Takut tapi mahu

Spending time with the kids. Budak2 agak takut dgn air. Tapi saya tengok2 and watch out. Takut tapi mahu. I give them time to comfort them self. Nak paksa kang jd trauma dgn air.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tips Untuk Berubah - Bertudung

 Surah Al-Ahzab, Ayat 59 Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ  
غَفُوراً رَّحِيماً

 “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya (bermaksud: baju gaun yang labuh, yang menutup kepala, muka dan dada) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Ada sahabat berkongsi masalah dengan saya, masalah berkaitan tudung. Belum bersedia. Tidak mahu bertudung kerana manusia. Dan biarlah bertudung kerana Allah Taala.

Pada akal, dan pada realitinya ramai yang bertudung, tapi perangai serupa tidak bertudung, mengumpat dan menyakitkan hati orang, mengadu domba, merokok dan macam-macam lagi. Tapi saya ada mendengar seorang pemanggil di siaran IKIM FM ketika Prof Dr Muhaya menyampaikan kupasan mengenai ini;

"Tudung adalah syariah, agama menuntut untuk kita menyempurnakan pakaian, manakala perangai itu adalah akhlaknya. Jangan salahkan tudung kerana perangai yang tidak betul".

Sebaiknya, baik pakaian, baik pula perangai. Itulah sebabnya bila kita melihat cermin, ada doa yang baik untuk baca,


"اللّهُمَّ كَمَا حَسَّنْْْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِي
“Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku , maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik”.

Saya sendiri bukan seorang yang baik sangat. Banyak lagi ni nak diusahakan. Tapi marilah kita sama-sama "Buat yang betul, dan betulkan yang salah".


Tiada persediaan khas untuk bertudung, mungkin ada sedikit tips dari saya yang sekarang baru belajar untuk membetulkan diri.

1. Berkawan dengan orang yang baik-baik yang dapat membantu kita dalam perubahan diri kita. Bukan senang untuk cari "mereka" ni, tapi banyak-banyak berdoa pada Allah Taala, di kuatkan semangat untuk berubah dan semoga Allah Taala memberi hidayah dan petunjuk.

2. Kalau belum bersedia, apa kata, beli la tudung sedikit demi sedikit.

3. Mula pakai di majlis rasmi. Lama kelamaan, perasaan biasa tu akan datang.

4. Beli majalah muslimah, dan lihat fesyen2 bertudung, dan cuba yang sesuai dengan diri sendiri.

Sebaik-baiknya, berubah terus untuk Allah Taala, pedulikan apa orang lain nak kata. Tapi kalau belum lagi, cuba la tips di atas, mana tahu Allah permudahkan jalan kita untuk mencapai ketinggian dunia dan akhirat. Ingat Iman tak dapat di warisi, tapi pekerti yang baik itu jadi tontonan, contoh dan ikutan kepada anak-anak kita.


Wallahualam.





Wordless Wednesday

Random #outing just me and the kids.

Sepanjang saya tinggal di sini (sini means di dalam pengkalan ini), bersama suami, dan kehidupan berumahtangga, saya tidak pernah lagi drive-out and marketing sendiri. Selalunya dengan z, atau saya akan calling-calling kawan-kawan yang ada urusan juga di luar untuk pergi bersama. Yes i did call a friend, tapi dia tak available, tapi hey, why not keluar just dengan anak-anak. Outing bersama sendiri without z? Sounds great! :)


So, saya pun terkedek-kedek dengan anak-anak nak beli ayam nak masak ayam masak kicap hari ni. SMS suami bagitau dia kita nak keluar, walaupun at first dia hesitate, i said, "yang, please trust me, saya boleh la keluar without anybody accompany. I don't want to attach and susahkan orang lain anymore". And akhirnya dia kata," okaylah but be very careful". Aduh. Super worry betul my husband kan. =)


Everything went well. OKay je. I just keep telling myself, everything is okay.


Anak gadis sedang memilih barang.


Budak-budak pun okay lah, tak meragam. Bising? macam biasalah, mana boleh tak bising dalam kereta, kalau tak bergaduh, menyanyi. Hehehe...


At least i have one more reason to chicken dance kan ? At least this teach me to depend to my own self. "i decided long ago never to walk in anyone shadow, if i failed, if i succeed, at least i live as i believe ...." tiba-tiba suara whitney houston jadi soundtrack di qalbu plak. hehehe...


