Cuti, Rezeki dan Happy.

PART I
 
 
Assalamualaikum,
 
Lama tak update blog. Saya bercuti-cuti Labuan, ambil kesempatan semperna Husband outstation 10 hari. Sudah lama saya tak berjimba di tanah kelahiran sendiri. Hassle Free. Nothing to think or worry. Meeting up siblings dan .... yeap... shopping! :)
 
Bukan di Labuan ada Jalan TAR atau yang seumpamanya. Tapi saya rasa sekurang-kurangnya ada sedikit mudah untuk shopping tudung-tudung baru yang cantik-cantik dan up to date. Harga pun not bad, sebab di sini I mean di bangunan shopping the one and only (ujana kewangan), peniaga berniaga tudung, baju-baju muslimah, keronsang, aksesori perempuan islam macam cendawan tumbuh selepas hujan I tell you. Rambang mata. Walaupun tidak semurah di semenanjung, at least the it's easy to grab. Mungkin di KK ada, cuma saya ni tak berkesempatan nak meronda sangat di KK.
 
 
 
Sempat jugalah rasa nasi minyak di Labuan. Lama sungguh tak pegi rumah orang kawin yang ada lauk-lauk kegemaran (mind me, bukan lauk tempat orang kawin tempat lain tak sedap, tapi memang tekak dan lidah ni dah tune cara masakan kampung d Labuan yang memang saya tak reti nk masak :). Macam pucuk di pinta ulam mendatang. Yippie.... Happy Tummy!
 
And everyday saya akan breakfast di tempat-tempat makan yang menjadi kerinduan selama 3 tahun ni. Soto, rojak, roti canai. Ya Allah, so, paham-paham la berapa berat badan saya naik. Hari Raya, Balik Labuan, Balik KL. Arghh.... kena beli SDII ? :P Oh tidak, budget sudah lagi. Defisit!
 
 
 
Tambah pula budak rambut Korea di atas balik ke Labuan, operasi bergather gather dengan adik beradik lain-lain jadi besar besaran. Makan kat sana makan kat sini. Sempat piknik ala-ala orang putih ( piknik up terus jadi yang makan sandwich tuna je! :) )
 
Husband jauh di mata pun terlupa sebentar. Astagfirullahal azimmmmm.... mengucap sekejap :P
 
Seriously, i ve never been so boros like this, seribu hinggit dalam seminggu. I eat, I shop, I go here and there. Mak Aih....
 
Taubat.
 
baik KK, dok diam-diam!
 
Eh! Tak boleh bertapa di KK dulu. Singgah KL jap... Ok Layan Part II pulak!
 
PART II
 
 
Bila husband balik saja dari outstation, dia ambil flight terus ke Labuan, so perkhabaran dia dikurniakan pingat pun sampai. Good and bad news is bayangkan hari dia sampai Rabu, pengurniaan pingat tu adalah Isnin berikutnya di KL. Tak sempat nak tarik nafas di Labuan, kami kena rush back to KK untuk ambil flight dari KK ke KL on saturday. Must balik KK, sebab baju no 1 ( this refer to baju istiadat untuk armed forces personnel. Kalau isteri tentera mesti derang tau baju mana ), dan keperluan semua kat KK. Mana nak tau dari outstation terus nak ke KL pula.
 
So, on saturday off-ed to KL, petang tu meronta meronda mencari (ehem) baju untuk pengiring a.k.a isteri (macam permaisuri lak, lelebih. hahaha), sebab ikut protokol kan, baju utk hadir menjadi pengiring di Istana is the baju kurung is not more that 3 colors. Baju-baju  saya macam kurang seswai, so, terpaksa lah cari baju kurung baru. Macam bagus kan ikut protokol...? hahahah Sebenarnya nak shopping tu... :P
 
On Sunday, majlis raptai. Memang penat gila, plus excited, plus mengantuk, plus janggal. Not well prepared la sebenarnya. Dari pagi sampai la waktu makan, perut dok krikkrok, nasiblah badan, dah biasa hari2 breakfast di Labuan, tetiba terpaksa berpuasa setengah hari kan....
 
On Monday, Majlis pun berlangsung. He was looking handsome in his 1 dress. Teringat waktu bersanding dulu. :) Saya pula looking so under (baju macam tak seswai majlis, walaupun sedaya upaya ikut protokol! hahaha, i looked like dayang istana sedang bertugas. Baju skema gila without accesorries. Makkkkaihh... Tengok isteri-isteri lain pakai baju glamer the vas kan. Adui.. Oh okie, Kalau beginilah gamaknya, baik tak yah gi kursus etika dan protokol (hati dok berkata). Macam tak puas hati la kan, hahaha. Tapi lepas saya terus melangkah melihat gelagat manusia lain, mind kasi setting reset balik,"makcik effa, awak tu pengiring orang yan nak dikurniakan pingat, bukan awak dapat pingat pun, and one more thing, takde orang kisah doh with ur simple baju kurung, if u come dengan cantik pun, for sure ada yang lebih cantik and datins dari u ok?". Oh OK.. hahaha. Ini ayat-ayat untuk penyedap hati sebenarnya. Hahaha... And i just wear my smile. :) Smiling and looking gelagat manusia lain.
 
