Demi Masa

Assalamualaikum,

Sebenarnya tak tahu apa yang nak ditulis. Dalam kepala ni macam macam sedang difikirkan. tentang hidup dan masa depan. Tentang kehidupan dan selepas itu. hmm. Ayat mgarut? bukan .. ini ayat realiti yang kita takut untuk bincangkan dan fikirkan. Sesuatu yang tidak tentu dan sesuatu yang hanya Dia yang tahu. 

2 hari ni, husband bercuti untuk buat medical check up di hospital Queen Elizabeth II di Damai. 2 days trip ke sana bersama suami dan anak anak meninggalkan kesan pada diri saya. Bagai mana kalau ini terjadi? Bagaimana kalau itu terjadi ? Risau, susah hati memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku pada hamba Allah. Terutama kalau ia terjadi kepada orang orang yang kita sayangi, kerana kita meletakkan kebergantungan kita kepada nya. Walhal, kebergantungan itu sesuatu yang sepatutnya milik Nya. Saya secara peribadi belum bersedia mengharungi masa yang sebaliknya. Sekarang saya sihat, esok ? Sekarang saya lapang - esok ? atau minit selepas ini ? Itulah, Allah mengingatkan kita menjaga dan menghargai masa. 

Masa yang diberi adalah untuk beribadat kepadaNya, Masa yang diberi adalah untuk menghargai dan bersyukur atas nikmatnya. Nikmat kesihatan. Nikmat kasih sayang. Tak perlu saya fikirkan untuk anda. Sememangnya kalau di hitung nikmat yang diberi kepada kita, tidak habis di tulis.

Insaf sebentar atas kealpaan saya selama ini...

Semoga masa yang diberi "cukup" untuk kita cukupkan bekalan di sana. Hargai yang tersayang. Hargai yang tersayang. Hargai yang tersayang. 

Wallahualam.



Selawat shifa - Baik di amalkan selepas solat. :)