And i did some shopping belikan hadiah untuk anak jiran yang birthday. 3 orang sekaligus. Bestnya dengan ada 3 orang anak. Oh not forgetting, dalam perutnya yang ke 4. Mentalness tul rasa di hati. Ergh... bila nak tambah ni...(baru try nak conceive bulan ke2 dan mengomel) ishk, bersyukur sekarang!! - Alhamdulillah..... ada hikmahnya, Allah Maha Mengetahui, kalau ada rezeki tak kemana.

kannnn? :)

Short Visit To USS MAKIN ISLAND


Dari jauh
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
Tadaaa....
I' m on board!


Bergambar dengan Comanding Officer (eh, comanding officer ke? stands for CO). Kira Pakcik ni lah yang bawa kapal besar tu .. Yg baju putih tu. :)



"If you can't Bite, Then You Can't Fight". Yes the word FIGHT sudah tertutup. :)


Posing Di Runway kapal USS MAKIN ISLAND




From the left : Liyana, Kak Yani, "american girl from ohio" saya tak tau nama dia, nampak kt tag tapi tak reti nak sebut haha, Datin Nor Aisyah and ehem Yours Truly, Me. :)



Memang rezeki. Alhamdulillah. In my life, as a housewife, tak keje, takde ape-ape kan, everytime dapat rare opportunity macam ni, memang berkata di hati, Alhamdulillah. Tak pernah terfikir untuk melawat kapal yang sangat besar ini. Memang sangat besar. Macam Super Carrier. Cuma "slightly" je pendek skit.


Sebenarnya tidak ada acara melawat kapal ni secara terbuka. Kebetulan Datin Nor Aisyah nak melawat kapal ni, dan dia nak ada teman. Jadi, SU hantar SMS untuk sesiapa yang berminat. Sekalinya, hanya 2 orang je yang boleh teman kan Datin. Liyana ni anak Datin :). So, saya dan kak Yani la yang tak lepaskan peluang itu :) haish macam selfish je bunyinya. Tidak berebut ye, dipanggil dan follow je. Kak Yani adalah isteri CO kapal KD Kedah. Salah satu kapal dalam naungan Mawilla2.


USS MAKIN ISLAND, kapal yang jadi sokongan dan rescue untuk masa-masa perang atau darurat contohnya Tsunami. Kapal ni ada hospital yang besar dan penuh dengan kelengkapan. Ada 6 operation room. Ada bilik ward dan ICU. Ada klinik gigi. ( yang ada logo "if you can't bite, then you can't fight" hehe... ). Kapal ni tidak mewah, tapi memang penuh dengan semangat. Sebab kapal ni kapal operasi. Bukan kapal mainan atau jalan-jalan. Berpangkalan di San Diego, California. Dan mereka on the back to their home (inshallah), setelah on operation selama 7 bulan. Woohoo... "im coming home.. im coming home.. tell the world im coming home.." siap ada soundtrack dalam hati mereka kan...


and the girl from ohio itu, tourist guide kami, umur 24 tahun, she said,"i miss home... i miss my momma".... saya hampir menitiskan air mata. Tapi buat-buat cool and senyum saja.


This kind of thing brings colors to my life. Tidak penting, cuma sedikit warna. Kadang warna nya cantik, kadang ia hitam, kadang merah. Darah. Sakit. Eh... :)



Random #small thing that i love.



Saya memang suka baca buku terutama novel inggeris ketika waktu lapang. Tapi, saya tidak ada banyak masa untuk itu. Dan saya ada 2 novel tertunggak. Nafsu ketika berada di Popular atau Times Book Store memang tidak terkawal, akhirnya akan "minta nyawa" pada suami. Bila sampai rumah, "nafsu" itu sudah hilang. Tinggallah buku itu tidak bersentuh. Ahaks. Ayat agak keterlaluan. Minta maaf :)




Dan, saya suka masak untuk anak-anak, layan mereka dan bermain dengan mereka. Suka. Tapi saya tidak punya banyak masa. Lagi. Ada masa Nana minta saya painting dengan dia. Kesian kan. Anak minta masa dari saya, tapi saya selalu menolak. 


Oh ye, saya akhirnya punya sikit masa untuk itu sekarang...


Dan ini hasilnya ... :) Perasaannya, sangat best.