Nak Tengok ke gambar saya (dayang istana sehari)? Hahaha...
 
 
There i was. Looking "small a.k.a rendah" and lebar di samping Husband :) I told you, saya sangat simple. Tak yah la tengok muka saya yang pucat kerana keletihan itu... :}
 
Alhamdulillah, penghargaan untuk "dia", Saya tumpang berbangga dan bersyukur. Perasaan masa tu, takut over excited pula sebagai isteri. The fact that kita akan selalu terlupa siapa kita time-time kita happy kan. So, i try not to think this is something to be proud, yet ini adalah satu perkara biasa yang akan berlaku pada mana-mana armed forces personnel yang lain. Which is true. Sampai masa, ada rezekinya semua akan merasa. Cepat atau lambat. Tetiba rasa "bestnye jadi isteri navy-punya perasan!". Of all the protokol, bakat dan bagai, dapat la merasa masuk ke dalam balairong seri just to witness husband gi ambil pingat. (i assumed this is the first and last la kan) so, i enjoyed the moment.
 
 
Ok. Habis cerita pasal Istana. Panjang meleret apa hal kan, gi sana pun berapa jam je. heh. :)
 
Cerita pasal bawa anak-anak meronda KLCC pula.
 
Sepanjang saya dan suami kelam kabut urusan pergurniaan pingat tu, anak-anak tinggal bersama Neneknya di hotel. Oh derang cukup happy, cos, boleh tidur bangun lewat, bangun-bangun ada sarapan, kemudian tengok disney channel, main tanpa pengawasan maknya, kannnn... cuma kesian kat Nenek nya je, kesejukan dalam bilik hotel untuk 2 hari berturut2. hehehe.. (tapi fyi sebenarnya Neneknya sudah offkan aircon pun. Still dia rasa sejuk! :P)
 
Habis je urusan hari isnin tu, kami hantar la Mak balik ke Nilai. Biasalah orang-orang tua, tak larat nak dok dalam hotel berhari-hari. Lemau rasa badan katanya :).
 
Lepas tu kami take opportunity bawa anak-anak ke Aquaria. Alia and Nana request nak ke Zoo. Mana bukak Zoo lewat dah ni anak-anak oi. Idea maknya, kita ke Aquaria la! The last time kami ke sana masa nana masih kecil. I think masa umur least than a year. Tak pandai jalan lagi masa tu.
 
 
Mula-mula masuk, masing-masing pakat nangis, takut sebab gelap dan nampak ikan besar-besar. Lama-lama dah nak hujung-hujung walk dalam aquaria tu, tak nak balik pulak.
 
 
Lepas Aquaria, kami bertapak ke Nasi kandar Pelita sebelah sebelah je dari Suria KLCC. Makan sepuas hati, with happy tummy, kami lepak-lepak depan Suria KLCC bawa anak-anak tengok air pancut berirama (betul ke aku type ni?) hahaha...
 
 
 
So, our Cuti, Rezeki and Happy trip end. Esoknya (selasa) kami balik ke KK dengan hati yang berbunga-bunga berat sebab tahu cuti sudah habis ye. Lets get back to cuci baju, kemas rumah, urus anak-anak and makan pakai suami. Nana sila bulatkan mata untuk balas balik all kerja sekolah yang sudah tertinggal tu ye nak.... Husband pun balik saja ke KK, banyak kerja-kerja yang sudah menunggu. And as I m taking my sweet time update blog ni jam 4 pagi, he is still awake menyudahkan presentation untuk hari Isnin.
 
 
ha.... bagus anak mama....
 
Ok. Sampai sini dulu. Ada lagi nak story ni. Nanti-nanti lah kalau ada masa. Nak solat subuh pulak... dan kroookkk... beradu semula...
 

 
 
 




We Are Young - Adiks

Take 1.

Take 2.

Take 3.
Baru betul !

3/10
Just the 3 of us. The "young" people in Mahat Family. Effa Mahat, Alif Mahat, Nora Mahat.

My little Sister. Norafezah Mahat.

