Between Goodbye and Hello


Actually, di mana harus saya mulakan cerita ?

Hampir berapa lama tak update blog. Terasa macam-macam berlaku di antara waktu tu.

Baby di atas? Bukan... saya belum pregnant jauh bersalin. Inilah dia baby yusuf chomel, milik Kak tanty isteri CO my hubby. I mean xCO. So, mereka sudah pun berpindah balik ke Semenanjung for a good cause. Baby Yusuf tinggal dengan saya ketika mereka mempacking barang (kejap je pun) tapi cukup untuk mendatangkan rindu dan aura nak anak kat saya... sob sob

;)

Anyway, sekarang ni kami sudah berpindah rumah!

The story about the house just let me know la kan, cos it's complicated. Yang penting, husband yg uruskan. I packed things, I urus anak-anak, I angkat barang. Rumah mana I malas nak kisah. Anyway, it's rumah kerajaan. Kita tumpang-tumpang je. Its HUGE. but it's not mine :)



 Permandangan petang di rumah baru. Rumah ni atas bukit skit. And it's at the corner. Privacy skit, compare to the previous house. But still i miss the cm house. Banyak kenangan kat situ. Yerlah, 4 tahun tinggal kt situ kan.


 Permandangan pagi di rumah baru. Picture taken dari bilik Nana. Nana tidur bilik sendiri sekarang! Horrey. Well, at least that's the plan. Sekarang Nenek masih ada di sini, so, tak leh nak consider sangat. Nanti kita tengok time Nenek dah balik Labuan, dia still tidur sendiri atau tak.


Nana and Alia di rumah lama. Picture taken, masa tengah mempacking barang dalam kotak. Masa ni tak tau dapat rumah yang mana lagi ni. Inilah rumah Alia membesar dari umur 4 bulan ke 3 tahun lebih. The first rumah kami stay togerther after France's episode.

bubye CM 23. 

Hello banglo 19. 

:)

My FACE Story

Assalamualaikum,

Sejak kebelakangan ini, (bukan kebelakangan, sejak 6 bulan lalu kot). Menurus suami saya 6 bulan la. Sebenarnya saya sendiri tidak perasan sangat sampailah perkara ini sudah jadi "horror" dan "huduh". 

Sebab musabab nya pun saya kurang pasti. Tapi bila saya timang-timangkan semula, fikir-fikirkan apa yang berlaku sejak 6 bulan lalu, saya sudah faham apa yang berlaku di dalam diri saya. HEHE. Suspen cerita.

Malu nak cerita, tapi nak cerita jugak!
~HEHE.
Hmm.. sejak 6 bulan lalu, muka saya sudah jauhhhhhhhhhhhhhhh berbeza dari sebelum ini. I look old, fat and ugly me! (without foundation). Haha. Foundation ada kalu, still la nampak cun. Haha! Perasan!
Tapi apalah gunanya cun dengan foundation yang bertempek di muka, kalau kulit muka tidak sekata, tidak seceria dan tidak selicin dulu ? I just got 31 years old! argh.... Stress!

Yeap. Itu lah jawapannya, STRESS. Saya mungkin stress dengan enviroment dan apa yang saya lalui di sini. Of cos saya mengelak untuk share di sini. The thing about sharing is, when you share something it's SPREAD. Kalau share happiness, happiness akan spread. Kalau share makanan, sama-sama rasa. Kalau share MASALAH, MASALAH akan spread dan akan menjana macam CANCER. I tell you, this I learned by hard. That's why sekarang saya TIDAK atau kalau boleh ELAK share PROBLEM dengan orang lain. It has NO END. Bagus dok diam, sorok sorang-sorang dan makan dalam-dalam. ERK. 

TU sebab la muka jadi macam tu. HAHAHA. 

Tapi sekarang takde la saya ada masalah lagi. Kalau ada pun, saya buat dek je. Sebab ada sebahagian masalah di dunia ni, saya rasa kita kena solve. Ada juga sebahagian saya beri balik kepada Allah SWT. Sebab masalah itu saya tidak tertanggung. Saya tidak mampu tanggung. Jadi saya mohon Allah bantu saya dalam hal tersebut. 

Back to my face story. 
OK. Tapi sekarang, Alhamdulillah. Muka saya dah kurang skit "horror"nya. Sejak saya mengetest TABITA, baru test pun. 26 NOV 2012 lalu. Saya beli melalui kawan saya Izazi. Hehe. Muka beliau sangatlah cun melecun. Tak yah pakai bedak bagai. Just daily cream. Pipi pun nampak pinkish gitu.

So, sekarang muka saya ada kurang tompok-tompok. Dulu muka saya gelap macam ada topeng. kulit belah dalam cerah. Macam sun burn pun ada gak. Sekarang Hubby kata sudah OK banyak. Kena continue la dengan TABITA. Sian kat Hubby sanggup melabur SKII untuk saya, malangnya pelaburan melebur kerana SKII lambat memberi respon kepada kulit muka saya. Huhuhu...

Nantilah, kalau sudah CUN, baru saya kasi tengok gambar k.

I malu..... HEHEHE>

Ayam Penyet Mama


Kalau ada di antara korang di sini orang KK atau tinggal di KK, aku rasa korang mesti pernah rasa Ayam Penyet di KoKi bandung atau di Warung Padang Jawa, Alamesra. Oleh kerasa request dari Tuan besar, dia nak makan ayam penyet, jadi terpaksa lah ayam di rumah ini di penyetkan juga. :) Menu mudah ringkas dan menambahkan selera. Yang best, Tuan besar kata, lagi sedap dari ayam penyet di KoKi Bandung. Ahaks. Bodek nampak.....


