Random #2 Anak-anak perlukan ibunya.


Nak buat speechless friday tak aci kan. Jadi, layan sajalah repekan pagi-pagi saya ni.


The moment saya sedang berada depan pc ni, telinga saya macam antenna sedang mendengar kisah seorang ibu mendera dan memukul anak berusia 10 bulan. Perakam clip tersebut tidak mengaku bersubahat kerana dia mendakwa, dia merakam untuk diserahkan kepada pihak polis. Dia juga sudah tidak tahan melihat bayi yang tidak berdosa itu terus menerus didera begitu. Menurut si perakam clip itu, Ibu tersebut tertekan dengan tekanan hidup, and the little baby pula jadi mangsa.


Di mana silapnya? I do not know. Frankly, saya simpati pada keluarga begini, and to judge them, saya rasa tidak adil sama sekali. We do not know apa yang dialami oleh ibu tersebut. Yes dia bersalah kerana memukul anak sampai begitu sekali, tapi kalau kita hukum dia and "kasi mati" sekalipun, siapa yang rugi ? Anak kecil itu yang rugi. Sebaiknya, ibu tersebut diajak kepada kebaikan, di ajar cara sebenar untuk tangani tekanan. Bukan kita beri lagi tekanan. Nanti sapa nak jaga anak kecil tu kan? Walaupun ada orang nak jaga, sebaik-baiknya ibunya sendiri yang membesarkan anaknya dengan kasih sayang.


Kita kena ingat, tidak semua orang melalui kehidupan seindah yang kita rasa. Dan setiap orang ada bahagiannya masing-masing.


Kalau orang salah, kita cuba bentuk, selagi bayi/anak itu masih bernyawa, selagi itu dia memerlukan -Ibu kandungnya.


Semoga Ibu kandung bayi tersebut insaf dan terbit rasa kasih dan sayang dalam dirinya.

Amin...


ps: 2 orang anak dara saya sudah pandai posing. Hee.


No comments