Ucapan Alu-aluan

Assalamualaikum, ~_^

Dah lama tak berceloteh tanpa gambarajah. Selalu nak ada gambarajah baru boleh keluar idea dari kepala. Kira kena ada pemangkin untuk update blog. tsk.

Musim raya-raya ni, saya tak aktif kan diri sangat. Masih berhibernasi, sebab puasa ganti tak abis lagi (nak kasi untung sikit, sambil-sambil ganti puasa automatik puasa 6). Lagipun, kalau nak dikira-kira hutang puasa saya sangat banyak, memang pantas la badan ini tak nak kurang-kurang kilometernya. hehehe Mana taknya ketika saya mengandungkan Nana dan Alia, memang complete 30 hari saya ponteng puasa. 1. sebab gastrik melampau. 2. Jiwa tak kental. Ikut perasaan manjakan diri ketika mengandung. Jangan ikut ye adik-adik yang mengandung. Seksa oo nak bayar puasa. Lagi satu, 1 hari berpuasa di bulan ramadhan, tidak akan sama nilainya berpuasa di bulan selain ramadhan. Berkat dan rahmat nya berbeza. Ingatan untuk diri sendiri.

Esok sudah bermula sesi persekolahan dan sesi perkerjaan bagi yang bersekolah dan bekerja. Selamat bersekolah anakku, dan selamat bertugas suamiku. Tak apa, suami ku bekerja dengan semangat ASUS baru. Haha.. Anak ku bersekolahlah dengan semangat sbab  seminggu 2 ni je sekolah lepas tu cuti percuma dari mama dan papa sebab balik Labuan selama 2 minggu. hehe..

Buat semua, Selamat berkerja semula ya...

nota kaki : Oh Office Dapur ku aku rindu padamu .... ~_^

No comments