Cerita Di Pagi Buta

4.26 pagi

Sangat rare saya bangung pagi buta untuk update blog. Tak tau tiba tiba terbangun, perut rasa sakit nak ke toilet. Ni akibat makan banyak sangat la kot. Semalam birthday boy nak makan Yong Tau Foo .. well Yong Tau Foo it is.


Alia makan satay and Nana makan mee sup. Dia dah terlalu rindukan soto di KK. Orang sabah, kalau tak hantu soto memang tak sah. (hehe ntah² kami ke kot macam ni). Mungkin juga sebab waktu mengandungkan 2 budak ni, mama dia gila makan soto. 




Saja je tepek gambar anak² mandi swimming pool tadi petang. Aktiviti petang kami di sini petang² ialah mandi swimming pool. Maknye tak lah berendam serupa badak sumbu nanti, hahaha, tak senonoh je rasa. Temankan anak² je. Sambil² berehat baca buku ala² mat salleh kan... hahaha budget caucasion sebentar .. hehehe... 


Walaupun duduk berehat di tempat yang tenang lagi jauh dari keletihan, hati ni sentiasa juga merasa sesuatu. haish .. memang kena bercuti lebih jauh nampaknya. Rasanya kena bercuti ala² london ke.. umrah lagi bagus.. hahaha.. nak balik kampung pun berfikir 10 kali, nak pegi london...? berangan ... hehe..


Oklah, tengok bola lagi baik dari dok berangan. Tapi kesal sungguh tengok Germany ni. Dengan Italy pun leh kalah. Nak Ballack masuk padang jugak nampaknya. Ops thats it... Italy vs Spain lak lepas ni. Go Spain Go la pulak lepas ni... hehe.. dah dah.. aku nak stop dah ni... Selamat pagi semuaaaaaaa.............

28 Jun § Happy birthday dear!!!


Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to hubby...
Happy birthday to you...

Comel kan budak kecik kat atas ni? Akhirnya, dapat detect juga muka Alia iras siapa .. hehehe.. patutlah 'lasak semacam' hehehe.. (bab bab lasak .. ikut hubby la kan) hahaha ...

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan.. Terima kasih atas kasih sayang buat kami semua ;)


Nana lukis untuk hubby ;) 

Orient Star

Hari ni baru ada mood nak cerita tentang Hotel Orient Star - tempat bertapa nya diri ini selama hubby ada kerja di Lumut, Perak. Sebenarnya, saya yang beriya iya nak stay tempat ni. Memandang ini je hotel yang aku tau ada swimming pool dan ada good view dan balkoni, bini zz ni memang lebih lebih skit. hehe. bukan apa, seharian duk bilik, kalau bilik hotel tingkap seciput, takde kolam renang, boleh jadi submariner makcik ni ha, tak nampak matahari berjam-jam. Keluar berjalan2 di bandar Lumut, jangan harap, confirm husband tak bagi punya.


Kenapa hubby tak suka nak stay hotel ni, walaupun sebenarnya dia tak pernah tinggal atau experience sendiri service hotel ni? sebab dia kata hotel ni skema :)


Sebenarnya sebab kat sini ramai bos-bos dia tinggal. Jadi rasa kurang selesa la dia bila berada di sini. Kena pakai pun skema la skit. Takut-takut terserempak dengan bos, tak tegur kang, susah kan... hehehe..


Walaupun hotel ni hotel lama, tidak diperbaharui lagi, memang kalau tengok tak berkualiti. Tapi memang salute dengan pekerja hotel di sini. Dari housekeeping ke pekerja coffee house, memang sangat bersopan santun dan good pr. Kalau hotel cantik, facilities banyak tapi kalau pekerja front desk pun muka masam apa cerita? The last time kami ke Lumut, kami stay di Hotel Valley View, Teluk Batik. Hotel baru, tapi pekerja memang sombong.(kalau lawa tak apa lah kan) hehehe. Tambah muka masam, lagi muka nampak 1 macam... haish..


So far hotel ni okay, maksud saya hotel Orient Star ni. Cuma kalau ada budget mungkin boleh renovate dan naik tarafkan bilik-bilik nya. Sebab pekerja memang sudah ok ;)

§ note : makanan buffet sarapan free agak limited.. tapi oklah utk harga, dan service yang mereka bagi... mungkin lunch n dinner ok kot.. sy tak try pun... ;)


Bebel random

Oleh kerana tidak masak, tidak mencuci kain, tidak berjalan-jalan, tidak buat apa apa,
saya bersiaran 2 kali hari ini, secara eksklusif ko... hahahha... mentang-mentang wifi free.. 


Tadi leka leka blogwalking, tetiba ingat ada coupon breakfast kat coffee house kat bawah. Bukan apa, kang tetiba anak anak lapar kang... sapa yg carba marba? saya juga kan? jadi haruslah kelam kabut mandikan anak-anak bawa mereka breakfast. Walaupun derang makan sangat sikit kerana makanan pun, asalkan ada makanan je kelihatannya kat hotel ni. haish ... Kalau bukan sebab swimming pool, rela kot tinggal kt hotel yg banyak kat Lumut ni. Tapi memang susah nak cari hotel yang berkenan di hati di sini... apa apa pun, tak yah nak complain sangat... kira oklah tu... 

memang sangat mencabar melayan kerenah 2 budak dora saya ni. banyak cakap, dan tidak mengikut arahan. Penat otak. Tapi apa apa pun, sayang sangat kat derang berdua ni...

apa lagi nak bebel.. nantilah, ada idea saya bebel lagi.. heheheh

Bersiaran dari Lumut

Dah lama tak online. Bukan masa tak ada, masa memang terisi  dengan macam macam,
ada masa tapi malas pula nak on pc atau lappy untuk online. 
dengan anak ku yang bermacam  ragam. 


Sekarang kami bercuti-cuti diluar waktu cuti. Papa ada kerja di Lumut, sebab kali ni papa outstation agak lama, lama pun tak la lama sangat, seminggu je, tapi papa take opportunity bawa kami lawat my mother in law. Sambil-sambil kami jalan-jalan la skit-skit. In between the time.

The kids sangat happy, lelebih lagi kebetulan trip ni sama sama dengan atuk darling dari brunei. Memang tak di rancang, tapi itu lah namanya rezeki. Atuk darling memang saja berjalan di KL, bila berinstagram, so derang pun boleh detect kami ke KL. Hehehe... so, anak2 sangat happy.


Sekarang anak anak sedang tidur. Papa pula pergi kerja. Seharian lah kami di bilik hotel. Nasib baik ada wifi. Memang selamat la. hehe. Petang nanti bawa anak anak gi mandi swimming pool. Oklah .. nanti ada time update lagi .. :)

Tempat bermimpi. dream resort.

Bersiaran dari bilik di tempat impian. Dream resort. Rasa tenang. Nyaman. Hilang rasa yang tersimpan. Subhanallah yang menjadi gunung ganang terbentang di depan mata ini. Alhamdulillah.


Published with Blogger-droid v2.0.4