Little Celebration

 Entri siaran tertunda. Birthday Nana yang ke- 6 tahun. Sejak dia dah masuk Tadika, belajar kira bulan-bulan, Januari sampai disember, setiap hari tanya bila disember, bila disember. Bila sudah disember, dia ingat terus birthday dia, then, bagitau dia, 7 haribulan baru birthday mana. Dengan sabar dia menunggu lagi. Akhirnya hari yang dia tunggu-tunggu pun sampai. Tapi on that day, kami bawa dia makan malam saja, and bawa main playground. No cake. Sebab mama rasa nak buat kek untuk Nana sendiri. Mama dah lama tak pegang krimwell, telur, tepung. HEHE.

Memang lama saya tak baking dan deco kek. Sangat lama. Hampir..... 2 tahun kok? Tak berapa ingat. Tulah, sekarang ni bagus start balik kan? Main dengan tepung dan mentega lagi best. HEHE. Nana dan Alia pun sudah besar sikit, sudah boleh buat urusan/main sendiri di ruang tamu. Tahu sudah benda merbahaya atau yang tidak. Tapi kalau barang mama, dia tau selamat, dia bedal semua. Sampai lipstick mama sudah bukan jadi stick. Tinggal sarung saja. 


Hari jadi Nana tahun ni, saya dan hubby rasa nak celebrate di rumah saja. Cuma kami-kami. Simple yet meaningful. After all, susah atau senang kita, inilah keluarga kecil tempat kita berpaut. Kan?  Saya nak hati Nana dan Alia sentiasa berpaut di sini. Bersama-sama kami. 

Happy birthday Nana. 
Semoga anak mama bahagia dan sentiasa ceria.

Love you dear. Hope u like the cake. =)

No comments