Inside me, my intention, my doa.

Assalamualaikum ...
Baru-baru ni, saya ada buat bacaan yasin di rumah. Saja saja untuk memberi sedikit cahaya dalam rumah. Bukan bermodal besar, sekadar menjamu hadirin dengan sarapan pagi. itu pun kepada para surirumah yang tinggal. most of penghuni di sini, ramai juga isteri yang bekerja. tinggallah kami-kami yang sekerat. Seronok. bukan apa dapat berkumpul dengan kawan-kawan. Dapat baca Yasin bersama, berdoa bersama. Dapat sedekah makan dengan kawan-kawan. Dan yang paling saya lega, dapat meleraikan satu episod 'dingin' yang agak panjang dengan seorang jiran.


Ada hikmahnya. bukan untuk merasa diri ini baik atau apa, tapi syukur sangat di beri kekuatan untuk sms dia. dan alhamdulillah dia pun datang. walaupun tidak lagi berbual panjang atau bergurau macam dulu-dulu; apa yang berlaku sudah memadai. saya bukan berniat untuk berkawan baik seperti dulu. Tapi cukuplah tidak bermasam muka atau memalingkan wajah ketika bertemu. rasa kekok dan tidak selesa. the forgiveness is really not purposely for her, but it is actually meant for my own self.


Orang buat silap. Saya pun bukan betul mana. Apalah saya nak panjangkan cerita memandangkan dia adalah jiran. Pusing sana, pusing sini, majlis itu majlis ini, saya akan jumpa muka-muka yang sama. Tak selesa betul bila ada orang yang kita 'rasa' lain macam kan? Jadi sebab itu saya mulakan, kalau pun ia bermaksud saya lemah, kalah atau hipokrit, saya tidak mahu terus menerus menderita kerana selalu terasa negativiti dalam diri. Cuba bayangkan buka saja pintu sudah tentu nampak. Sadis.


Saya sekarang dah jadi mak orang. Sedang mendidik anak-anak supaya jadi anak yang baik, positif, berkawan dengan semua orang, jangan gaduh-gaduh, main baik-baik. Tapi saya pula tidak memberi contoh yang baik. Kan ke jadi ketam mengajar anaknya berjalan lurus? So this is just a start for a better things. Mengajar anak-anak melalui teladan. Semoga anak-anak saya lebih baik dari saya. Apa yang saya harapkan hanya balasan baik dan syurga dariNya. Saya tidak mengharap lebih dari itu.


Perlahan-lahan, saya ingin mengubah diri saya kepada yang lebih baik. Eh, buat apa nak berubah? "jadilah diri sendiri". Selalu sangat saya dengar begitu. Memang betul jadi diri sendiri adalah terbaik. Kalau diri sendiri itu adalah pemalas, pemarah, khianat orang, dan pembengis? - contoh la kan, takkan nak terus jadi diri sendiri? Hidup kita tiada yang sempurna, dan yang Maha Sempurna hanya Dia, tapi tidak salah untuk menjurus ke arah yang lebih baik. Isteri yang lebih baik dari hari ini, mak yang lebih baik, tidak marah-marah, tidak merungut dan lebih penyayang, anak yang sentiasa cuba membahagiakan orang tua.


Antara perkara yang sedang saya usahakan adalah, solat 5 waktu pada awal waktu. Walaupun agak sukar kerana banyak dugaan, mudah-mudahan saya berjaya. Pada awalnya semua ini adalah untuk anak-anak mendapat contoh yang baik, tapi setelah beberapa ketika, sebenarnya semua ini adalah untuk diri saya sendiri. Untuk saya jadi "diri saya sendiri". Menjadi Norfaezah. Menjadi Cahaya Yang menang.


Saya sedar, jalan di hadapan sangat berliku dan tiada short cut untuk perkara yang baik-baik. Untuk berubaha kepada yang lebih baik juga adalah sangat susah. Mata masyarakat menilai kita selama ini dan sudah menerima saya seadanya, pasti ada yang merasa kekok dan terasa "alamak.. budget baik la tu" .. heheheh.. tak apa, saya terima apa yang difikirkan dengan seadanya. Sebab saya pun sedar, saya tidak tahu dimana ending saya kelak. Mungkin ke kanan atau ke kiri?


Doakan saya dan keluarga saya semoga bertemu jalan hidup yang lebih tenang dan dirahmatiNya selalu. Semoga anda semua pun begitu. Amin...

Wasalam.

No comments