Masalahnya adalah diri. Terlalu banyak memikirkan tentang yang diluar dari kawalan dan kawasan. Padan muka? Yes. I agree. Padan muka I. :)


Masalahnya jangan dibincangkan, penyelesaian pun saya belum cari. Tapi sudah nampak hikmah. Saya ingin berubah. Masih. Semangat masih disitu Alhamdulillah. Mungkin Allah tutup satu perkara untuk saya lebih kepada satu perkara lain. Supaya benda-benda kecil dalam hidup saya yang membahagiakan saya - diperhatikan LEBIH.


Lebih lagi. Insyallah.





Random Jer





USS MAKIN ISLAND



Kapal dari US datang bertandang lagi. Tapi kali ni memang Super besar. Kalau nak banding dengan kapal-kapal Malaysia memang - tak boleh cakap lah. Sangat Besar.


Kalau dari luar pengkalan pun boleh nampak, macam kat gambar atas sekali.  Kapal ni jenis - LHD. Landing Helicopter Dock. Eh. Macam mahir je. Husband la yang minat. Saya suka tengok je. :)


Jadi bini tentera ni, ni la yang bestnya pun. Tengok kapal perang. Kepada yang belum kawin, cari le ye yang seragam putih. Tapi pastikan perut nya tidak buncit. Yang buncit kebanyakan sudah berkahwin. Hehehe...



Bila Alia Sakit, Nana Dapat Cuti :)



Beberapa hari Alia asyik beragam. Bila check-check suhu badan, agak panas. Jadi, saya cuma beri dia makan ubat paracetamol.


Tapi, masih juga tak kebah. Masih meragam lagi.


Sabtu, seperti biasa saya dan suami akan sibuk hantar Nana ke kelas tambahan dan kemudian ke pasar besar untuk beli stok seminggu. Tapi kali ni kami melencong ke Klinik, bawa adik. Di klinik, Dokter June kata Alia sudah kena HFM - (Hand, Foot and Mouth). This is not the first time saya berdepan dengan virus ni, Nana masa berusia lebih kurang Alia pun pernah kena juga.


So, panic ada kurang sikit.


Sian Alia, sepanjang jalan dalam kereta, memang offer dia macam-macam, mcd? kfc? semua tolak. aiskrim je dia nak. Tu pun makan sikit sangat. Saya start panic.


Balik rumah, terus masak bubur ayam. Mandikan dia dan uruskan kan dia, bagi dia makan, Alhamdulillah, 2 pinggan. Walaupun makan dengan perlahan. Cuma sekarang dia kurang nak minum susu, mungkin kalau nak hisap susu, ulcer tu sakit. Mulut dia banyak ulcer.


Sebelum ni, kalau sakit, Alia tidak susah nak diuruskan. Kalau dia sakit, dia susah nak makan ubat, tapi dia takkan tolak susu dan makanan. Tapi kali ni, i think mesti dia susut skit.


Hari ni, Mama extra work. Kena cuci mainan and kain cadar segala untuk pastikan virus yang tersebar tidak merebak pada kakak. Oh tapi, kakak dapat cuti seminggu, sebab Doktor June kata, takut Kakak infected and bring to other kids.


Cepat sembuh ye anak mama... :)



Random #2 Anak-anak perlukan ibunya.


Nak buat speechless friday tak aci kan. Jadi, layan sajalah repekan pagi-pagi saya ni.


The moment saya sedang berada depan pc ni, telinga saya macam antenna sedang mendengar kisah seorang ibu mendera dan memukul anak berusia 10 bulan. Perakam clip tersebut tidak mengaku bersubahat kerana dia mendakwa, dia merakam untuk diserahkan kepada pihak polis. Dia juga sudah tidak tahan melihat bayi yang tidak berdosa itu terus menerus didera begitu. Menurut si perakam clip itu, Ibu tersebut tertekan dengan tekanan hidup, and the little baby pula jadi mangsa.


Di mana silapnya? I do not know. Frankly, saya simpati pada keluarga begini, and to judge them, saya rasa tidak adil sama sekali. We do not know apa yang dialami oleh ibu tersebut. Yes dia bersalah kerana memukul anak sampai begitu sekali, tapi kalau kita hukum dia and "kasi mati" sekalipun, siapa yang rugi ? Anak kecil itu yang rugi. Sebaiknya, ibu tersebut diajak kepada kebaikan, di ajar cara sebenar untuk tangani tekanan. Bukan kita beri lagi tekanan. Nanti sapa nak jaga anak kecil tu kan? Walaupun ada orang nak jaga, sebaik-baiknya ibunya sendiri yang membesarkan anaknya dengan kasih sayang.


