Biskut Tradisi, Tak boleh tak ada.

Assalamualaikum,

Projek usahasama dengan anak-anak buah semasa suami outstation. Niatnya memang malas nak buat kuih tahun ni. Beli je 2 jenis - tart nenas & semperit, nak beli murukku, sudah la kan? Tahun ni memang tak nak membazir dan beriya iya sangat. Normally, kalau tak beraya di sini, dan tak open house, memang orang tak datang bertandang pun... (Sebab kt sini ramai yang balik beraya di kampung).

Tadaaaa... Kuih Makmur -Resipi mak saya dari zaman dulu-dulu lagi.


Bahan-bahan :

1 kg Tepung gandum
1 tin 445gram Golden churn
2 camca kecil vanilla essence
1 biji telur

Icing sugar & susu tepung(nespray) - Secukupnya utk di salut selepas di masak di oven.

Cara-Caranya:

1. Sangai tepung di dalam kuali, sampai berwarna kekuningan atau cokelet2 skit..
2. Panaskan Mentega di atas api, sampai cair. (sejukkan sebentar)
3. Satukan semua bahan, gaul sehingga boleh di kepal2 bulat2 dan tidak berderai.
4. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20 minit.


Gula icing + dengan tepung susu. (saya pakai susu Alia) hehehe..

dah masakkk... jadi kita salut dengan campuran gula dan susu tadi ...

Tadaaaaaaaaa...
hasilnya. Tak banyak pun. Bagi-bagi dengan anak2 buah. :)

Inilah hasil semalam.... :)


2 comments

Lily@MamaZaraZareef said...

salam kenal kembali yek..rajin buat biskut raya..sy sejak kawen dok jauh ngan mak ni mmg takdan buat2 kuih raya dah..nk wat sndiri oven pon takde kat umah..hehehe..sian tak..

btw, comeinye anak2 dara awak..diorang tak sebaya tp muka serupa sgt..dh mcm kembar..=)

Norf @ Effa said...

hi mama zara & zareef...

saya ni pun sebab ada anak buah di rumah. kalau nak harapkan 2 tangan ni, takdan la nak buat. huhuhu... "anak2 baik sangat" tolong sana sini.. tak larat.. hehee

ramai kata macam tu. derang macam kembar.. beza 2 tahun lebih juga tu. hehhee...

zara n zareef pun comey sy mmg kenal blog lily masa lily dok berpantang zareef ... :)