Bila Alia Sakit, Nana Dapat Cuti :)



Beberapa hari Alia asyik beragam. Bila check-check suhu badan, agak panas. Jadi, saya cuma beri dia makan ubat paracetamol.


Tapi, masih juga tak kebah. Masih meragam lagi.


Sabtu, seperti biasa saya dan suami akan sibuk hantar Nana ke kelas tambahan dan kemudian ke pasar besar untuk beli stok seminggu. Tapi kali ni kami melencong ke Klinik, bawa adik. Di klinik, Dokter June kata Alia sudah kena HFM - (Hand, Foot and Mouth). This is not the first time saya berdepan dengan virus ni, Nana masa berusia lebih kurang Alia pun pernah kena juga.


So, panic ada kurang sikit.


Sian Alia, sepanjang jalan dalam kereta, memang offer dia macam-macam, mcd? kfc? semua tolak. aiskrim je dia nak. Tu pun makan sikit sangat. Saya start panic.


Balik rumah, terus masak bubur ayam. Mandikan dia dan uruskan kan dia, bagi dia makan, Alhamdulillah, 2 pinggan. Walaupun makan dengan perlahan. Cuma sekarang dia kurang nak minum susu, mungkin kalau nak hisap susu, ulcer tu sakit. Mulut dia banyak ulcer.


Sebelum ni, kalau sakit, Alia tidak susah nak diuruskan. Kalau dia sakit, dia susah nak makan ubat, tapi dia takkan tolak susu dan makanan. Tapi kali ni, i think mesti dia susut skit.


Hari ni, Mama extra work. Kena cuci mainan and kain cadar segala untuk pastikan virus yang tersebar tidak merebak pada kakak. Oh tapi, kakak dapat cuti seminggu, sebab Doktor June kata, takut Kakak infected and bring to other kids.


Cepat sembuh ye anak mama... :)



No comments