Sama tak muka kami? Saiz? Sudah tentu la berbeza. Sorang bolat, sorang kurus keding. Ini adik saya satu ayah tapi lain mak. Tapi kami sangat sayang menyayangi. Chewah. Alhamdulillah. Adik saya ni solo lagi. Sapa berkenan, bolehlah hantar permohonan. Hehehe.

Dah lama tak jumpa. Eh? Baru juga jumpa masa hari raya. Tapi masa hari raya tu sekejap sangat. Tak sempat nak heart-to-heart talk. Bergurau sendek. So, kebetulan dia datang ke KK, Husband saya pun outstation, so, kami meet up- family reunion. Sekejap pun jadilah. Thank you kak Dee. Sebab belanja kami makan Kenny Rogers. 

Semoga silaturrahim antara kami kekal sampai ke Syurga Allah.. Aminnn...










Short Entry

 
Hari ni kakak Nana ada Sambutan Hari Raya dan Sambutan Hari Kemerdekaan. Jadi pakai baju cantik hari ni. Happy sangat dia. Bangun pun sendiri, tak payah mama susah payah nak bangunkan. Adik pula "suka" nak ikut-ikut pakai baju kurung walaupun di rumah. Lantoklah...
 
;)

Selamat Tinggal Comot


Assalamualaikum,
 
Semalam petang, Comot (Rujuk kucing di atas) sudah selamat di serahkan kepada penjaga barunya. Kami pun tak berkemampuan nak menjaga sehingga berkucing-kucing di rumah, and ada yang sudi yang adopt Comot, so, Encik Husband setuju saja lah.
 
Comot sekarang sudah ada nama baru. Bubble =)
Tapi Comot memang macam faham je, bila saya cakap kat dia,"lepas ni, comot duk dengan tuan baru tau, jangan nakal-nakal, jangan susahkan orang tau". Dia tengok saya dengan 1 kind of look. Kesian sangat.
 
Penjaga comot yang baru pun bukan orang lain, anak buah saya je. Anak buah saya belajar di Politeknik berdekatan, jadi boleh juga melawat2 Comot nanti.
 
Semoga Comot/Bubble happy dan sihat bersama Tuan baru...

Adam dan Hawa - Fever

 
Saya tengah demam. Demam drama bersiri Adam dan Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa. Drama bersiri adaptasi dari novel Aisya Sofea. Saya ni bukan jenis layan novel melayu. Tetiba terasa nak baca novel tu. Aduhai... mana nak cari ?
 
And Aaron Aziz kan... and nadiya Nissa .. I tell you gabungan yang sangat sesuai dan serasi. Saya secara peribadi rasa gandingan mereka sangat sweet. Sweet. Sweet. Sweet...
 
Tapi tapi tapi, saya tak ada astro mustika HD kan.. so, saya adalah antara penonton dari YouTube saja. (hello bukan salah saya ye.. saya sedang tunggu astro untuk upgradekan saya ke astro beyond), bila bila bila?
 
Hopefully sebelum habis 80 episod Adam dan Hawa.
 
Setiap Isnin-Khamis 10.00 Mlm.
:)
 
ps: sekarang dah 4 episod. Mlm ni episod ke 5.

Cuti - Cuti Raya


Last weekend, sempat juga kami ke Kundasang bersama kakak saya yang ketiga dan adik saya. Beramai-ramai kami stay di Hotel Cottage Kundasang. Bawa periuk nasi, beras, sardin tin, cili padi, limau kasturi, tambah beli sayap ayam dan sayur (beli kt kundasang dan upah restoran untuk masak sayur tu). Memang berselera makan beramai-ramai. Bergosip setempat (gurau gurau senda sesama kami). It was one of the happiest moment. Alhamdulillah.
 
Walaupun, Nana and Alia demam on and off. Tapi mereka berdua nampak ceria. Alia je lah buat hal muntah besar besar dalam kereta. Auww... tension sekejap, tapi pastu positif balik. Sebab lepas dia muntah tu, terus kebah demamnya. Mungkin muntah buang panas. Eh? :) Teori maknya. hehehe
 
Nana demamnya on and off. Tapi STILL happy-happy bermain dengan sepupu-sepupunya yang lain. Oklah tu. Sakit masih leh senyum. Demam masih leh lompat-lompat. Teori nenek: Demam bulan. Hehehe.
 
Muka budak tengah demam. 
 
Kami tak jalan-jalan sangat di Kundasang. Cuma dok kt hotel berehat-rehat dengan family saja. Mesilau pun tak singgah. Memang naik sana terus ke hotel. Hehehe.
 
Jauh perjalanan pun, jumpa macam-macam orang pun, at the end of the day, your family is where the home is. And home is where the heart always be.
 
 
View dari bilik hotel. Farm view.