Cuti, Rezeki dan Happy.

PART I
 
 
Assalamualaikum,
 
Lama tak update blog. Saya bercuti-cuti Labuan, ambil kesempatan semperna Husband outstation 10 hari. Sudah lama saya tak berjimba di tanah kelahiran sendiri. Hassle Free. Nothing to think or worry. Meeting up siblings dan .... yeap... shopping! :)
 
Bukan di Labuan ada Jalan TAR atau yang seumpamanya. Tapi saya rasa sekurang-kurangnya ada sedikit mudah untuk shopping tudung-tudung baru yang cantik-cantik dan up to date. Harga pun not bad, sebab di sini I mean di bangunan shopping the one and only (ujana kewangan), peniaga berniaga tudung, baju-baju muslimah, keronsang, aksesori perempuan islam macam cendawan tumbuh selepas hujan I tell you. Rambang mata. Walaupun tidak semurah di semenanjung, at least the it's easy to grab. Mungkin di KK ada, cuma saya ni tak berkesempatan nak meronda sangat di KK.
 
 
 
Sempat jugalah rasa nasi minyak di Labuan. Lama sungguh tak pegi rumah orang kawin yang ada lauk-lauk kegemaran (mind me, bukan lauk tempat orang kawin tempat lain tak sedap, tapi memang tekak dan lidah ni dah tune cara masakan kampung d Labuan yang memang saya tak reti nk masak :). Macam pucuk di pinta ulam mendatang. Yippie.... Happy Tummy!
 
And everyday saya akan breakfast di tempat-tempat makan yang menjadi kerinduan selama 3 tahun ni. Soto, rojak, roti canai. Ya Allah, so, paham-paham la berapa berat badan saya naik. Hari Raya, Balik Labuan, Balik KL. Arghh.... kena beli SDII ? :P Oh tidak, budget sudah lagi. Defisit!
 
 
 
Tambah pula budak rambut Korea di atas balik ke Labuan, operasi bergather gather dengan adik beradik lain-lain jadi besar besaran. Makan kat sana makan kat sini. Sempat piknik ala-ala orang putih ( piknik up terus jadi yang makan sandwich tuna je! :) )
 
Husband jauh di mata pun terlupa sebentar. Astagfirullahal azimmmmm.... mengucap sekejap :P
 
Seriously, i ve never been so boros like this, seribu hinggit dalam seminggu. I eat, I shop, I go here and there. Mak Aih....
 
Taubat.
 
baik KK, dok diam-diam!
 
Eh! Tak boleh bertapa di KK dulu. Singgah KL jap... Ok Layan Part II pulak!
 
PART II
 
 
Bila husband balik saja dari outstation, dia ambil flight terus ke Labuan, so perkhabaran dia dikurniakan pingat pun sampai. Good and bad news is bayangkan hari dia sampai Rabu, pengurniaan pingat tu adalah Isnin berikutnya di KL. Tak sempat nak tarik nafas di Labuan, kami kena rush back to KK untuk ambil flight dari KK ke KL on saturday. Must balik KK, sebab baju no 1 ( this refer to baju istiadat untuk armed forces personnel. Kalau isteri tentera mesti derang tau baju mana ), dan keperluan semua kat KK. Mana nak tau dari outstation terus nak ke KL pula.
 
So, on saturday off-ed to KL, petang tu meronta meronda mencari (ehem) baju untuk pengiring a.k.a isteri (macam permaisuri lak, lelebih. hahaha), sebab ikut protokol kan, baju utk hadir menjadi pengiring di Istana is the baju kurung is not more that 3 colors. Baju-baju  saya macam kurang seswai, so, terpaksa lah cari baju kurung baru. Macam bagus kan ikut protokol...? hahahah Sebenarnya nak shopping tu... :P
 
On Sunday, majlis raptai. Memang penat gila, plus excited, plus mengantuk, plus janggal. Not well prepared la sebenarnya. Dari pagi sampai la waktu makan, perut dok krikkrok, nasiblah badan, dah biasa hari2 breakfast di Labuan, tetiba terpaksa berpuasa setengah hari kan....
 
