Ucapan Alu-aluan

Assalamualaikum, ~_^

Dah lama tak berceloteh tanpa gambarajah. Selalu nak ada gambarajah baru boleh keluar idea dari kepala. Kira kena ada pemangkin untuk update blog. tsk.

Musim raya-raya ni, saya tak aktif kan diri sangat. Masih berhibernasi, sebab puasa ganti tak abis lagi (nak kasi untung sikit, sambil-sambil ganti puasa automatik puasa 6). Lagipun, kalau nak dikira-kira hutang puasa saya sangat banyak, memang pantas la badan ini tak nak kurang-kurang kilometernya. hehehe Mana taknya ketika saya mengandungkan Nana dan Alia, memang complete 30 hari saya ponteng puasa. 1. sebab gastrik melampau. 2. Jiwa tak kental. Ikut perasaan manjakan diri ketika mengandung. Jangan ikut ye adik-adik yang mengandung. Seksa oo nak bayar puasa. Lagi satu, 1 hari berpuasa di bulan ramadhan, tidak akan sama nilainya berpuasa di bulan selain ramadhan. Berkat dan rahmat nya berbeza. Ingatan untuk diri sendiri.

Esok sudah bermula sesi persekolahan dan sesi perkerjaan bagi yang bersekolah dan bekerja. Selamat bersekolah anakku, dan selamat bertugas suamiku. Tak apa, suami ku bekerja dengan semangat ASUS baru. Haha.. Anak ku bersekolahlah dengan semangat sbab  seminggu 2 ni je sekolah lepas tu cuti percuma dari mama dan papa sebab balik Labuan selama 2 minggu. hehe..

Buat semua, Selamat berkerja semula ya...

nota kaki : Oh Office Dapur ku aku rindu padamu .... ~_^

Selamat Hari Raya 2012

08 Syawal - Assalamualaikum semua :)
 
Walaupun sudah lebih seminggu kita menyambut bulan Syawal, tak salah kot kan saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua yang sudi datang menyinggah di sini. Maaf takde kuih raya virtual. Kalau ada confirm letak buat rasa-rasa. hik...
 
Tahun ni saya menyambut syawal di Labuan. Girang tak terkata sebab dapat berhari raya bersama adik beradik dan mama terchenta. Walaupun hati ada sedikit risau dan teringat-ingat kat mak mertua ku di Nilai yang berhari raya dengan adik ipar bungsu saja. Masing-masing berhari raya di sebelah lain, jadinya dia sendiri2. Mujur dia memahami, anak2 masing2 sudah ada tanggungjawab lain.
 
Biasalah kalau berhari raya di Labuan memang penat lebih sikit. Sebab rumah mama saya adalah rumah tumpuan. Setakat 4 kilo daging rendang memang cukup2 sampai petang je. Selepas tu masing2 datang memang minum dan makan kuih. Kakak2 saya pula ada rumah masing2. Jadi saya terpaksalah bantu2 mama saya melayan sanak saudara yang datang bertandang purposely untuk menziarah the most senior in the family buat masa ini - my mom la..
 
Walaupun penat, tapi saya rasa berbaloi dan suasana hari raya hangat di Labuan. Masa ni lah berjumpa adik beradik sanak saudara yang memang susah nak jumpa pada hari2 biasa. (jumpa di FB je la) hehehe...
 
 
Ini je gambar yang dapat di snap dari NOTE. Yang lain belum update masuk PC. Masih dalam SD card kamera. huhuhu... Maknye sudah senyum maut, anak2 belum ready. Alia pula menangis. Taktau apa dia nak...
 
 
Nenek dan cucu-cucu. Missing 2 cucu dari anak2 abang saya. Nenek nampak kecil dari cucu. Aik ? hehehe
 
Sekarang sudah balik ke KK. Tapi belum dapat recover and tak tau bila nak masak untuk jiran tetangga. Haish.. Encik Suami pula memberitahu the following week ni adalah minggu2 genting sebab banyak documentasi yang harus di bereskan. Takkan nak masak n layan tamu sorang-sorang ni. Takut pengsan di dapur je sorang-sorang. Hehehe... Takperlah ada rezeki nanti, adalah tu.. insyALLAH..
 
Take care semua ... :) 
 
 
 

Abaya Cokelet

Assalamualaikum...

tadaaaaaa... inilah suprise hubby balik dari KL. hehehe. Ini sangat jarang terjadi dalam kehidupan seharian. hehehe 

Sememangnya Encik Husband bukan orang yang pandai mempamirkan kasih sayang melalui material. Tapi untuk keperluan dan permintaan selalunya dia akan tunaikan. Ini mungkin dia sudah kerap dengar ieterinya bagi hint hint nak beli tambah koleksi abaya. Baru beberapa helai di almari. 


