Oh ye, saya ada beli hanger. Hanger ni macam penting sangat untuk rumah saya sebab kain yang sangat melambak dan berguni-guni (perumpamaan saja). Ia TIDAK BERTANDA HARGA, tapi ada tulis besar-besar RM8.99 untuk 20 hanger. Saya tidak sedar yang saya tertipu sendiri, grap saja. Bila sampai kaunter bayaran, RM15.99 pula harganya. Saya tanya pada cashier tu, "eh, kenapa harganya lain dari harga yang giant letak di sana?" Dia senyum je (nasib baik dia senyum), sambil jawab, "kalau kakak nak cancel, saya boleh panggil supervisor". Saya sudah beratur selama 20 minit, dan untuk menunggu lagi supervisor untuk datang dan cancel harga lagi, "tak apalah" ... tapi dalam hati terasa tertipu dek Gergasi.

Bukan berkira, kan ke bagus ada tanda harga yang betul. Even color pencil anak saya pun tidak bertanda harga. Mereka harapkan kod and kalau customer nak tau harga boleh scan di scan machine yang jauh gila. Nasib baik tak terambil color pencil LUNA 48 batang idaman Nana. Nak tahu harganya bila saya pegi check ? RM 62.90.

Naik gaji, tapi kehidupan tetap sama. Sedikit ringin, terima kasih. Tapi masih belum boleh bernafas lega. Untuk asas alhamdulillah. Jadi apa-apa pun, Alhamdulillah :)

4 comments

cheqna said...

memang marah..harga lain..cheqna pernah gaduh ngan supervisor mydin..harga tak sama di kaunter dengan harga di tempat barangan tu...
sib baik menang hahahaha

3uri@ni said...

Salam (^__^)

Kalau berbelanja kat gergasi, mmg nak kena cek harga kat mesin dia ataupun wajib semak resit lepas bayar, mmg selalu kiter terbayar lebih, sakit hati betul kan. Display harga lain, tp kena bayar harga lain.

Rozita said...

Kat kaunter cashier giant tu, ada tulis lebih kurang cam ni " kalau harga dipamerkan tidak sama dgn harga discan, pelanggan akan dapat harga terendah"...Tapi kena banyak songeh la...kena tunggu supervisor bagai...

Effahazizi Mamafaranzara said...

cheqna - syarikat yang besar2 memang macam ni kan...

suriani - kitorang mmg jarang beli kt giant.

1. queue panjang, kaunter di buat memang berderet, tapi 2-3 kaunter je ada cik cashier.

2. agak mahal berbanding supermarket tempatan.

3. barang basah, ikan, udang, ketam tak fresh...


Rozita,
tu la masalahnya. tidak memudahkan pelanggan berurusan. kita nak ke kedai bukan ada 1 hari utk lepak2 depan kaunter tunggu supervisor...