On Monday, Majlis pun berlangsung. He was looking handsome in his 1 dress. Teringat waktu bersanding dulu. :) Saya pula looking so under (baju macam tak seswai majlis, walaupun sedaya upaya ikut protokol! hahaha, i looked like dayang istana sedang bertugas. Baju skema gila without accesorries. Makkkkaihh... Tengok isteri-isteri lain pakai baju glamer the vas kan. Adui.. Oh okie, Kalau beginilah gamaknya, baik tak yah gi kursus etika dan protokol (hati dok berkata). Macam tak puas hati la kan, hahaha. Tapi lepas saya terus melangkah melihat gelagat manusia lain, mind kasi setting reset balik,"makcik effa, awak tu pengiring orang yan nak dikurniakan pingat, bukan awak dapat pingat pun, and one more thing, takde orang kisah doh with ur simple baju kurung, if u come dengan cantik pun, for sure ada yang lebih cantik and datins dari u ok?". Oh OK.. hahaha. Ini ayat-ayat untuk penyedap hati sebenarnya. Hahaha... And i just wear my smile. :) Smiling and looking gelagat manusia lain.
 
Nak Tengok ke gambar saya (dayang istana sehari)? Hahaha...
 
 
There i was. Looking "small a.k.a rendah" and lebar di samping Husband :) I told you, saya sangat simple. Tak yah la tengok muka saya yang pucat kerana keletihan itu... :}
 
Alhamdulillah, penghargaan untuk "dia", Saya tumpang berbangga dan bersyukur. Perasaan masa tu, takut over excited pula sebagai isteri. The fact that kita akan selalu terlupa siapa kita time-time kita happy kan. So, i try not to think this is something to be proud, yet ini adalah satu perkara biasa yang akan berlaku pada mana-mana armed forces personnel yang lain. Which is true. Sampai masa, ada rezekinya semua akan merasa. Cepat atau lambat. Tetiba rasa "bestnye jadi isteri navy-punya perasan!". Of all the protokol, bakat dan bagai, dapat la merasa masuk ke dalam balairong seri just to witness husband gi ambil pingat. (i assumed this is the first and last la kan) so, i enjoyed the moment.
 
 
Ok. Habis cerita pasal Istana. Panjang meleret apa hal kan, gi sana pun berapa jam je. heh. :)
 
Cerita pasal bawa anak-anak meronda KLCC pula.
 
Sepanjang saya dan suami kelam kabut urusan pergurniaan pingat tu, anak-anak tinggal bersama Neneknya di hotel. Oh derang cukup happy, cos, boleh tidur bangun lewat, bangun-bangun ada sarapan, kemudian tengok disney channel, main tanpa pengawasan maknya, kannnn... cuma kesian kat Nenek nya je, kesejukan dalam bilik hotel untuk 2 hari berturut2. hehehe.. (tapi fyi sebenarnya Neneknya sudah offkan aircon pun. Still dia rasa sejuk! :P)
 
Habis je urusan hari isnin tu, kami hantar la Mak balik ke Nilai. Biasalah orang-orang tua, tak larat nak dok dalam hotel berhari-hari. Lemau rasa badan katanya :).
 
Lepas tu kami take opportunity bawa anak-anak ke Aquaria. Alia and Nana request nak ke Zoo. Mana bukak Zoo lewat dah ni anak-anak oi. Idea maknya, kita ke Aquaria la! The last time kami ke sana masa nana masih kecil. I think masa umur least than a year. Tak pandai jalan lagi masa tu.
 
 
Mula-mula masuk, masing-masing pakat nangis, takut sebab gelap dan nampak ikan besar-besar. Lama-lama dah nak hujung-hujung walk dalam aquaria tu, tak nak balik pulak.
 
 
Lepas Aquaria, kami bertapak ke Nasi kandar Pelita sebelah sebelah je dari Suria KLCC. Makan sepuas hati, with happy tummy, kami lepak-lepak depan Suria KLCC bawa anak-anak tengok air pancut berirama (betul ke aku type ni?) hahaha...
 
 
 
So, our Cuti, Rezeki and Happy trip end. Esoknya (selasa) kami balik ke KK dengan hati yang berbunga-bunga berat sebab tahu cuti sudah habis ye. Lets get back to cuci baju, kemas rumah, urus anak-anak and makan pakai suami. Nana sila bulatkan mata untuk balas balik all kerja sekolah yang sudah tertinggal tu ye nak.... Husband pun balik saja ke KK, banyak kerja-kerja yang sudah menunggu. And as I m taking my sweet time update blog ni jam 4 pagi, he is still awake menyudahkan presentation untuk hari Isnin.
 
 
ha.... bagus anak mama....
 
Ok. Sampai sini dulu. Ada lagi nak story ni. Nanti-nanti lah kalau ada masa. Nak solat subuh pulak... dan kroookkk... beradu semula...
 

 
 
 




No comments