Kita kena ingat, tidak semua orang melalui kehidupan seindah yang kita rasa. Dan setiap orang ada bahagiannya masing-masing.


Kalau orang salah, kita cuba bentuk, selagi bayi/anak itu masih bernyawa, selagi itu dia memerlukan -Ibu kandungnya.


Semoga Ibu kandung bayi tersebut insaf dan terbit rasa kasih dan sayang dalam dirinya.

Amin...


ps: 2 orang anak dara saya sudah pandai posing. Hee.


Bersamamu; Amir Dan Imran ~


Kalau kawan-kawan ada menonton tv3 bersamamu (edisi 9 mei), which is last night. I am proud to say that this is one of my cousin. Abang Mazlan Mamat. We relate by our father, both our late father is siblings.


Kalau melihat penderitaan anak-anak mereka Amir dan Imran, memang tak sanggup kita memikirkannya. Berat mata melihat, berat lagi bahu yang memikul. Tapi percayalah, kasih ibu dan bapa memang tidak ada galang gantinya.


When they was a little boy, Amir dan Imran masih mudah di jaga, dan penyakitnya tidak sehebat ini. Imran (adik), boleh bangun sendiri dan rebah, manakala Amir memang sedari kecil, tidak mampu berdiri sendiri.


Kebetulan, siaran bersamamu minggu ini adalah hari ibu kan? Bila melihat kak nab, melihat kecekalan, kasih sayang, kehidupan yang dilaluinya selama hampir 2 dekad, Saya malu nak sambut hari ibu... sebab saya rasa kak nab adalah contoh ibu yang sebenar. Menerima anak-anaknya seadanya, redha dan cekal dan tabah."Ya Allah, sungguh saya kagum dengan kekuatan hatinya yang telah kau berikan. Berikan lah ketabahan dan kau berilah lagi kekuatan itu padanya."


Pada yang berminat untuk menyalurkan bantuan dari segi kewangan, bolehlah berhubung dengan mereka pada:

Mazlan b. Mamat,
No Akaun BSN :0510041000215792 (giro-i)

atau bolehlah menghantarkan bantuan pada alamat,


1658 Jln RJ 2/7,
Fasa 2,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban.

 Tel: 012-6117260 

-sepanjang saya mengenali Abang Lan, dia sgt pemurah. Dia dulu adalah askar melayu. Kalau dia ke Labuan dia mesti belikan saya apa yang saya mahu. Kalau tidak berkesempatan, dia pasti kirimkan duit melalui pos berdaftar. Saya masuk Universiti, Abang Lan, hadiahkan saya jam elektronik ber-alarm dan beradio. Saya masih simpan. Saya masih pakai. Saya mendengar IKIM setiap hari melalui jam radio itu. Terima kasih Abang Lan-


Mungkin saya bukan jutawan yang mampu memberi duit yang diperlukan. Saya juga bukan Tuhan untuk mencaturkan sesuatu yang berlainan untuk membalas kebaikan,  Tapi saya sentiasa berdoa semoga Allah S.W.T memberi kekuatan kepada mereka sekeluarga. Dimurahkan rezeki. "Semoga Allah juga memberkati rezeki dan usaha saya untuk membantu mereka. Buka pintu rezeki saya untuk saya salur pada mereka Ya Allah. Amin amin amin Ya Rabbal Alamin.... "


Jauh di sudut hati..

(mood: poyo, kalau baca tak fhm diatas kerugian sendiri)

Assalamualaikum ...


terindah. 

Macam-macam berlegar dalam fikiran. Tapi susahnya nak dikeluarkan dari benak ni. Nak menyusun kata-kata supaya kalau dibaca tidak teruk sangat bunyinya. Banyak hati nak dijaga, kadang terfikir why should i shout all this crap in my lovely blog. Sian blog. Menanggung rasa yang tidak pernah puas. Tidak redha. Tidak pasrah dengan apa yang berlaku dalam hidup ini.


#berat bunyinya.


