KunDaSang LaGi...


 Trip ke Kundasang kali ni bukan trip berjimba dan berehat ria. Trip kali ni, husband ada bengkel d Dream Resort. Sebab dia baik hati lagi hensom, jadi kami pun ikut la sekali. Yea yea. Tapi memang nampak dia awal pagi, malam baru dia balik bilik. Jumpa tengahari pun kat cafe masa makan. Betapa bz nya dia di  sana ..
Anyway, walaupun kami sendiri2, takde la bosan sangat, sebab ramai juga family lain yang follow. Jadi kami spend time bersama-sama la. Happy la kanak-kanak sekalian sebab ini la masa nak bermain sepenuh hati tanpa halangan masa dan tempat.
Sampai di sana awal, sebab para suami sekalian nak pegi menebas rumput di Mount Kinabalu Golf Club. Jadi kami di tinggalkan di Resort, uhuk-uhuk dengan rasa laparnya yang hamat. Hehe. So, Kak Norin belanja kitorang KFC. Yippie, KFC sudah dibuka di Kundasang!

Cuaca di Kundasang sepanjang kami di sana, memang terbaik. Sejuk, nyaman dan terang. Tak la hujan sangat, tapi memang amat sejuk. Kalau dah ke Kundasang, kalau tak sejuk tak lah best kan.
hehehe~



Sebab husband bz, so, kami pun plan buat Lawatan ke Strawberry Part , Dairy Farm dan Sabah Tea. Tapi bila sampai di Strawberry Part agak hampa, sebab strawberry sudah dikutip. Jadi kami teruskan la perjalanan yang seterusnya. Dah lewat pun kan, so, cancel trip ke Sabah Tea, kami terus ke Dairy Farm.


Memang banyak perubahan di Dairy Farm sekarang. Lebih teratur, lebih ramai pengunjung dan lebih banyak aktiviti kt sana dari sebelum ni. Dulu takde jual makan-makan, ada jual susu lembu je. Sekarang dah ada jual waffle. Yelah, kalau kita lama tunggu kan, lapar2 tu boleh la makan waffle dulu. Ada jual cenderakenangan. Oklah kan...

aku tak bergambar sebab muka tengah kusam uhuk... :(
Anyway, nak tutor Nana jap, sat lagi sambung entri seterusnya...



No comments