Thought of a day =)


Kadang - kadang kita hampir terlupa segala nikmat yang Allah Taala berikan kepada kita. Umpamanya, kehidupan yang masih ada, walaupun tidak sebertuah mana, sekaya mana, sekurang-kurangnya kita masih bernafas. Nikmat berpasangan. Sekurang-kurangnya masih ada orang yang sudi mengahwini kita, menemani hari-hari kita. Nikmat mempunyai anak-anak. Cuba bayangkan sekelip mata ia sudah tidak ada di situ, bertapa sunyinya hari-hari kita.

Itu yang aku sedang fikirkan.

And for sharing ~ NSNA instagram :) Nice one.


ps: NSNA =Nurul Syuhada Nurul Ain =)

Miss You


 
:)

Dugaan akhirnya Berbaloi


Assalamualaikum,

Akhirnya sampai juga hasrat saya dan suami untuk ke Brunei untuk sambut Pakcik dan Makcik saya yang balik dari menunaikan haji. Pelbagai halangan yang mendatang. Macam-macam dugaan. Cuti tak approve la, ada lawatan la, Nana ada konvokesyen la. Adui, memang macam-macam. Tapi Alhamdulillah, Allah izinkan.
 
Perjalanan ke Brunei kali ni agak lama skit, sebab singgah ambil mami saya dari Menumbuk. Baru patah balik ke Beaufort menghala ke Brunei. Dan bila sampai di Brunei, hujan lebat siap dengan guruh petir, masyAllah. Tak tau nak cakap. Dah la kami ni tak berapa familiar dengan jalan di Brunei. Memang tak nampak jalan. Allah saja la yang tahu.
 
Berbaloi.
 
Berbaloi sangat sebab dapat berjumpa dengan saudara mara, Nenek, pakcik2 makcik2, sepupu2.... terlepas rindu.
Nana and Syahmi
Antara sepupu-sepupu ku.. Iza n lisa.
Haji dan Hajjah baru sampai di rumah :) Berdoa sebelum masuk rumah.

 Nana and Kira
 
 Mami and aunties
 
Semoga suatu hari nanti, rezeki kita pula nak ke tanah suci ... aminnnnnn...

 

Sharing my happiness

Assalamualaikum,
 
Akhirnya selesai juga urusan, Alhamdulillah dipermudahkan juga urusan kali ni. Walaupun tidak la semudah mana, tapi saya berpuas hati la juga, sebab walau menghadapi macam-macam hal sebelum dapat kereta yang sesuai dengan lifestlye kami sekeluarga. Kalau nak beli baju kena ukur badan sendiri kan? Macam tu la juga pada kami.
 
Pada mulanya, kami nak ambil exora, booking sudah, loan pun sudah approved tapi sebab kami kurang berpuas hati dengan sales assistant yang agak so and so, (acuh tak acuh), so, suami bertukar fikiran. Kan ke hilang customer tu jadinya.. ish ish ish.
 
SO, akhirnya suami booked Honda Freed. Memang urusan untuk Honda ni hanya seminggu, urusan bank dan delivery. Ini sebab takde ready stock. Kalau ready stock memang kami dapat masa hari raya Haji lalu. Sebab shipping pun delay, itu sebab kami dapat lambat sikit. Tapi tak kisah la, sebab setiap hari, sales assistant honda, call and update kita progress tentang kereta tu setiap hari. Belum sempat kita cari dia, dia dah contact kita.
 
Cuma, pada hari registeration ada problem skit. Ini pun sebab sales assistant kitorang tu sudah fly ke Singapore on holiday trip. Kesian juga, sebab dia dah plan untuk cuti dia tu 3 bulan sudah. Tiket dan beli, hotel dan booking. Takkan semata-mata sebab kereta saya dia nak cancel semua kan ? So, faham di situ. Jadi dia hand over kat kawan dia. Well, tak juga saya nak bising la, sebab for sure bukan dia yang dapat komisen. End up, saya pegi register sendiri kereta ni kat JPJ. Macam lipas kudung, tapi alhamdulillah, Allah mudahkan.
 
Suami pula masa tu tengah ada appointment kat Hospital Damai. Nasib ada anak buah yang too fast too furious. Hehehe. Sampai JPJ sebenarnya dah abis opis hour, tapi nasib baik ada runner yang nak tolong queue kan registeration saya tu. "tolong Encik, 1 je, 1 je". Hehehe. Saya jual muka 10 sen saya. (Seb baik, laku. hahaha) Alhamdulillah... memang Allah mudahkan.
 
Saya ada temper la skit ngan kawan sales assistant saya tu, sebab pada hemah saya, dia masih sempat untuk buat sesuatu. Yerlah sebab bukan direct customer dia, jadi, tak yah la nak marah-marah. Dia dah cuba sedaya upaya dia. (hmmm?) Tak pe tak pe.
 
So tadaaaa..... inilah pilihan hati kami, setelah beberapa minggu mencari dan mengoogle. Pro and cons. Dan sesuai dengan poket kami, situasi kami dan "rasa" kami. Semoga Allah berikan rahmat atas kemudahan ini :)
 
Saja je kasi cacat plat number tu. Hehehe. Putih pilihan hati, sebab rasa nya sesuai dengan kami :)
 Kuda putih ku yang baru :)