Kesian tengok anak-anak, tak kemana-mana sangat masa cuti sekolah ni. Jadi saya bawa Nana dan Alia ke kolam renang dalam pengkalan. Bukan pandai berenang pun, cuma main-main di gigi air. HEHE. Jadilah, nak gembira kan hati anak-anak. ;)

Terima kasih suami.


Sungguhlah saya bersyukur dapat suami yang amat memahami dan bertimbang rasa. Walaupun dapat isteri suri rumah sepanjang masa, dengan keadaan rumah yang kadang-kadang (selalu la juga) macam sarang tikus, suami saya tetap simpati dengan kerja rumah yang tidak pernah ada penghujungnya.

Kadang-kadang mengosok baju kerja suami pun pagi buta, macam, pagi tadi. HEHE. Tapi hari ni, nak bertaubat la rasanya, nak kemas rumah lagi hari ni.

ps: rasa nak ubah angin.


Kira duit...


Tahukah anda, hari pertama persekolahan untuk darjah satu, Murid-murid darjah 1 ini akan diberi ujian LINUS ( perkataan ini stand for apa, saya kurang pasti, tapi yang pasti, dia akan bagi ujian asas BM dan Math). So, OK. Masa saya daftar dan bayar segala jenis yuran untuk sekolah Nana last month, Cikgu sekolah dah sound awal-awal kat sana, untuk bagi preparation kat anak. Dan kelemahan yang biasa diperhatikan katanya, bila murid-murid ni di soal tentang duit. Er? 

Dan memang pun.... Nana belum pandai handle duit lagi. Minta 80 sen pun... adui.. pening mama. 


 bila disoal mula la bergaru hidung la, muka la, rambut la. 
.
.
.


 nampak macam confidennnnn je ni.


hopefully, boleh guide dia within this month... 


Little Celebration

 Entri siaran tertunda. Birthday Nana yang ke- 6 tahun. Sejak dia dah masuk Tadika, belajar kira bulan-bulan, Januari sampai disember, setiap hari tanya bila disember, bila disember. Bila sudah disember, dia ingat terus birthday dia, then, bagitau dia, 7 haribulan baru birthday mana. Dengan sabar dia menunggu lagi. Akhirnya hari yang dia tunggu-tunggu pun sampai. Tapi on that day, kami bawa dia makan malam saja, and bawa main playground. No cake. Sebab mama rasa nak buat kek untuk Nana sendiri. Mama dah lama tak pegang krimwell, telur, tepung. HEHE.

Memang lama saya tak baking dan deco kek. Sangat lama. Hampir..... 2 tahun kok? Tak berapa ingat. Tulah, sekarang ni bagus start balik kan? Main dengan tepung dan mentega lagi best. HEHE. Nana dan Alia pun sudah besar sikit, sudah boleh buat urusan/main sendiri di ruang tamu. Tahu sudah benda merbahaya atau yang tidak. Tapi kalau barang mama, dia tau selamat, dia bedal semua. Sampai lipstick mama sudah bukan jadi stick. Tinggal sarung saja. 


Hari jadi Nana tahun ni, saya dan hubby rasa nak celebrate di rumah saja. Cuma kami-kami. Simple yet meaningful. After all, susah atau senang kita, inilah keluarga kecil tempat kita berpaut. Kan?  Saya nak hati Nana dan Alia sentiasa berpaut di sini. Bersama-sama kami. 

Happy birthday Nana. 
Semoga anak mama bahagia dan sentiasa ceria.

Love you dear. Hope u like the cake. =)

KunDaSang LaGi...


 Trip ke Kundasang kali ni bukan trip berjimba dan berehat ria. Trip kali ni, husband ada bengkel d Dream Resort. Sebab dia baik hati lagi hensom, jadi kami pun ikut la sekali. Yea yea. Tapi memang nampak dia awal pagi, malam baru dia balik bilik. Jumpa tengahari pun kat cafe masa makan. Betapa bz nya dia di  sana ..
Anyway, walaupun kami sendiri2, takde la bosan sangat, sebab ramai juga family lain yang follow. Jadi kami spend time bersama-sama la. Happy la kanak-kanak sekalian sebab ini la masa nak bermain sepenuh hati tanpa halangan masa dan tempat.
Sampai di sana awal, sebab para suami sekalian nak pegi menebas rumput di Mount Kinabalu Golf Club. Jadi kami di tinggalkan di Resort, uhuk-uhuk dengan rasa laparnya yang hamat. Hehe. So, Kak Norin belanja kitorang KFC. Yippie, KFC sudah dibuka di Kundasang!

Cuaca di Kundasang sepanjang kami di sana, memang terbaik. Sejuk, nyaman dan terang. Tak la hujan sangat, tapi memang amat sejuk. Kalau dah ke Kundasang, kalau tak sejuk tak lah best kan.
hehehe~



Sebab husband bz, so, kami pun plan buat Lawatan ke Strawberry Part , Dairy Farm dan Sabah Tea. Tapi bila sampai di Strawberry Part agak hampa, sebab strawberry sudah dikutip. Jadi kami teruskan la perjalanan yang seterusnya. Dah lewat pun kan, so, cancel trip ke Sabah Tea, kami terus ke Dairy Farm.


Memang banyak perubahan di Dairy Farm sekarang. Lebih teratur, lebih ramai pengunjung dan lebih banyak aktiviti kt sana dari sebelum ni. Dulu takde jual makan-makan, ada jual susu lembu je. Sekarang dah ada jual waffle. Yelah, kalau kita lama tunggu kan, lapar2 tu boleh la makan waffle dulu. Ada jual cenderakenangan. Oklah kan...

aku tak bergambar sebab muka tengah kusam uhuk... :(
Anyway, nak tutor Nana jap, sat lagi sambung entri seterusnya...