Memang berat. Melibatkan kenangan yang terlalu indah untuk dilepaskan. Melibatkan masa depan yang terlalu samar untuk tafsir. Melibatkan hati orang-orang yang sangat penting dalam hidup. Mereka yang menjadi tulang belakang jatuh dan bangunnya kehidupan lalu. Mereka yang menjadikan hari ku hari ini hari-hari yang membahagiakan.


Suami kata saya terlalu beremosi. Terlalu hidup dalam hidup lampau yang "tak guna disesalkan". Sebab sifatnya kehidupan bukan semua dalam ketentuan dan pilihan kita sendiri.


Ada ketika (most of ketika), we just have to accept without understand. Tapi untuk menerima tanpa memahami kenapa ia terjadi, bukan senang. Untuk redha dan sedapkan rasa, "semua berlaku ada hikmahnya". RahsiaNya, siapa pun tidak tahu. Dia Maha Teliti dalam perancangan. Ya Allah, jangan biarkan aku yang menentukan hidupku ini.. Kau jagalah aku dan keluargaku dan jalan biarkan kami sedetik pun sendiri menghadapi hari hari ini..."


Bila kita melihat seseorang tu, jangan kita menilai atau menghakimi dirinya. Mungkin kita kenal dia baru setahun atau dua, tapi dirinya sudah terbentuk sejak lahir lagi. Siapa ibunya, ayahnya, adik beradiknya, kawan-kawannya, guru-guru nya, kehidupan lamanya adalah "dia" yang kamu lihat hari ini. Mungkin sudah berubah, tapi cara dia berfikir akan tetap terpengaruh dengan apa yang dia lalui selama hidupnya sebelum kamu kenali dia...



Teringin - Versi saya

Sesekali ku terasa teringin
melewati hati mu dingin
mendengar keluh resah
semenjak kau kehilangan nya

tiap kali ku cuba hampiri
makin deras degup jantung ini
di ranjang ruang kian sepi
ku sendiri

sesunggunya tewas menghadapi
malah ku akui sepi menghantui
paling tidak , berilah peluang ku berterus terang

ada kala ku rasa teringin bermesra dengan mu
bagai waktu dulu
tapi bilakah semua ini akan jadi pasti
bukan lagi mimpi

kasihani diriku...

aku adik ipar dengan airmata
bukan untuk meminta simpati
sekadar melepaskan rasa hati.

--


Random #1 - Stalker

Finally, I make up my mind, change the url for my beloved blog. I have a very serious stalker which i hate to call her friend. Stalking all this while, kendian telling me not do to this and not to write that. Hmm.. apa masalah dengan orang ini ? Apa yang saya tulis semestinya tidak ada kena mengena dengan sesiapa, since, now, saya tidak lagi menulis tentang perasaan peribadi di FB atau di Twitter. So, blog is the only place that i call "private".


Tapi tidaklah membuta tuli menulis perkara peribadi yang mengaibkan diri atau orang lain. Sekadar perkongsian biasa. Tapi masih juga di "hakimi". Ergh.


Susahnya nak mencapai kepuasan hati orang. Betul kata bijak pandai, kalau mencari kepuasan hati orang pasti akan merana. Obviously, tiada yang akan berpuas hati.

Tapi.

Saya terima teguran itu, dan inilah hasilnya, tadaaaa... (kecuali dia pandai nak p google blog ni lah kan). Haishhhh... Memang ralat sebab regular readers, eh, hehe, ada ke regular reader, mesti akan hilang punca kemana perginya saya. Saya tidak kemana-mana, bersembunyi skit saja ni. Kalau ada yang masih celik, pasti akan nampak saya ada disini.


*senyum sendiri*.


Saya tidak kemaruk follower, jadi kurang pengunjung tidak menjadi masalah. Malah mungkin ia akan memberi saya lebih ruang untuk menulis dengan lebih ikhlas dan terbuka tentang hari-hari yang saya lalui.


suka, suka, suka.


Recently, aktiviti kat sini terlalu pack. Rasa macam nak lari ke kaki gunung kinabalu and froze to death di situ. Letihnya melayan segala-galanya. Antara perkara yang best sekarang, hang around di rumah dengan zz and anak-anak. We just love to stay at home sekarang. Baca Quran bersama-sama, tengok movie back to back sama-sama. Heaven :)


Kak janna, nonie and a few others, ill contact them to tell the new url. I love to share with them. Sebab terasa mereka suka bila saya suka , walaupun mereka kawan jauh. :)