Mula-mula tengok, COKELET? hehehe ... Tapi bila pakai selesa. Alhamdulilah. COKELET pun COKELET la... hehehe.. 






Nama ku Mamat...

Nama ku mamat. 
Aku seekor kucing, yang bercita cita untuk menjadi beruang koala yang comel.


Kebolehan utama ialah memanjat sangkar yang disediakan oleh Tuan dan Puan ku. 
Tujuan mereka untuk mengurung ku adalah sangat murni. 
Agar aku selamat dari kes buli anak-anak Tuan dan Puan. Terutama yang si FEi FEi. 
Kalau aku ada jari, sudah tentu aku cubit-cubit pipinya sebagai balasan mengangguku saban waktu.


Tidak mengapa, masanya akan tiba. Aku akan dewasa dan hebat bagai juara.


Bukan macam 2 lagi adik beradik ku tu? Asyik tidur saja. Nyatalah aku paling kacak di sangkar ini.

muahahahahahahhaha


Cerita Jumaat Lepas

Assalamualaikum,
Ini sebenarnya cerita hari jumaat lepas. Hari Papa Nana and Alia balik dari outstation. Flight Papa petang, jadi sampai KKIA pun dalam jam 5 ptg, terus cari station untuk berbuka puasa. So, fikir punya fikir, lama juga saya fikir, dari pagi-pagi lagi.. hehehe, so, decide untuk sungkai di Grace Point Sembulan. Nasib baik tak jammed dan still ada table and sit. Just on time kami sampai order, masuk waktu maghrib, makanan pun sampai.

Sambil makan sambil menyelam. :) hehehe ada google dia bawa, apa motif pun kurang arif mamanya.

Adik choose to eat SOTO AYAM, yang akhirnya mama yang habiskan...

Actually papa tak beli apa2 untuk derang trip kali ni. Ehem. Trip kali ni papa beli untuk mama sorang je sebagai tanda keikhlasan dan kasih tidak berbelah bagi hehehe, tapi budak 2 orang ini sudah bising-bising. Papanya kesian la pula... So singgah Metrojaya Suria Sabah untuk belikan derang. Tapi BUKAN MAINAN. Sebab sengal mengemas mainan derang. Belikan beg, boleh bawa tuition atau jalan2. :) so, both are happy! :)

Supper @FULLHOUSE :)
Mama pakai merah mak ngah hari tu, khas untuk jemput papa hehehhe. berbaloi sebab dapat hadiah. Nanti entry lain citer pasal hadiah dari KL ok?


Menyelam



Pagi-pagi masih busyuk, pakai google. Nak menyelam kat mana nak ?

Kuih Raya Buat Mama


Assalamualaikum,

Hari ni buat 2 hari berturut turut dok kempal biskut raya yang sama. Mama minta buatkan untuk bawa balik ke Labuan, anak2 buah pun nak buat nak bawa balik rumah masing. Saya start selepas terawikh dan selesai jam 11 mlm. Huhuhu... jam 1 sahur. Sekarang baru nak tidur balik. (tapi kang kena bangun balik utk solat subuh pula... huhu..

Good Nyte... ^_~

Cucu angkat ....

Assalamualaikum... =)


Dirumah ni sekarang dah ada penghuni baru berdaftar. Kucing-kucing anak Chocho. Memang niat dihati, nak kembiri chocho, tak larat sebenarnya pelihara banyak. Tapi sudah terlewat. Soooo chocho sudah ternoda (hihihihi), akhirnya telah melahirkan 3 ekor anak kucing yang sangat chochomel. Tapi tak ada satu pun serupa dengan maknya... *_*



The only jantan in the cage. Kami kasi nama dia "mamat". :)


Ni gambar mamat lagi. Yang 2 ekor lagi tu betina. Belum decide lagi nama derang ;P


Sudah ada cucu saya .... ^_~

Biskut Tradisi, Tak boleh tak ada.

Assalamualaikum,

Projek usahasama dengan anak-anak buah semasa suami outstation. Niatnya memang malas nak buat kuih tahun ni. Beli je 2 jenis - tart nenas & semperit, nak beli murukku, sudah la kan? Tahun ni memang tak nak membazir dan beriya iya sangat. Normally, kalau tak beraya di sini, dan tak open house, memang orang tak datang bertandang pun... (Sebab kt sini ramai yang balik beraya di kampung).

Tadaaaa... Kuih Makmur -Resipi mak saya dari zaman dulu-dulu lagi.


Bahan-bahan :

1 kg Tepung gandum
1 tin 445gram Golden churn
2 camca kecil vanilla essence
1 biji telur

Icing sugar & susu tepung(nespray) - Secukupnya utk di salut selepas di masak di oven.

Cara-Caranya:

1. Sangai tepung di dalam kuali, sampai berwarna kekuningan atau cokelet2 skit..
2. Panaskan Mentega di atas api, sampai cair. (sejukkan sebentar)
3. Satukan semua bahan, gaul sehingga boleh di kepal2 bulat2 dan tidak berderai.
4. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20 minit.


Gula icing + dengan tepung susu. (saya pakai susu Alia) hehehe..

dah masakkk... jadi kita salut dengan campuran gula dan susu tadi ...

Tadaaaaaaaaa...
hasilnya. Tak banyak pun. Bagi-bagi dengan anak2 buah. :)

Inilah hasil semalam.... :)


Sungkai Ku Semalam...

Assalamualaikum...
Ni cerita tentang juadah berbuka puasa (sungkai) semalam. Buat simple-simple je. Tapi memang seronok sangat dah pasang wifi balik di rumah.
1. tidak kering idea untuk masa apa
2. dapat tengok youtube suka suki hati ku ini. Heheha. (layan ustaz kazim) memang best. time-time bulan pose plak, boleh sambil2 dengar ceramah.
3. Layan FB. :P (kikiki) -->yg ini sendri mau ingat ye.. berpada2 skit.

Macam roti ini di celup dalam telur putih, ROTI SAUSAGE ini di celup dari Ana Suzana - http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com. Dia pula celup dari CMB. Terbaik la tu. Hehehe.

Tapi memang sedap. Cuma saya tak guna Bread crumbs (sebab takde dalam stok), jadi alternatifnya, kita boleh je gunakan krim kracker atau jacob wheat meal yang di blend hancur. Lebih kurang juga jadinya kecuali warnanya tidak la "kuning".

Yang penting anak-anak suka makan. Alhamdulillah... boleh buat lagi ni. hihihihi

Sebelum di goreng.

Gambar selepas goreng tak sempat nak snap. Al maklum, tangan hamba tak cukup. Dengan anak-anak, dengan dapur, dengan kucing, memang takde tangan nak snap gambar time2 macam tu. huhu..



Menu ke2 adalah jeng jeng jeng...... "Ayam Percik rezepi dari Penambey, Klate" (betul tak saya sebut Penambey tu kak janna? :) Saya dapat resepi ini dari Kak Janna http://gornamarima.blogspot.com beberapa tahun lalu melalui SMS. Hehehe. Ingat lagi saat2 tu.. Merapu tul minta rezepi dari SMS. Nasib la Kak Janna antara manusia yang sangat pemurah ilmu tang dapur2 ni (i lap you owez la sis) hehehe...

Seperti biasa, ketika ayam itu sudah masak, tidak dan untuk snap nya. Masak Mee goreng juga, tapi tak ambil gambar pun. Dan ada beberapa kuihmuih yang Hubby beli di param dalam base. (yg dibeli tak habis pun) ayat nak bgtau kita masak sedap la tu.. ayat tak boleh tahan. hehhe..

OKie lah, nak mandikan budak poopoo yang masham dulu. Hari ni ada agenda di luar. Nak beli barang untuk buah kuih. Stay Tuneeeee... :)


edited: website Ana. Huhu.. Salah taip...

Random : Nana and Alia


Assalamualaikum...
Beginilah rupanya Nana and Alia sekarang. Dan besar dah anak-anak saya. Masing-masing dah pandai nak pilih baju raya sendiri, kasut raya sendiri. Bukan masa hari raya saja, baju hari harian pun dah pandai nak minta pakai baju ini itu. Terutama yang si cilik sorang tu. Sabar. Menang kena banyak sabar.



Bermula semula

Assalamualaikum...
Memang dah lama sangat tak update blog. Sebab tak ada internet line di rumah kan.. nak pakai telefon .. hehe. Semangat agak kurang skit. Ni sekarang dah guna streamyx, semangat untuk aktif dengan blog datang semula. Alhamdulillah.

Selamat berpuasa semua. Sedar tak sedar dah lebih 2 minggu kita dalam bulan Ramadhan. Macam mana dengan Ramadhan kita tahun ni? Ada baik? Alhamdulillah. Mudah-mudahan banyak rezeki untuk beribadah dan membaca al-Quran.

Sebenarnya enjin baru start. Otak masih belum panas nak keluarkan idea apa nak tulis. Tambahan lagi, tak ada picture nak share. Oklah, Nanti ada idea, saya tulis ok? :)